Event : KL Tower International Jump Malaysia 2012



Acara sukan berprestij dan bertaraf antarabangsa ‘KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2012’ (KLTIJM 2012), dengan bertemakan ‘Fear is Not An Option’ bakal menemui para peminat ekstrimnya di Menara Kuala Lumpur buat kali yang ke-12 tahun ini.

Objektif acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada para penerjun untuk melakukan terjunan di Menara Kuala Lumpur tetapi secara tidak langsung memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terbaik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seramai 100 penerjun dari seluruh dunia akan menyertai dan melakukan aksi terjunan dari ketinggian 300 meter dari paras bumi bermula dari 27 sehingga 30 September 2012 dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang.

Manakala terjunan pada waktu malam akan diadakan pada 28 dan 29 September 2012 bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput untuk bersama-sama menyaksikan dan merasai keseronokan acara ini secara eksklusif di Pelantar Terbuka dengan pakej menarik yang ditawarkan bermula dari RM150.00 hingga RM200.00.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi 03-2072 1219 atau 03-2020 5444 dan layari laman sesawang kami di www.menarakl.com.my  atau ‘like’ facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl
 
****kepada kengkawan yang minat event macam ni, apalagi yang ditunggu.. Marilah bersama meriahkan suasana event****
 
 
A.d.i.o.s
 

Comments

  1. wah..x pernah tengok live..macam menakutkan sahaja.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'fear is not an option' bro.. mula2 macam2 takut, lama2 esok rasa seronok tengok.. ^_^

      Delete
  2. hai..saya follow awk..

    ples... help me.. http://oneniezuka.blogspot.com/2012/09/help-me-again-bloggers.html

    ReplyDelete

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!