Telemovie - Kashaf Imani

hari ni habis kelas awal.. lecture bagi 'can' pada geng sekelas yg lain utk siapkan assignment di lab.. aku masuk kejap jer, sesaja browsing..  entah macam mana tetiba boleh sakit kepala.. aku pun blah arr...

sebenarnya bukan nak cerita pasal kelas, nak cerita pasal telemovie Kashaf Imani kat Astro Ria ni ha.. sebab tengah layan ni, tu yang sesaja nak update.. heheh... termasuk hari ni punya, dah banyak kali cerita ni diulang tayang sebenarnya tapi entah kenapa aku tak jemu tonton.. naskah hebat dari Azma Aizal Yusoof.. sebenarnya suka nak tengok Beto Kusyairy and Sharifah Amani.. pewittttt... gandingan serasi tu...



Kita bagi sinopsis sikit pasal telemovie ni:-

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di KL. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma. Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat..

mula2 tengok cerita ni dulu, serius ku katakan, pipi aku basah... sedihhhhhh... sob sob... penuh dengan pengajaran... sesetengah orang bila dah banyak kali tengok cerita yang sama, mesti takde rasa nak nangis lagi kan tapi PIPI AKU TETAP BASAH... huhu.. kuat betul penangan Azma..



A.d.i.o.s

p/s : start minat tonton lakonan Beto ni masa dia berlakon Geng Surau.. Razif a.k.a Mayat..

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!