Pameran Raja Kita di Istana Negara Lama

14.06.2012
Istana Negara Lama, Jalan Istana

Dah lama rancang dengan geng opis nak jengah ke Pameran Raja Kita di Istana Negara Lama ni, tapi dek kerana kesibukan yang amat, barulah dapat melangkah ke sana. Tarikh tutup pameran pada 15.06.2012, tu yang beriya nak pergi jugak.. Sepatutnya, rombongan Cik Kiah dalam 6 orang tapi disebabkan kejadian yang tak diingini telah berlaku, maka tinggal 5 orang... heheheh... macam serius jer bunyik kan... Pak supir kitorang Abang Hashim.. Yang jadi kelakarnya, masing2 yang pergi ni semuanya 'blur' nak follow jalan mana tapi atas kepintaran Sis Iza Ismail, sampai jugak.... hehehehhhh..

Boleh tahan jugak jauh nak berjalan ke Balairong Seri.. Sebelum memasuki pameran di Balairong Seri Istana Negara, pelawat kena tanggalkan kasut dan dikenakan bayaran RM3 sekiranya kita merakamkan gambar dengan kamera termasuk telefon bimbit... Punyalah baik hati kan, dah masuk aku keluar balik sebab nak bayar... Masa mula2 masuk xder rasa gatal nak snap apa yang ada dalam pameran tuh, tapi bila dah snap gambar tu, rasa bersalah plak... tu yang keluar gi bayar tuh.. hehehehhhh.... Layankan gambar yang sempat AT snap.. Maaflah yer sekiranya kualitas picture tidak menepati standard piawaian...










AT sebenarnya teringin nak tengok Bunga Mas... tinggi ker, besar ker... sekali tengok haaaa... memang tinggi... tinggi paras bahu AT ada kot... ke lebih...?? Sejarah Bunga Mas ni kita semua pernah belajar masa zaman sekolah dulu... AT pun dah tak berapa ingat sejarah Bunga Mas ni.. Kalau rakan2 nak tahu sejarah Bunga Mas ni, try tanya rakan AT, Mr GOOGLE.... (apadaaaa AT nih!!)   hehehehhhh...



Lepas lihat pameran, kitorang gi makan ikan bakar kat area belakang istana tu.. yang kesiannya, Abang Hashim dah lepak dalam kereta, terpaksa pusing balik ke tempat pameran tadi untuk pergi ke kedai ikan bakar tu.. dahla AT pakai high heel, daki bukit plak tu (w/pun tak tinggi mana)... hehehehh.... sorry lah yer, masa makan memang tak sempat nak snap gambar sebab perut nih dah bergendang rock nyanyi lagu LAPAR... asyik layan IKAN BAKAR CENCARU.... fuuuhhhhhhhhh.... nikmat...

Masuk opis lebih kurang pukul 3.30petang... mana taknya... layan jem kat Mahameru... Nasib baik takder urgent case yang AT kena handle hari tu... Kalau tak, mau nama naik... (poyo jer kan).. hehehehehhh

A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!