Tuesday, October 09, 2012

Novel Update : Dia Khalifah Hidupku by Shahrizad Shafian

Nantikan kemunculannya
15 Oktober 2012


"Dengan terakadnya kita...
akan selalu ku junjung kasihmu,
mendoakan kesejahteraanmu,
mentaatimu dan menghormati-mu, wahai suamiku.
Akan kuletakkan erti cintamu di mahkota wanitaku.
Dikaulah pemimpinku, imamku, mursyidku, sahabat sejatiku,
wahai khalifahku..."



Sinopsis

Kitalah khalifah buat jiwa sendiri, pemimpin bagi yang mengikuti, mentadbir kemakmuran di bumi dan beribadat hanya pada-MU, Ya Rabbi. Amanah sebagai khalifah-NYA diberi tanpa mengira jantina, harta, pangkat, rupa mahupun warna kulit. Betapa istimewa kita, bertambah beruntungnya kerana kitalah umat yang bakal memiliki syafaat baginda di akhirat sana.

Wahai kaum Adam… engkaulah pemegang amanah terbesar buat ibu, isteri, anak-anak dan saudara perempuanmu. Dipertanggungjawabkan pada setiap keputusan yang diambil mahupun sebaliknya. Tidak akan terlepas tanpa disusuli dengan soal jawab dan bakal diganjari kebaikan. Didiklah wanitamu dengan keimanan. Bukannya melalui harta ataupun pujian.

Aduhai kaum Hawa… taatilah khalifahmu. Setelah diijabkabulkan, syurga yang berada di telapak kaki ibu bertukar di bawah limpahan kasih suami. Usah ditangguh lagi untuk membuat ‘tempahan’ menjadi penghuni jannatul firdausi. Akurlah dengan tuntutan agama agar khalifahmu tidak dizalimi api neraka akibat menanggung dosamu. DIA KHALIFAH HIDUPKU menuntun kita memuhasabah diri. Jadikan Rasulullah SAW dan pemimpin mukmin terdahulu sebagai idola dalam kita melayari kehidupan sebagai khalifah-NYA.

Antara Kandungan Menarik:
• Wasiat Imam Kami
• Mengenali Selepas Dikenali
• Tika Waktu Pandai Cemburu
• Terapi Mengawal Kemarahan
• Keindahan Bukan Disewa Sehari
• Ini Jodoh Kita, Ini Rancangan DIA
• Layakkah Daku Sebagai Seorang Umatmu?
• Janganlah Berperang, Kembalilah Bertenang!
• Kusujud Di Telapak Kakimu, Kusujud Di Syurgaku
• Aku Terima Nikahmu, Sanggupkah Dikau Hidup Bersamaku?


**********************

Promo novel ini telah pun disiarkan di TV Al-Hijrah pada 07 Oktober 2012.. Semoga ilmu ini dimanfaatkan oleh pembaca di luar sana.

A.d.i.o.s

2 comments:

  1. Assamualaikum dearest adinda,

    Terima kasih yang tiada terhingga kerana sudi sama-sama mempromosikan karya bakal terbit kanda ini. Tika saat ini tidak ubah seperti menghitung hari. Hanya Allah SWT saja yang lebih mengetahui. Semoga sama-sama kita merasa nikmat bahagia di dunia & akhirat NYA jua.

    Salam rindu dari langit biru
    Kekanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kanda.. Insya Allah, semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT..

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥