Tuesday, October 30, 2012

Klik klik - Bengkel Photography bersama photographer Usman Samad




kepada kawan2 yang berminat,
bleh call empunya diri,
En Usman Abd Samad
seperti di talian di atas.

Insya Allah, AT akan join tapi utk editing jer la..
kenapa?
kita takdak  DSLR lagi...
huhuhuhhh ♥^_^


A.d.i.o.s


Football : Men’s shortlists for the FIFA Ballon d’Or Gala 2012

 
Source : FIFA

The following 23 men (in alphabetical order) are in contention for the FIFA Ballon d’Or 2012:

Sergio Agüero (Argentina),
Xabi Alonso (Spain),
Mario Balotelli (Italy),
Karim Benzema (France),
Gianluigi Buffon (Italy),
Sergio Busquets (Spain),
Iker Casillas (Spain),
Cristiano Ronaldo (Portugal),
Didier Drogba (Côte d’Ivoire),
Radamel Falcao (Colombia),
Zlatan Ibrahimović (Sweden),
Andrés Iniesta (Spain),
Lionel Messi (Argentina),
Manuel Neuer (Germany),
Neymar (Brazil),
Mesut Özil (Germany),
Gerard Piqué (Spain),
Andrea Pirlo (Italy),
Sergio Ramos (Spain),
Wayne Rooney (England),
Yaya Touré (Côte d’Ivoire),
Robin van Persie (Netherlands),
Xavi (Spain).


The following ten coaches (in alphabetical order, first nationality and then team) are in contention for the FIFA World Coach of the Year for Men’s Football 2012:

Vicente del Bosque (Spain/Spain national team),
Roberto Di Matteo (Italy/Chelsea FC),
Alex Ferguson (Scotland/Manchester United FC),
Pep Guardiola (Spain/FC Barcelona former coach),
Jupp Heynckes (Germany/FC Bayern München),
Jürgen Klopp (Germany/Borussia Dortmund),
Joachim Löw (Germany/Germany national team),
Roberto Mancini (Italy/Manchester City FC),
José Mourinho (Portugal/Real Madrid CF),
Cesare Prandelli (Italy/Italy national team).


my choice ^_^



A.d.i.o.s



It's All About Life - I pray for you


praying for those who love you,
that's sincerity.

praying for those who hurt you,
that's maturity.



A.d.i.o.s



Monday, October 29, 2012

My favourite song - Impian Anak Jalanan by Kembara


Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindungan Mu Yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga aku diberi pedoman

Sumber : WOWLOUD



A.d.i.o.s

p/s: minat lagu Kembara ni sebab ayah yang selalu pasang.. hehehe

It's All About Life - Jentayu

sesaja nak share dari fb wall member


Bersabarlah ketika 'sayapmu' patah,
dan sekali lagi
berjuanglah agar kamu dapat 'terbang',
jauh lebih tinggi dari sebelumnya



A.d.i.o.s

Thursday, October 25, 2012

Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++

Apa khabar kawan2 blogger semua?
Aidiladha semakin hampir ni..
Marilah kita sama2 doakan agar jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah, senantiasa sihat dan dapat menjalankan ibadah haji dengan tertib dan sempurna..

Hari ni nak join satu segmen la.. Rasa macam dah lama pulak tak join segmen.. Last join pun segment ZyraRoxx.. heheh.. lama la sangat tak join yer.. walhal baru sebulan..  disebabkan segmen dialah, rakan blogger a.k.a follower blog AT bertambah.. macih ZyraRoxx dan kawan2 yang sudi follow blog AT..
tapi segment kali ni, tengok tajuk pun AT macam dah seram... mana taknya.. nak UP sampai ke 1000.. fuhhhhhhh... berpeluh rasanya...
tapi tak sampai seribu pun takper, asalkan dapat tambah kenalan baru.. ^_^

Kawan2 nak join???
Macam mana nak join??
macam nih...

1. Mesti follow blog ibu a.k.a Dunia Kecil Kami 
2. dan 'like' fanpage FB ( Sihat itu Menawan) ye
3. Buat entry 'Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++'
4. Copy banner ibu yg comeii kat atas nun.. hehe
5. Tinggalkan link entry uollss kat blog ibu ye

Ibu kata tarikh tutup tak tau lagi.. agaknya selagi follower ibu tak sampai 1000, segmen takkan stop kot.. hehehe... gurau yer ibu...

Kalau sudi, kawan2 follow la blog AT jugak yer... kawan2 yang join segmen ni, tinggalkan link blog kawan2 kat komen.. Insya Allah, AT akan follow blog kawan2 juga.. Kawan2 yang sedia ada ni, nak join pun boleh, kita rancakkan segmen ni..

Selamat ber'segmen' buat kawan2 blog semua

Salam Aidiladha..

A.d.i.o.s


It's All About Life - Cinta Allah SWT



A.d.i.o.s


Wednesday, October 24, 2012

"aety, lepaskan perasaan itu"


oh tuhan tolonglah aku
hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia
walau tak bersama dia


A.d.i.o.s

Tuesday, October 23, 2012

Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Denmark 2012

Datuk Lee Chong Wei sekali lagi membuktikan kejaguhannya apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2012.. Beliau telah berjaya menundukkan pemain muda China, De Pengyu yang telah memberikan saingan sengit dalam perlawanan 3 set, 15-21, 21-12, 21-19..

Sumber : BWF

Ini telah dijadikan sebagai hadiah hari jadi dan hadiah kahwin DLCW nanti.. Haaaaa..... Jaguh badminton negara ini bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan November 2012.. Bertuahnya Wong Mew Choo...

Sumber : Abg Nara
Kredit Gambar : Lee Chong Wei Official Fans Club

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo (Datin to be)..
Semoga segala persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar..


A.d.i.o.s

p/s : tak boleh bayangkan kalau DLCW 'gantung raket'... huhuhu


Update Event : Eksplorasi Warisan 2012

Kalau kawan-kawan  perasan, AT pernah post satu entry pasal event Eksplorasi Warisan 2012 ni.. Haaa, ni info yang paling latest AT dapat..


Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Starbucks Malaysia akan menganjurkan acara Explorasi Warisan 2012 pada 8 hingga 9 Disember 2012. Pertandingan mencabar ini akan bermula semasa sesi taklimat pada 7 Disember 2012 di Muzium Telekom di mana para peserta akan melakukan aktiviti dan menjawab soalan berkenaan Galeri Muzium Telekom.

Acara ini diteruskan pada keesokkan harinya di Menara Kuala Lumpur dan berakhir di Menara Alor Setar.
Para peserta akan berpeluang menerokai khazanah Warisan Negara di sepanjang perjalanan mereka dengan mencari jawapan dan melakukan aktiviti mencari harta karun. Penyertaan terbuka kepada 50 kenderaan pertama yang berdaftar dan peserta adalah terdiri daripada 2 hingga 4 orang peserta bagi setiap kenderaan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM520 sepasukan dan setiap penyertaan akan menerima T-shirt acara, sijil penyertaan, penginapan 2 hari 1 malam di Fuller Hotel beserta sarapan, jamuan makan malam, lawatan percuma ke Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar serta Muzium Telekom dan barangan cenderahati dari Starbuck Malaysia, Adabi, 100Plus dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai acara yang menguji minda dan ketahanan fizikal serta menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan ini, di samping berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM25,000.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my atau facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.

**********************************

vrooommmm vrooommmmm vrooommmmmmmm.. eh ni bukan lumba kereta la... apa la AT ni.. heheheh


A.d.i.o.s


info as email from GCC TM


Maharaja Lawak Mega 2012

Akan mula bersiaran di Astro Warna pada 16 November 2012 jam 10 malam.. Habuan yang menanti turut lumayan... apa dia? Ganjaran wang tunai RM 500,000 menanti sang juara.

Fuiyoo!!!  RM 500 000 tu!!! Kalau dapat kat AT, boleh beli rumah, kereta, buat pelaburan saham atau perniagaan, kahwin, ehhhh?? masuk gak.. heheh... Macam2 bleh buat der!!!

Tadi search online, dapat info peserta MLM2 dari Berita Harian..

Wakil Malaysia
Jozan (Johan dan Zizan)
Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
PiMai (Imuda dan Mat Over)
Sabon (Sathia dan Abon)
Jambu (Tauke dan Yus)
R2 (Rahim dan Wan Lopez)
Shiro (Shahrol dan Ajak).

Wakil Indonesia
Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)
The Bandung Jokers (Dodon, Amin Bawel dan Aman).

Wakil Singapura
Dadidu (AR Badul, Johan dan Arif Sudin).


Perasan tak, ada orang sama masuk bertanding..? Kawan-kawan rasa patut atau tidak..?? Ermmm, mungkin En Nizam Sani ada jawapan yang tersendiri..



Tak sabar plak tunggu aksi JOZAN.. Sama-sama kita nantikan kemunculan nya... Maharaja Lawak Mega musim ke-2..


A.d.i.o.s


p/s : Kenapa Sepahtu takder arr...?? ermmmmm 

ERA FM kekal sebagai Stesen Radio Nombor 1 Malaysia

Tahniah pada ERA FM sebab kekal sebagai Stesen Nombor 1 di Malaysia.. Berikut adalah keputusan penuh Top 5 Kajian AC Nielson Liputan 2, 2012:

1. Era fm - 4.48 juta
2. Sinar fm-4.22 juta
3. THR (Gegar & Raaga)-3.63 juta
4. Hot fm -3.43 juta
5. Suria fm-2.54 juta


Sumber : Google
 Tahniah ERA FM!!!



A.d.i.o.s

p/s : I LOVE JOHARA PAGI ERA

Friday, October 19, 2012

My Study : Result 1st Trimester


semalam check result dan huhuhhh...
2 subject gred cantik,
1 subject erk!!!
~_^
KENA REPEAT ARRRR!!!!!!!
pointer??
klau dh kena repeat 1 subject tu paham2 jer la..
tapi yang pasti tak fail..heheheh
Insya Allah..
trimester ke 2 ni AT kena struggle lebih..
jangan sampai tension udahler

Ya Allah, ku mohon agar dipermudahkan segalanya
Aminnnn...

sumber : Google


A.d.i.o.s


Wednesday, October 17, 2012

Event : Eksplorasi Warisan 2012



Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Starbucks Malaysia akan menganjurkan acara Explorasi Warisan 2012 pada 3 hingga 4 November 2012. Pertandingan mencabar ini akan bermula semasa sesi taklimat pada 2 November 2012 di Muzium Telekom di mana para peserta akan melakukan aktiviti dan menjawab soalan berkenaan Galeri Muzium Telekom.

Acara ini diteruskan pada keesokkan harinya di Menara Kuala Lumpur dan berakhir di Menara Alor Setar.

Para peserta akan berpeluang menerokai khazanah Warisan Negara di sepanjang perjalanan mereka dengan mencari jawapan dan melakukan aktiviti mencari harta karun. Penyertaan terbuka kepada 50 kenderaan pertama yang berdaftar dan peserta adalah terdiri daripada 2 - 4 orang peserta bagi setiap kenderaan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM180.00 seorang dan setiap penyertaan akan menerima T-shirt acara, sijil penyertaan, penginapan 2 hari 1 malam di Fuller Hotel beserta sarapan, jamuan makan malam, lawatan percuma ke Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar serta Muzium Telekom dan barangan cenderahati dari Starbuck Malaysia, Adabi, 100Plus dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai acara yang menguji minda dan ketahanan fizikal serta aktiviti yang menyeronokkan ini, di samping berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM25,000.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03- 2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my atau facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.

**********************

Sesiapa yang suka aktiviti sebegini, cubalah tanya kot2 masih ada tempat lagi... Ala-ala Amazing Race rasanya ni..  


A.d.i.o.s


info as email from GCC TM

Event : Everyone Connects @ AEON Bukit Raja


TM Presents Everyone Connects kembali menemui anda di AEON Bukit Raja pada 16 – 21 Oktober 2012. Aktiviti jualan akan dijalankan bermula dari 16 Oktober 2012 dan acara kemuncaknya pada 20 dan 21 Oktober 2012.

Pelbagai aktiviti menarik bakal di sajikan untuk orang ramai. Para pengunjung cilik akan di sajikan dengan persembahan dari Badut & Ahli Silap Mata dan juga berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang diberi nama “EC Color Your World”. Pertandingan mewarna ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Pendaftaran untuk pertandingan mewarna ini akan di buka seawal jam 10.00 pagi setelah kompleks dibuka. Disamping itu, pengunjung dan pelanggan TM juga berpeluang merasai ‘popcorn’ istimewa sepanjang acara dijalankan.

Para pengunjung remaja pula berpeluang menyertai permainan PS3 yang dinamakan “iTalk FIFA PS3 Game” tanpa sebarang caj. Bagi pertandingan “iTalk Guitar Hero Competition” pengunjung berpeluang memenangi gitar eksklusif.

Sesi sambutan harijadi untuk pelanggan setia TM akan turut diadakan pada hari Ahad, 21 Oktober 2012 jam 2.30 petang. Orang ramai juga akan dihiburkan dengan penampilan khas oleh “Giller Battle crew” yang di bawakan untuk pengunjung Bukit Raja.

Promosi untuk produk dan perkhidmatan TM juga akan di tawarkan kepada para pengunjung di mana barangan eksklusif dari TM akan diberikan percuma dengan langganan atau pembelian produk TM terpilih. Para pelanggan yang melanggan perkhidmatan Pakej UniFi TM dan Pakej Streamyx & Phone TM 1Mbps dan ke atas, akan berpeluang menyertai aktiviti “EC Spin & Win” dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3,000!

Jangan lupa temujanji anda bersama TM Presents Everyone Connects di AEON Bukit Raja pada hujung minggu ini. Bawalah bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Jumpa di sana!

**********************************

info as email from GCC TM

Tuesday, October 09, 2012

Novel Update : Dia Khalifah Hidupku by Shahrizad Shafian

Nantikan kemunculannya
15 Oktober 2012


"Dengan terakadnya kita...
akan selalu ku junjung kasihmu,
mendoakan kesejahteraanmu,
mentaatimu dan menghormati-mu, wahai suamiku.
Akan kuletakkan erti cintamu di mahkota wanitaku.
Dikaulah pemimpinku, imamku, mursyidku, sahabat sejatiku,
wahai khalifahku..."



Sinopsis

Kitalah khalifah buat jiwa sendiri, pemimpin bagi yang mengikuti, mentadbir kemakmuran di bumi dan beribadat hanya pada-MU, Ya Rabbi. Amanah sebagai khalifah-NYA diberi tanpa mengira jantina, harta, pangkat, rupa mahupun warna kulit. Betapa istimewa kita, bertambah beruntungnya kerana kitalah umat yang bakal memiliki syafaat baginda di akhirat sana.

Wahai kaum Adam… engkaulah pemegang amanah terbesar buat ibu, isteri, anak-anak dan saudara perempuanmu. Dipertanggungjawabkan pada setiap keputusan yang diambil mahupun sebaliknya. Tidak akan terlepas tanpa disusuli dengan soal jawab dan bakal diganjari kebaikan. Didiklah wanitamu dengan keimanan. Bukannya melalui harta ataupun pujian.

Aduhai kaum Hawa… taatilah khalifahmu. Setelah diijabkabulkan, syurga yang berada di telapak kaki ibu bertukar di bawah limpahan kasih suami. Usah ditangguh lagi untuk membuat ‘tempahan’ menjadi penghuni jannatul firdausi. Akurlah dengan tuntutan agama agar khalifahmu tidak dizalimi api neraka akibat menanggung dosamu. DIA KHALIFAH HIDUPKU menuntun kita memuhasabah diri. Jadikan Rasulullah SAW dan pemimpin mukmin terdahulu sebagai idola dalam kita melayari kehidupan sebagai khalifah-NYA.

Antara Kandungan Menarik:
• Wasiat Imam Kami
• Mengenali Selepas Dikenali
• Tika Waktu Pandai Cemburu
• Terapi Mengawal Kemarahan
• Keindahan Bukan Disewa Sehari
• Ini Jodoh Kita, Ini Rancangan DIA
• Layakkah Daku Sebagai Seorang Umatmu?
• Janganlah Berperang, Kembalilah Bertenang!
• Kusujud Di Telapak Kakimu, Kusujud Di Syurgaku
• Aku Terima Nikahmu, Sanggupkah Dikau Hidup Bersamaku?


**********************

Promo novel ini telah pun disiarkan di TV Al-Hijrah pada 07 Oktober 2012.. Semoga ilmu ini dimanfaatkan oleh pembaca di luar sana.

A.d.i.o.s

Monday, October 08, 2012

My Favourite Song - Pelengkap Hidupku by Eren feat Romi


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia



A.d.i.o.s

p/s : adik kembar AT yg minat lagu ni.. AT pun 'ter'jangkit suka... ^_^

Sunday, October 07, 2012

Event : Pemenang Anugerah Blockbuster 2011

Rasanya ramai yang tengok event ni.. Almaklumlah, nak tengok saper yang terhebat.. Pada pendapat AT, masih ada yang perlu diperbaiki oleh pihak penganjur kalau nak teruskan lagi award ni tahun depan..  

Berikut ialah keputusan penuh untuk Anugerah Blockbuster:-

Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)

Perasan tak saper yang dapat Hero Terhebat? Terkejut tak? AT tak terkejut sebab peminat yang undi.. Untuk filem terhebat, pada AT, KL Gangster memang layak terima anugerah tersebut.. Kutipan box-office tu.. RM12 juta.. Pehhhhhhhh!!! Agaknya kalau AT, 7 keturunan tak habis kot income tu... hehehehehhh.. gurau arrr...


Tahniah kepada para pemenang.. Pada yang tak menang tu, bukan bermaksud anda tak hebat cuma semua ni undian peminat.. Kuasa di tangan aku... eh.. peminat.... heheheh


A.d.i.o.s



Friday, October 05, 2012

Event : Anugerah Blockbuster 2011



“Anugerah Blockbuster 2011″ merupakan sebuah anugerah yang memberikan penonton kuasa untuk memilih dan menentukan siapakah yang layak menang tidak kira samada filem itu mengutip jumlah yang tinggi atau tidak. Dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM), anugerah ini akan diadakan pada 6 Oktober 2012 pukul 9 malam bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Sebanyak 13 kategori dan 40 pencalonan (purata) telah dipertandingkan untuk setiap kategori.




Berikut adalah senarai kategori yang akan dipertandingkan di “Anugerah Blockbuster 2011″.

1.Anugerah Filem Terhebat
2.Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3.Aungerah Direktor Baru Terhebat
4.Anugerah Filem Aksi Terhebat
5.Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6.Anugerah Filem Takut Terhebat
7.Anugerah Drama Muzikal Terhebat
8.Anugerah Hero Terhebat
9.Anugerah Heroin Terhebat
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat
11.Anugerah Lagu Filem Terhebat
12.Anugerah Hero Baru Terhebat
13.Anugerah Heroin Baru Terhebat

Peminat berpeluang untuk mengundi secara online bermula 3 September pukul 12 tengahari -18 September 12 tengahari. Fasa undian kedua pula akan menyenaraikan Top 10 pencalonan tertinggi dari setiap 13 kategori yang layak dari fasa undian pertama. Fasa kedua ini akan berlangsung dari 19 Sept – 6 Okt 2012 sampai pukul 6 petang dan anda boleh mengundi samada secara online ataupun SMS(setiap SMS akan dicas RM0.50). Keputusan berdasarkan 50% undian SMS and 50% undian online.


Sumber : Oh Bulan & Astro

**********************************

Kalau tak salah AT, hos untuk anugerah ini adalah Zizan Razak, Afdlin Shauki & Lisa Surihani..

Layari anugerahblockbuster.com.my untuk maklumat lanjut... Ada can lagi nak undi ni... Esok tarikh akhir... Jom undi!!



A.d.i.o.s



 


Makan & Minum : Jamuan Persaraan Staf CMC Selangor

AT update secara ringkas jer la yer...  lagipun jamuannya dah lepas..  maaf la yer kalau kualiti gambar kurang memuaskan pandangan kawan2.. happy viewing...

Tarikh :
19 September 2012


Lokasi : 

LOT 841-842, JALAN HULU KELANG - AMPANG,68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
  




kitorang amik set bufet promotion yang ni



yang pegang hadiah tu la nak bersara..
banyak ilmu dapat dari diorang ni..
tanpa yang lama, yang baru takkan mampu buat kerja tau...



A.d.i.o.s



Event di sekitar Kuala Lumpur


saja nak share apa event yang telah & bakal berlaku di sekitar Kuala Lumpur ^_^

yang ni memang menangis tak berlagu sebab salah sendiri.. kenapa? 
masa confident nak gi beli tu, budak kaunter tu cakap,
"kak, tiket yg tinggal skang RM 170 and above"
adoi!!!! klau sorang xper gak beli.. ni nak bawak kaum.. huhuhuhhhh
patutnya masa iklan keluar kat tepi Istana Budaya (IB) tu dh gi serbu...
dahla ofis dekat ngan IB...
PADAN MUKA AT!! 
 
saper suka muay thai, boleh gi event ni..
org laki boleh arr tapi kalau org pompuan....hmmmm..nak gi ker?

bakal berlangsung di PWTC..
HALFEST 2012 mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan HALAL..
antara aktiviti : Pertandingan Kaligrafi Islam Muda, Forum Pengguna Islam oleh Persatuan Pengguna Islam.
antara artis yang bakal memeriahkan acara adalah Datuk Chef Wan, Dato' Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Dato' AC..
korang boleh klik SINI untuk ketahui maklumat lanjut..

A.d.i.o.s

Thursday, October 04, 2012

It's All About Life - Kehidupan


sesaja nak share dari FB wall member..


Renung-renungkan..
Selamat beramal..



A.d.i.o.s


Wednesday, October 03, 2012

Audit Dalaman ISO by HQ - 03 Oktober 2012


Alhamdulillah..
semuanya berjalan lancar..
walaupun macam2 yang ditanyakan..
ku hadapi dengan tenang..
walaupun semalam ku 'gelabah' tahap 'gaban'..
tapi
itu semua adalah kebaikan..
kerja harus lah ikut prosedurnya..
barulah 'nampak' kekemasannya..

terima kasih pada rakan blogger yg doakan 'kelancaran' audit ni..
kepada Allah ku pohon kebaikan untuk rakan2 semua..

^_^

Tuesday, October 02, 2012

Audit Dalaman ISO by HQ


aduhhhh....
esok odit...
tunda tahun depan tak boleh ker?
yang kena jawab pun orang yang sama..

apa-apa pun
perlu hadapi dengan senyuman
^_^
kerja itu kan satu amanah


A.d.i.o.s



Monday, October 01, 2012

Dunia : Badan kereta diperbuat daripada buluh

Mungkin ok mungkin tidak...

SUMBER : KOSMO

BOGOTA, Colombia - Seorang artis seni, Jose Mauricio Pardo membina badan sebuah kereta dengan menggunakan sejumlah batang buluh.  Dia memandu kereta tersebut di sekitar bandar raya ini pada Jumaat lalu. Kereta itu turut dilengkapi dengan enjin dan tayar. - Agensi

Kalau buluh tu dah tak boleh pakai, boleh ganti dgn buluh baru tapi berapa lama plak boleh bertahan?..

Apa pendapat kawan2 kalau ada kereta ni kat Malaysia? hehehehheee....

A.d.i.o.s

Bajet 2013 by PM Malaysia

Mesti ada rakan2 yg dengar pembentangan Bajet 2013 yang telah diumumkan oleh PM kita pada Jumaat, 28.09.2012.. AT tak dengar sangat sebab dok ngadap keje yg tetiba perlu DIJAWAB dalam masa 24 JAM.. huhhhhh!!! ngeluh jap..

Apa kata kalau kita view ringkasan Bajet 2013 yang telah dibentangkan baru2 ni:-
  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian @bonus juga mereka dapat sebanyak RM500.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 setahun.
  • Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
  • Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar mulai Januari 2013.
  • Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1% bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan mendapat penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Anyway ianya terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
  • Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen per kg mulai 29 September 2012. So ini bermakna harga gula akan naik le sebanyak 20 sen.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau BR1M 2.0 diberi lagi sebanyak RM500. Di samping itu ianya diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Bagi yang bujang pemberian adalah sebanyak RM250. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 2013.
  • Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan kepada 15% (sebelum ini 10%) bagi hartanah yang dijual dalam masa 2 tahun dan dinaikkan kepada 10% (sebelum ini 5%) bagi hartanah yang dijual dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. So kalau jual hartanah selepas 5 tahun, tiada cukai yang dikenakan.
  • Skim Rumah Pertamaku, peningkatan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri. Syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit dan tempoh minima bekerja 6 bulan dimansuhkan.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit pada tahun 2013. Harga rumah adalah RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.
  • Telefon pintar @smart phone bagi melayari internet bagi golongan belia. Rebat RM200 akan diberikan secara one-off (sekali aja ya), bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ianya tertakluk kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Wang proses bagi permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 bagi setiap permohonan, tidak kira berapa jumlah permohonan. Sebelum ini caj adalah RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman bagi pinjaman pertama dan RM2 bagi pinjaman kedua.
  • Skim pelindungan insurans berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Perlindungan maksimum sehingga RM15,000 dan ianya memberi kemudahan kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis.
  • Bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, sumbangan RM1,000 secara one-off diberi kepada mereka. 
  • Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai naik from RM5.80 kepada RM7.80.
  • Bayaran insentif khas diberi kepada semua pegawai dan anggota ATM sebanyak RM200 sebulan.
  • Meningkatkan peluang kenaikan pangkat ATM melalui kaedah secara time-based bagi anggota prebat ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan.
  • Pesara Kerajaan yang telah berkhidmat at least 25 tahun, pencen dinaikkan minimum RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 to RM150 untuk pasport yang sah laku 5 tahun, bagi yang 2 tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kanak-kanak di bawah 12 tahun pun dapat juga. Kadar ini bermula Januari 2013.
  • Diskaun 50% kepada semua pengguna KTMB (warganegara Malaysia) yang mana gaji mereka tidak melebihi RM3,000 sebulan.
INFO : SHARINGINFOZ

eh! eh!... ada bajet utk orang bujang jugak arr.. saper2 yang bujang macam AT, bolehla rasa faedah tu.. hehehe.. ada yang cakap, bajet kali ini adalah 'more to survive', ada gak yang cakap 'untungla orang kerajaan'...

AT pun xtau la nak cakap macam mana sebab AT pun bukannya pakar ekonomi malaysia (walaupun baru lepas exam Ekonomi Malaysia heheheheh)... Tak kisahlah apa orang cakap pasal bajet negara ni, yang pasti bajet sendiri kena pandai jaga..

A.d.i.o.s

p/s : kena tambah simpan duit nak kahwin