It's All About Life - Ya Allah, aku redha.


"Ikut kata hati, mati. Ikut kata rasa, binasa''

Lumrah kehidupan manusia menjanjikan suka duka realiti bak roda yang sentiasa berputar. Kita senantiasa diuji dari Maha Pencipta. Sejauh manakah kekuatan iman kita? Sejauh manakah kesabaran menguji diri? Sejauh manakah kita sering berdoa kepada Maha Pencipta? 

Semua orang mampu menangani masalah yang dialami. Iman adalah pengukur segala-galanya. Semua orang tahu cara untuk berdoa. Semua orang tahu siapa Maha Pencipta. Semua orang tahu setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Itu pemanis yang menjadi perisa dalam kehidupan duniawi.

Betul, tak semua orang mampu menangani masalah yang dihadapai. Kenapa terlalu mudah mengambil 'jalan pintas' sedangkan tahu akibatnya? Tidakkah semua itu godaan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam sehingga akhirat?

Ada masanya kita rasa kehidupan ini tidak adil untuk diri kita. Hati sering bertanya, di manakah hujung jalan cerita. Sampai bila semua ni akan berlaku? Kenapa mesti kita yang alaminya?

Aku, ada masa aku juga hilang pertimbangan diri. Masa tu kawan aku adalah airmata. Bila tersedar, aku tahu aku ada family, aku tahu ada kawan yang sudi mendengar, dan yang penting, aku masih di bawah lindungan-Nya. Allah Maha Mengetahui apa yang telah direncanakan untukku. Aku berusaha sehabis baik untuk menjaga hati dan perasaan semua orang sungguhpun aku sebenarnya yang terluka. Tak apa, asalkan ukhuwah yang terjalin kekal sehingga ke akhir hayat.

"Ya Allah, kepadamu ku berserah. Hidup dan matiku hanya pada-Mu. Aku berusaha menjalankan tanggungjawabku sebagai hambamu di muka bumi. Ku pohon agar hati ini tidak berpaling dari-Mu. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui di atas segala-galanya''

A.d.i.o.s


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!