Tuesday, July 31, 2012

Bolasepak : Perlawanan Persahabatan 2012 Malaysia vs Manchester City



keputusan penuh perlawanan
Manchester City 3 - 1 Malaysia

oklah kan
ada gak score kat situ
gol Malaysia hadir pada minit ke-87 dari Azamuddin Mohd Akil
bangga jugak dengan prestasi HARIMAU MALAYA sekarang ni
hopefully
ini dijadikan sebagai satu semangat
dalam misi
untuk mempertahankan
Piala AFF Suzuki Cup
yang telah kita menangi
pada 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA


A.d.i.o.s


p/s : happy bithday to ME!! (30th July 2012)
Thank you Allah...

Wednesday, July 25, 2012

Bolasepak : Perlawanan Persahabatan 2012 Malaysia vs Arsenal


keputusan penuh perlawanan
Arsenal 2-1 Malaysia


HARIMAU MALAYA yang AT saksikan malam tadi
garangnya lain macam
serangan ke gawang lawan tu ada
tapi
penyudah KEMENANGAN tu tiada..
kalau dulu 0-4
tapi semalam 1-2
OK lah tu
ada SCORE gak
lagipun
kita yang lead dulu
apa2 pun
TAHNIAH HARIMAU MALAYA



A.d.i.o.s

Monday, July 23, 2012

It's All About Life

TAZKIRAH RAMADHAN

SABAR

Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu".
(Muhammad: 31)


Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur".
(HR Al-Baihaqi)


Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
 (HR Baihaqi)


Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :  Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga".
(HR Bukhari)


Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya".
(HR Ibnu Majah)


Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :  Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga".
(HR Bukhari)


Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya".
(HR Ibnu Majah)



A.d.i.o.s



Saturday, July 21, 2012

It's All About Life

TAZKIRAH RAMADHAN

RASULULLAH SAW BERSABDA:
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

********************

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.".
 
********************
 
Renung-renungkan
Selamat Beramal
 
A.d.i.o.s
 

Friday, July 20, 2012

Team Malaysia - Gemuruh Suara


Theme song untuk atlet negara kita...
T sendiri pun rasa berkobar bila dengar lagu ni..


A.d.i.o.s


Salam Ramadhan buat semua

Buat pembaca blog sekalian,


Sumber : Google

A.d.i.o.s


Thursday, July 19, 2012

Juara Masterchef Celebrities Malaysia

Mungkin agak lambat AT update pasal cerita ni tapi macam biasalah ayat AT, blog AT suka hati AT lah nak update post tu (asalkan tak ketinggalan zaman)... hehehe


Masterchef Celebrities Malaysia telah melabuhkan tirainya pada, 16 Julai 2012 apabila Dato' Fazley yang dicabar hebat oleh Angah Raja Lawak telah dinobatkan sebagai Juara Masterchef Celebrities Malaysia.


Bertemakan SENTUHAN BINTANG, Dato' Fazley memilih untuk menghidangkan Fall In Love sebagai pembuka selera, An Afternoon Date In London sebagai hidangan utama dan French Poem By The Lake sebagai pencuci mulut.  Dato’ Fazley telah membawa pulang RM57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Tahniah juga kepada ANGAH kerana berjaya menempuhi cabaran ini sehingga ke peringkat akhir. Angah berjaya mengumpul dana sebanyak RM7,500 untuk disumbangkan kepada Persatuan Orang Kerdil Malaysia.

TAHNIAH BUAT PEMENANG!!!!!

A.d.i.o.s


Tuesday, July 10, 2012

Telemovie - Maharku Untukmu

Walaupun dah 2 minggu cerita ni berlalu, tapi bila terdengar lagu tema nya, Maharku Untukmu nyanyian  Alief Janeng ; hati jadi tersentuh & teringat cerita ni semula.

***********

Sinopsis Drama Maharku Untukmu

Maharku Untukmu menceritakan pengorbanan seorang lelaki yang menjadi pak sanggup kepada wanita yang dicintainya.

Ceritanya, Tengku Aishah (Nabila Huda) diibaratkan dilahirkan dalam talam emas. Dia mempunyai segala-galanya dan membesar dikelilingi oleh golongan elit yang mementingkan status dan kasta. Ayah dan bondanya amat mementingkan status dan darjat. Aishah membesar sebagai gadis yang manja dan angkuh.

Dia mewarisi sikap hidung tinggi ibunya, Tengku Marina (Norish Karman). Aishah tidak pernah terfikir yang dia akan berhadapan dengan kemelut kehidupan kerana selama ini dia merasakan perjalanan hidupnya lancar dan hanya perlu 'petik jari' semua tersedia di depan mata. Kurangnya pendidikan agama dan jalan hidup yang kebaratan mengheret Aishah jauh ke lembah maksiat.

Sementara itu Putera (Adi Putra) adalah pemuda yang lurus dan bukanlah anak jutawan. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi dia tidak pernah berputus asa mencari rezeki yang halal. Dia berpegang kepada pesanan arwah ibunya bahawa maruah diri tiada nilainya dan sentiasa patuh kepada ajaran Islam. Kenaifan Putera disedari oleh Tengku Hamid (Rahim Jailani), iaitu ayah Aishah. Terlintas di fikirannya, pada zaman sekarang sukar mencari orang yang lurus seperti Putera. Sehubungan itu, Tengku Hamid mengambil Putera menjadi pemandunya.

Putera terkedu apabila kali pertama bertemu Aishah yang sombong, malah sebelah mata pun dia tidak memandang ke arahnya. Aishah bertunang dengan Tengku Ariff seperti yang dimahukan Marina.

Baginya Tengku Ariff (Iqram Dinzly) adalah calon terbaik meskipun lelaki itu gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali. Gaya hidup bebas membuatkan Aishah merelakan saja dirinya ditiduri Ariff. Malang tidak berbau apabila Ariff terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kesedihan Aisyah bertambah parah apabila dia mendapati Ariff meninggalkan benih di dalam rahimnya.

Marina panik apabila mendapati anaknya mengandung. Dia menyuruh anaknya itu menggugurkan kandungan, namun Hamid membantah keras keputusan itu. Baginya dosa yang sedia ada amat besar, jangan ditambah dengan dosa yang lebih besar lagi.

Hamid mahu Aisyah berkahwin. Dia harus mencari seseorang yang mahu menjadi pak sanggup. Hamid teringatkan Putera dan dia menyedari pemandunya itu ada menaruh perasaan terhadap Aisyah. Hamid meminta Putera menikahi anaknya. Marina pengsan dengan keputusan itu manakala Aishah pasrah dalam tangisan.

Putera termangu, namun dia sememangnya mencintai Aishah. Dia tahu Aishah tidak pandang dirinya. Tetapi itu semua tidak penting. Putera tekad akan membahagiakan Aishah. Putera sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi dia tetap melakukan apa yang sepatutnya untuk memperisterikan Aishah. Dia masih ada maruah diri. Untuk itu dia menyediakan sendiri mahar untuk Aishah.

Tersenyum sinis Marina melihat cincin belah rotan dan al-Quran sebagai hantaran. Bermulalah kehidupan baru Putera sebagai menantu Hamid dan Marina. Mujur juga namanya Putera, kata Marina. Bolehlah mereka menipu mengenai latar sebenar menantu mereka. Aishah pula sangat bencikan Putera. Hatinya tidak boleh menerima kenyataan yang dia bersuamikan pemandunya sendiri. Akan tetapi Putera tak kisah, walaupun dimaki dan dihina, Aishah tetap isterinya. Aishah dicintai dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

**************

Sedih masa tengok ending dia... Putera koma angkara perbuatan jahat yang dirancangkan oleh mentuanya sendiri. Namun, Allah Maha Berkuasa & mentuanya telah mati digilis lori.. Setelah Aishah selamat melahirkan zuriat, dibawanya anak itu kepada Putera, seraya airmata Putera mengalir & sambil menangis, Aisyah baring di sisi menemani Putera untuk kali terakhir..
 
Lakonan hebat dan penuh emosi daripada Adi Putra, Nabila Huda dan Norish Karman, telemovie terbitan Primeworks Studios ini berjaya mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 2.4 juta (11.7 TVR) atau 43.1% berdasarkan sumber daripada Nielsen Audience Measurement. (info here)
 
 
 
Sememangnya terkesan di hati. Tahniah kepada para pelakon.
 
A.d.i.o.s
 

My favourite song - Maharku Untukmu by Alief Janeng

Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Penyanyi : Alief Janeng




Friday, July 06, 2012

It's All About Life



::::::::::::::::::
a:p:a:2:j:e:l:a:h:w:e:i
:::::::::::::::::::




Biarkan ia menuruti masa

jangan terlalu berharap
sebab aku takut
kita akan kecewa

jangan terlalu berharap
sebab aku takut
kita akan terluka

jangan terlalu berharap
sebab aku takut
kita akan bersedih

jangan terlalu berharap
kerana aku takut
kita akan berdendam

biarkan saja
ia menuruti masa
seandainya dikau
yang telah dijanjikan
oleh
Allah S.W.T
untukku
percayalah pada
ketentuan-Nya
berdoalah
agar silaturahim ini sentiasa mekar
disatukan untuk berbunga kasih
sepanjang hayat
Insya Allah..


sumber : Google



It's All About Life- 10 Amalan Murah Rezeki

 
Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


Sharing from Here




Thursday, July 05, 2012

FINAL SHOWDOWN 2012

Champion for Final Showdown 2012 


Sources : Here


A.d.i.o.s


Wednesday, July 04, 2012

FINAL SHOWDOWN 2012



Dem Lepak Boyz



Project Elementz
 
Soul Gang
 





Monday, July 02, 2012

UEFA Euro 2012 Final : Spain vs. Italy

Spanish players celebrate with the trophy after the Euro 2012 soccer championship final between Spain and Italy in Kiev, Ukraine, Sunday, July 1, 2012. Photo: Gregorio Borgia / AP

sources : click here

Spain won the match
4-0


A.d.i.o.s