Oh My English at Astro



Pagi ni dengar JOHARA, sakit perut dibuatnya... AT macam orang gila dalam kereta sebab gelak sorang-sorang.. Mana taknya, kalau Hanif yang bercakap English tu, memang la AT faham.. yang buat AT gelak bila dengar Johan & Ray bercakap... adooiiii....  At least they tried.. I'm so proud of them.. Alkisah, kononnya, Hanif ada menjemput seorang rakan beliau yang merupakan seorang guru & baru pulang dari UK untuk memulakan tugas di Malaysia. Masa mula-mula dengar, mati-mati AT ingatkan tetamu tu orang luar.. Tapi bila dengar si Johan dengan Ray ni punya selamba cakap English, lepas tu siap gelak lagi, dengan slang 'mat salleh' yang terbabas sikit ke lidah melayu, AT terfikir, betul ker tetamu jemputan tu orang luar.. Sehinggalah Hanif berterus terang mengenai siapakah  tetamu jemputan Johara yang sebenarnya..

Tetamu jemputan adalah Zain Saidin yang memegang watak sebagai Mr Henry Middleton, seorang guru Bahasa Inggeris di SMK Ayer Dalam untuk siri OH MY ENGLISH .. Sedikit sinopsis mengenai siri ini;-

Di SMK Ayer Dalam, ‘Kelas 3 Merah’ terkenal sebagai kelas yang mempunyai berbagai kerenah. Tidak siapa ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya sangat nakal, suka buat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk dalam sekolah tersebut. Subjek yang mereka paling tidak gemar ialah Bahasa Inggeris.Akhirnya tampil seorang guru bernama Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris yang peramah dan optimistik. Dia dilahirkan di Malaysia tetapi dibesarkan di United Kingdom. Kaedah pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian pelajar dan lama-kelamaan menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa Inggeris.


Bila tengok preview dia,  AT pun gelak.. AT? nak kata pandai speaking tu, tak jugak.. Kadang-kadang, bila orang bercakap dengan  AT, AT faham tapi bila AT nak berbual balik tu yang ada masa jadi masalah.. Satu perkara pada AT yang kita jangan segan nak guna adalah kamus.. AT sendiri pun bila buat kerja, rujuk kamus.. Bukan apa, bila dapat email dari orang atasan, dengan ayat yang sememangnya 'high standard communication', kita yang kuli ni jadi terkial-kial nak reply.. Bila dah reply, siap check lagi sekali, betul ker ayat aku nih.. Kita orang melayu, gunalah bahasa kebangsaan kita kan.. upss... ceramah plak kat sini..

Oh My English disiarkan bermula pada 20 May 2012, setiap Ahad, jam 10 pagi di Astro TVIQ (Channel 610) & dengar khabar akan disiarkan juga di Astro Prima mulai 8 Jun 2012, Jumaat jam 9.30 malam..

Let's learn English!!




A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!