Friday, August 17, 2012

Salam Syawal 1433 Hijrah

Tatkala AT post entry ni, suasana di ofis dah sunyi.. Kat unit AT ni, tinggal 4 orang termasuk AT. Hanya ditemani lagu-lagu yg diputarkan oleh ERA.. Thanks ERA..

Kerja? memang tak ngadap dah.. masing2 bercerita persiapan raya.. asyik dok baca blog orang.. bukannya apa, mencari inspirasi.. macam mana la agaknya nak cantikkan blog ni.. hehehhh.. tulah, orang buat blog, ko pun nak buat blog.. 

Bercerita pasal persiapan raya, mesti macam-macam yang kengkawan dah ready kan? AT? Sederhana jer..  Baju raya 2 pasang jer.. sepasang jubah & sepasang kurung moden.. kuih raya? adik dengan mak AT yang buat.. AT tolong sikit2 pemalas tul .. Diorang buat kuih Tat (wajib sebab ayah suka) , Makmur, kuih rose, kuih tiram, popia simpul.. Jadilah kan.. Cuma tinggal nak anyam ketupat jer.. Itupun kalau ayah kata nak makan ketupat la.. Duit raya? Untuk mak, ayah, adik2 and anak buah.. Untuk budak2 yang datang beraya pun ader.. seronok la diroang sebab dapat duit baru..  tapi budak2 zaman sekarang ni, datang beraya rumah orang, tak sampai 2 minit duduk, nak blah.. bila diberi sampul yang berisi duit raya, siap intai isi dalam lagi..  Sabor jer la..

Hitung masa nak balik nih.. AT tak ambil cuti lama sebab lepas raya, nak get ready untuk exam.. rasa macam sekejap jer dah nak exam.. assignment tak siap edit lagi nih.. adeh.. Member cakap, mula-mula semester memang sukar nak manage time tapi lama-lama ok la.. Insya Allah..

Buat semua rakan rakan blog dan yang sudi singgah blog AT ni, selamat hari raya AT ucapkan.. dalam keriangan meraikan lebaran, jangan lupa mereka yang berada jauh diperantauan dan mereka yang susah.. Salam Aidilfitri..




A.d.i.o.s

p/s : ZAKAT DAH BAYAR KE BELUM????



No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥