Thursday, August 30, 2012

Cerita Raya 2012 - Suasana Gangnam Raya

Siapa dah tonton video ni, sila angkat tangan!! Dah jadi fenomena kat Malaysia ni..

Memang sempoi kan!! kreatif betul idea spontan diorang nih.. setakat malam tadi saja2 tengok, dah ada 600k yg view.. Dengan muka selamba dan bersahaja, siapa sangka video yang saja suka suka dibuat, akhirnya disukai oleh orang lain juga.. Seingat aety, video ni ada keluar kat media prima & suratkhabar Metro pada Selasa 28.08.2012 (klau tak salah tarikh la)..

artikel dalam Metro
Antara petikan artikel ;-

“Tujuan sebenar mahu mewujudkan keakraban anggota keluarga kami untuk berkumpul sama dan menambah nilai kehidupan pada mereka agar turut beraya bersama,” kata anak kelapan daripada 11 beradik itu.

Bapa enam anak ini berkata, klip video turut dimuat naik di laman facebook, Anak Cucu Tok Haroon didedikasi untuk arwah bapanya, Haroon Hashim berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dikenali sebagai pemuzik biola dan akordian.

Rohiman pernah menulis skrip filem Embun arahan Erma Fatima mengisahkan ibunya, Embun Ibrahim sebagai pejuang Melayu pernah melawan tentera Jepun di Pulau Pinang. Embun, 84, turut membintangi klip video Suasana Gangnam Raya ditujukan anggota keluarga padanya.


Ooooo... rupanya nenek dalam video ini adalah Embun.. alah, lakonan Datin Paduka Umie Aida dalam filem Embun tu.. Sporting lah dia. Siap pakai spec hitam lagi..

Antara aksi dalam video nih;-








Korang search dalam Youtube ek.. Suasana Gangnam Raya.. bukan malas nak masukkan kat sini cuma kekadang link youtube yg aety share kat sini jadi error view.. kiter tak terror lagi.. hehehe..  Selamat Menonton..


A.d.i.o.s


2 comments:

  1. hehehe..sme la kite..xleh nk share video...internet problem.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa video appear, ada masa tak.. kesudahannya, letak gambo jer la.. hihihi ^_^

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥