Event : Anugerah Blockbuster 2011



“Anugerah Blockbuster 2011″ merupakan sebuah anugerah yang memberikan penonton kuasa untuk memilih dan menentukan siapakah yang layak menang tidak kira samada filem itu mengutip jumlah yang tinggi atau tidak. Dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM), anugerah ini akan diadakan pada 6 Oktober 2012 pukul 9 malam bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Sebanyak 13 kategori dan 40 pencalonan (purata) telah dipertandingkan untuk setiap kategori.




Berikut adalah senarai kategori yang akan dipertandingkan di “Anugerah Blockbuster 2011″.

1.Anugerah Filem Terhebat
2.Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3.Aungerah Direktor Baru Terhebat
4.Anugerah Filem Aksi Terhebat
5.Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6.Anugerah Filem Takut Terhebat
7.Anugerah Drama Muzikal Terhebat
8.Anugerah Hero Terhebat
9.Anugerah Heroin Terhebat
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat
11.Anugerah Lagu Filem Terhebat
12.Anugerah Hero Baru Terhebat
13.Anugerah Heroin Baru Terhebat

Peminat berpeluang untuk mengundi secara online bermula 3 September pukul 12 tengahari -18 September 12 tengahari. Fasa undian kedua pula akan menyenaraikan Top 10 pencalonan tertinggi dari setiap 13 kategori yang layak dari fasa undian pertama. Fasa kedua ini akan berlangsung dari 19 Sept – 6 Okt 2012 sampai pukul 6 petang dan anda boleh mengundi samada secara online ataupun SMS(setiap SMS akan dicas RM0.50). Keputusan berdasarkan 50% undian SMS and 50% undian online.


Sumber : Oh Bulan & Astro

**********************************

Kalau tak salah AT, hos untuk anugerah ini adalah Zizan Razak, Afdlin Shauki & Lisa Surihani..

Layari anugerahblockbuster.com.my untuk maklumat lanjut... Ada can lagi nak undi ni... Esok tarikh akhir... Jom undi!!



A.d.i.o.s



 


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!