Friday, September 28, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Rasanya ramai dah tahu penyanyi Shila Amzah telah berjaya merangkul gelaran Juara Asian Wave 2012 yang telah berlangsung Shanghai, China pada 20 September 2012 lalu.. Shila menewaskan 12 peserta di peringkat akhir selepas berjaya memukau sembilan orang juri daripada sembilan buah negara yang berbeza..

Sumber : KOSMO

Menyanyikan lima buah lagu secara keseluruhannya iaitu Set Fire To The Rain (lagu dendangan asal Adele) dan Forever Love (Wang Lee Hom) untuk peringkat saringan pertama dan kedua. Untuk peringkat akhir pula, Shila memukau juri dengan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu popular penyanyi terkenal di China, Na Ying yang berjudul Zheng Fu.

Semalam baru AT sempat layan nyanyian dia melalui Youtube.. Suka dengar dia nyanyi lagu Grenade & Zheng Fu.. Juri siap beri standing ovation tu.. Terbaik!! Kalau nak tahu cerita lanjut, kengkawan boleh klik kat KOSMO tu..

TAHNIAH KEPADA SHILA AMZAH. 

A.d.i.o.s


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥