Friday, August 31, 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sumber : Google

Hargailah setiap keringat yang telah tumpah membasahi bumi Malaysia ini kerana tanpa perjuangan mereka, kenikmatan dan keharmonian negara sekarang ini tidak akan dirasai. Salam Merdeka.

"Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini"




A.d.i.o.s

p/s : kata2 di atas adalah dari petikan lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad.


Thursday, August 30, 2012

Cerita Raya 2012 - Suasana Gangnam Raya

Siapa dah tonton video ni, sila angkat tangan!! Dah jadi fenomena kat Malaysia ni..

Memang sempoi kan!! kreatif betul idea spontan diorang nih.. setakat malam tadi saja2 tengok, dah ada 600k yg view.. Dengan muka selamba dan bersahaja, siapa sangka video yang saja suka suka dibuat, akhirnya disukai oleh orang lain juga.. Seingat aety, video ni ada keluar kat media prima & suratkhabar Metro pada Selasa 28.08.2012 (klau tak salah tarikh la)..

artikel dalam Metro
Antara petikan artikel ;-

“Tujuan sebenar mahu mewujudkan keakraban anggota keluarga kami untuk berkumpul sama dan menambah nilai kehidupan pada mereka agar turut beraya bersama,” kata anak kelapan daripada 11 beradik itu.

Bapa enam anak ini berkata, klip video turut dimuat naik di laman facebook, Anak Cucu Tok Haroon didedikasi untuk arwah bapanya, Haroon Hashim berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dikenali sebagai pemuzik biola dan akordian.

Rohiman pernah menulis skrip filem Embun arahan Erma Fatima mengisahkan ibunya, Embun Ibrahim sebagai pejuang Melayu pernah melawan tentera Jepun di Pulau Pinang. Embun, 84, turut membintangi klip video Suasana Gangnam Raya ditujukan anggota keluarga padanya.


Ooooo... rupanya nenek dalam video ini adalah Embun.. alah, lakonan Datin Paduka Umie Aida dalam filem Embun tu.. Sporting lah dia. Siap pakai spec hitam lagi..

Antara aksi dalam video nih;-








Korang search dalam Youtube ek.. Suasana Gangnam Raya.. bukan malas nak masukkan kat sini cuma kekadang link youtube yg aety share kat sini jadi error view.. kiter tak terror lagi.. hehehe..  Selamat Menonton..


A.d.i.o.s


Monday, August 27, 2012

My favourite song - Bayangan Ilham by Akim, Nera, Ray, Ira

Aku yang merinduimu dengan sepenuh jiwa
Hatiku kosong bila kau jauh menyepi
Tercari-cari serpihan indahnya cinta
Dalam keheningan malam mengejar bayang ilham
Antara sedar dan dilamun igauan cinta
Airmata ku mengalir dalam kepasrahan

oooooo.. ooooooo

Demi cinta ku rentasi belantara
Yg membelenggu naluri hatiku
Demi cinta ku selami samudera
Yg melemaskan hembusan nafasku

Aku persembah seluruh ragaku
Walau hanya sedetik
Dapat bersama mu

oooooo...ooooo
huuuu.......

Kupersembahkan seluruh ragaku
Demi cinta ku rentasi belantara
Yg membelenggu naluri hatiku
Demi cinta ku selami samudera
Yg melemaskan hembusan nafasku
Demi cinta ku rentasi belantara
Yg membelenggu naluri hatiku
Demi cinta ku selami samudera
Yg melemaskan hembusan nafasku

Aku persembah seluruh ragaku
Walau hanya sedetik
Dapat bersama mu




Sumber : LIRIKLAGUMUZIKA

A.d.i.o.s


Friday, August 24, 2012

Cerita Raya 2012 - Salam Lebaran dari Singapura

ni perihal twitter lagi.. sajer gatal tangan nak ber'tweet' dgn artis favourite AT dari Singapura - Taufik Batisah.. Dalam hati, xderla hope supaya dia balas sebab yelah, beribu yang tweet pada dia, mesti tak menang tangan dia nak reply mana satu kan.. tapi.........


TU DIA!!!!!!!!! rasa macam bertuah pulak bila artis favourite reply my tweet..  sengih sampai telinga nih..  seorang lagi artis favourite dari Singapura yang AT suka, Hady Mirza... dah tweet tapi paham2 jer la, bukan AT sorang peminat dia... heheheheheheheh


A.d.i.o.s




Thursday, August 23, 2012

Cerita Raya 2012 - Tweet tweet

Bila tak berjalan raya, mengadap TV jer la kerjanya.. Tengah layan program raya kat ASTRO, kebetulan pulak artis yang terlibat dgn program raya tu tengah online kat twitter, tangan pun jadi gatal la nak ber'tweet' dengan diorang.. sesajer tweet kepada artis2  tu walaupun dah pujuk dalam hati awal2, "kalau diorang tak reply jangan marah sebab beribu yang akan tweet pada artis nih".. tapi rasa mcm bertuah pulak biler diorang reply my tweet.. sengih sampai ke telinga nih.. hehehehehe

masa ni tgh layan Raya Hafiz Raya

ni pun sama gak, Raya Hafiz Raya

yang ni Betul ke Bohong... episode ulangan


jangan ingat AT nak menunjuk plak, tapi sajer nak share.. eh.. sukahati AT la kan.. blog AT.. hahahahahaha


A.d.i.o.s


p/s : pengacara paling popular malaysia pun ada reply my tweet tau.. the one and only Aznil Hj Nawawi a.k.a. Pak Nil.. tak caya? tak caya sudah!! ^_^



Tuesday, August 21, 2012

Cerita Raya 2012

Assalamualaikum.. How are you bloggers out there? How's your Aidilfitri?

Lebih kurang seminggu jugak tak update blog nih walhal bukannya busy bebenor pun.. eh busy la.. busy siapkan assignment.. ... Raya, raya jugak, kojo yang penting kena gak buek.. tapi kan AT raso tonang lak buat assignment time cuti rayo gini.. tak tahu la napo.. heheh

Cerita raya AT.. xder apa yang menarik pun.. Raya pertama, selepas solat Aidilfitri, famili AT akan sarapan bersama.. Tahun ni, adik AT beraya dgn keluarga mertua.. jadi kurang sorang.. yg jadi meriahnya bila anak-anak angkat mak,  diajak sarapan bersama.. alah, rumah sebelah menyebelah jer.. Dah macam famili besar kitorang ni.. KECOH!! Selepas sarapan, adab bermaaf-maafan dimulakan... Selalunya ayah ada bagi duit raya pada AT walaupun AT dah bekerja tapi tahun ni, giliran AT bagi duit raya pada ayah, mak adik2.. Selepas bersalaman, kitorang gerak ke Tanah Perkuburan Dusun Nanding untuk ziarah pusara Allahyarhamah nenda AT, mak angkat AT, adik angkat AT.. Habis ziarah, AT dan famili terus beraya ke rumah atuk angkat.. Tak jauh pun rumahnya sebab 1 lorong dgn rumah AT..

Aidilfitri tahun ni, nak kata meriah, yer jugak.. Sebabnya AT dah ada ahli keluarga baru.. bukan main si kecil ni bergaya dgn baju raya dia.. Tahu ajer bila orang halakan camera pada dia.. geram.. rasa nak gigit jer pipi tuh..


Mungkin entry ni boring sebab xder gambo berkaitan tapi terus terang AT cakap, AT sendiri pun tak tau ngaper AT tak snap gambor raya.. nak kata MALAS, tak jugak, nak kata handphone tak canggih, memang tak canggih ponnn.. hahahahhhh.. entahla..

Apa2 pun ceria beb.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..


A.d.i.o.s

p/s : khamis ni dah keje lorrr... sorang plak tu.. adehhh..


Friday, August 17, 2012

Salam Syawal 1433 Hijrah

Tatkala AT post entry ni, suasana di ofis dah sunyi.. Kat unit AT ni, tinggal 4 orang termasuk AT. Hanya ditemani lagu-lagu yg diputarkan oleh ERA.. Thanks ERA..

Kerja? memang tak ngadap dah.. masing2 bercerita persiapan raya.. asyik dok baca blog orang.. bukannya apa, mencari inspirasi.. macam mana la agaknya nak cantikkan blog ni.. hehehhh.. tulah, orang buat blog, ko pun nak buat blog.. 

Bercerita pasal persiapan raya, mesti macam-macam yang kengkawan dah ready kan? AT? Sederhana jer..  Baju raya 2 pasang jer.. sepasang jubah & sepasang kurung moden.. kuih raya? adik dengan mak AT yang buat.. AT tolong sikit2 pemalas tul .. Diorang buat kuih Tat (wajib sebab ayah suka) , Makmur, kuih rose, kuih tiram, popia simpul.. Jadilah kan.. Cuma tinggal nak anyam ketupat jer.. Itupun kalau ayah kata nak makan ketupat la.. Duit raya? Untuk mak, ayah, adik2 and anak buah.. Untuk budak2 yang datang beraya pun ader.. seronok la diroang sebab dapat duit baru..  tapi budak2 zaman sekarang ni, datang beraya rumah orang, tak sampai 2 minit duduk, nak blah.. bila diberi sampul yang berisi duit raya, siap intai isi dalam lagi..  Sabor jer la..

Hitung masa nak balik nih.. AT tak ambil cuti lama sebab lepas raya, nak get ready untuk exam.. rasa macam sekejap jer dah nak exam.. assignment tak siap edit lagi nih.. adeh.. Member cakap, mula-mula semester memang sukar nak manage time tapi lama-lama ok la.. Insya Allah..

Buat semua rakan rakan blog dan yang sudi singgah blog AT ni, selamat hari raya AT ucapkan.. dalam keriangan meraikan lebaran, jangan lupa mereka yang berada jauh diperantauan dan mereka yang susah.. Salam Aidilfitri..




A.d.i.o.s

p/s : ZAKAT DAH BAYAR KE BELUM????



Friday, August 10, 2012

Dunia : Olympic 2012 - Sarah Attar

Attar becomes first Saudi female track Olympian

LONDON (Reuters) - Sarah Attar became the first female track and field athlete to represent Saudi Arabia at an Olympics when she competed in the 800 metres heats on Wednesday.

The 19-year-old, who wore a white head cover, a long-sleeved green top and black leggings and sported luminous green running spikes, received a generous ovation from a capacity crowd at the Olympic stadium as she trailed in last of the eight runners.

"It's an incredible experience," Attar, who has dual United States citizenship and is a student at Pepperdine University in Los Angeles, told reporters.

"It is the hugest honour to be here to represent the women of Saudi Arabia.

"It is an historic moment. I hope it will make a difference. It is a huge step forward. It's a really incredible experience."

Attar, who clocked two minutes 44.95 seconds - over 43 seconds behind heat winner Janeth Jepkosgei Busienei of Kenya - was the second Saudi woman to compete at the Games following judoka Wojdan Ali Seraj Abdulrahim Shaherkani.
The International Olympic Committee (IOC) had extended a special invitation to Shaherkani and Attar after it pressed Saudi Arabia to end its ban on female participation.

Some conservative Saudis had criticised their countrywomen's participation in London after Saudi Arabia broke with its practice of sending male-only teams to the world's biggest sporting event.

(Additional reporting by Neil Maidment; Editing by Mark Meadows and Ed Osmond)


SOURCES :  THE STAR ONLINE

Himpunan Kata Kata Ustaz Azhar Idrus - Ramadhan


TAZKIRAH RAMADHAN



Renung - renungkan, selamat beramal...


A.d.i.o.s

Dunia : Olympic 2012 - Aquatics




SOURCES : THE STAR ONLINE

Pandelela merupakan WANITA PERTAMA MALAYSIA yang melakar sejarah membawa pulang pingat di temasya Olimpik semenjak ia diperkenalkan 56 tahun lalu... Untuk temasya Olimpik kali ini, MALAYSIA telah membawa pulang 1 pingat Perak & 1 pingat Gangsa... TAHNIAH MALAYSIA!!

A.d.i.o.s



Thursday, August 09, 2012

My favourite song - Rapuh by Opick


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada Mu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada Mu


My Favourite song - Begini Caranya by Shaheizy Sam & Yana Samsudin


Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu

Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku


Wednesday, August 08, 2012

Dunia : Olympic 2012 - Badminton Malaysia (iv)







SOURCE : BERNAMA



Ray Johara pun ada kat KLIA utk kalungkan pingat Emas Era sebagai tanda terima kasih membanggakan rakyat Malaysia... TAHNIAH ERA FM!!



A.d.i.o.s



Tuesday, August 07, 2012

It's All About Life

MENGAPA MESTI BERSANGKA BAIK?

Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa.

Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.

Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!


Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.

Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)



SUMBER : ILUVISLAM



A.d.i.o.s




Monday, August 06, 2012

No Title







Dunia : Olympic 2012 - Badminton Malaysia (iii)

Dunia : Olympic 2012 - Badminton Malaysia (ii)


sumber : myMetro
SKRIP BERULANG

WEMBLEY Arena masih lagi igauan buruk buat Lee Chong Wei yang terpaksa mengakui hakikat dia tetap kedua terbaik kepada Lin Dan.

Selepas tewas di Kejohanan Dunia tahun lalu di gelanggang sama, kekalahan 21-15, 10-21, 19-21 di final perseorangan lelaki Olimpik itu bagaikan ulangan skrip buat Chong Wei apabila tewas buat kali kedua berturut-turut selepas Beijing empat tahun lalu.

Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei tidak berpeluang menebusnya kerana dia dan Lin Dan menjadikan London sebagai Olimpik terakhir mereka.

Lebih malang, turut sama terkubur adalah impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan sejarah tercipta.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mereka emas. Saya tahu ramai yang kecewa tapi saya sudah cuba sebaik mungkin. Saya tidak kesal dengan kekalahan ini, mungkin memang ditakdirkan saya hanya boleh menang perak kerana Lin Dan memang terlalu handal

“Dalam dunia ini hanya satu Lin Dan dan Lin Dan itulah yang mengalahkan saya. Tapi saya gembira kerana Lin Dan membuatkan saya bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan saya percaya dia juga gembira kerana saya membuatkannya bekerja keras untuk emas,” katanya.

Chong Wei yang turun untuk mengejutkan Lin Dan menampilkan corak permainan meyakinkan pada set pertama apabila mendahului 11-8 pada pertengahan permainan sebelum menamatkannya dengan 21-15.

Set kedua jelas menjadi milik Lin Dan apabila Chong Wei yang ketinggalan jauh 8-15 pada suatu ketika bagaikan membiarkan pemain China itu menang mudah bagi membolehkannya menumpukan tenaga terhadap set ketiga.

Set penentuan itu berlangsung sengit apabila mereka saling terikat mata hingga kedudukan 18-18 dan 19-19 sebelum Lin Dan terlebih dulu mencapai mata 20 dan kemudiannya menang 21-19.

Lin Dan memuji persembahan Chong Wei apabila berkata pemain negara itu bermain dengan bijak sepanjang perlawanan untuk memberikan tekanan kepadanya.

“Saya tidak mengambil serius set pertama tapi selepas tewas saya meningkatkan persembahan di set kedua dan mencapai keputusan yang saya mahukan di set ketiga,” katanya yang berlari mengelilingi gelanggang sebaik menewaskan Chong Wei.

Kemenangan Lin Dan itu bermakna Malaysia masih lagi tercari-cari pingat emas yang gagal digenggam sejak temasya Melbourne 1956.



SUMBER : MYMETRO



A.d.i.o.s


p/ s : tangisan DLCW di atas podium pingat malam tadi mungkin tak sama dgn apa yang rakyat Malaysia rasa... sob sob..

Dunia : Olympic 2012 - Badminton Malaysia (i)



SOURCE : KOSMO



A.d.i.o.s


Sunday, August 05, 2012

Dunia : Olympic 2012 - Datuk Lee Chong Wei minta maaf di Twitter

Harapan Malaysia untuk meraih EMAS pertama berkecai apabila hero badminton Malaysia, DATO' LEE CHONG WEI tewas kepada musuh tradisi, Lin Dan.. DLCW tewas 21-15, 10-21, 19-21.


Luahan kecewa DLCW dinyatakan di twitter beliau...


I truely believe that Malaysian won't blame him becouse he already did a GREAT JOB out there..

Truely fighter you are DLCW....
Malaysia so proud of you!!

A.d.i.o.s




It's All About Life - Sifat Sifat Mazmumah

1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah.


2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.


3. Ghadhab (pemarah)
Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.


4. Hasad (dengki)
Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.


5. Bakhil (kedekut)
Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.


6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.


7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah. Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.


8. Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.


9. ‘Ujub (bangga diri)
Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.


10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.


A.d.i.o.s


Thursday, August 02, 2012

Dunia : Olympic 2012

Mungkin agak terlewat untuk AT update tapi sebab ianya adalah acara yang hangat diperkatakan waktu ini, ok lah kan... At least, takdelah orang cakap AT ketinggalan.

Sukan Olimpik London 2012 telah membuka tirai Jumaat lalu,27 Julai 2012 di mana Britain sekali lagi telah diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu. Majlis pembukaan tersebut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia. AT tak tengok pun tapi bila tengok berita & ditunjukkan montaj upacara pembukaan tu, fuiyoo!!! memang nampak sungguh gemilang.

The Olympic Bell


Korang kenal tak watak ni? MARY POPPINS....
'Pandemonium' as the Industrial Revolution is celebrated


Fireworks light up at Tower Bridge as the bridge is raised to allow David Beckham piloting a speedboat carrying the Olympic flame through to make its way to the London 2012 Olympics Opening Ceremony.
Sir Steve Redgrave enters the stadium with the Olympic Flame



The Olympic Cauldron


 
Rowan Atkinson plays Mr Bean during the Opening Ceremony. For me he is the Best British talent that i've ever seen

Duke and Duchess of Cambridge, William and his wife Catherine, and Prince Harry watch the Opening Ceremony


Masa AT post this entry, Malaysia masih belum meraih sebarang pingat. Hanya badminton yang memberikan saingan hebat.  Let's pray for them. Bring the spirit MALAYSIA BOLEH!!!!!!

sources : OLIMPIK2012


A.d.i.o.s