Tuesday, June 12, 2012

Novel : JD 6271 by Shahrizad Shafian


MENCARI PADA YANG TIADA MANA MUNGKIN AKAN ADA DI DEPAN MATA
PERSAHABATAN dua remaja, Sham dan Said, memberi nafas segar kepada penghayatan kasih sayang insani yang syumul. Kesiap-siagaan masing-masing untuk berkorban demi kebahagiaan sahabatnya mencabar perasaan kita untuk menerima dan menghormati intisari kemanisan realiti persahabatan itu. Betapa tidaknya:

Kalau aku jatuh, kaulah tilamku;
kalau hujan di kepalaku, kaulah payungku;
kalau kemarau hari-hariku, kaulah air dalam koleku;
kalau patah hatiku, kaulah pembalutku.

Klimaks persahabatan itu termeterai perjanjian antara mereka bahawa mereka sanggup menyerahkan nyawa semata-mata untuk sahabat itu.

Namun keajaiaban apakah yang melanda sehingga seorang dari mereka merayu, “Lepaskan aku!” Adakah kerana merebutkan Jad? Dan siapakah Jad dalam persahabatan tiga segi ini?

JD 6271  ;  NASKAH TERBARU DARI SHAHRIZAD SHAFIAN



Setiap kali tiba ke bahagian sahabat ini bergurau, setiap kali itulah AT teringat sahabat2 yang selalu jatuh dan bangun bersama AT..  Selalunya bila AT baca novel, hati AT takkan terusik sebegini.. Terus terang AT katakan, bila sampai klimaks cerita, barulah AT faham apa yang dimaksudkan oleh penulis melalui "Lepaskan aku!".. Air mata AT menitis di pipi tanpa AT sedar.. Entah apa 'penangan' yang telah disuntik oleh penulis kali ni... BTW, rindulah pada si penulis...

Dapatkan naskah terbaru dari Shahrizad Shafian yang telah pun dikeluarkan pada May 2012 & diterbitkan oleh PELIMA MEDIA SDN BHD "Memperkasa Tradisi Hidup Salafussoleh"..


A.d.i.o.s

p/s : penulis adalah orang yg sama menghasilkan novel Tunjuk Langit Cinta (as in my previous entry)


2 comments:

  1. Assamualaikum Adinda kesuma jiwa ku Aety,WAH! Disini rupa-rupanya promosi dilakukan secara BESAR-BESARAN. Alhamdullilah, syukur to Allah SWT sebab dikurniakan hati adinda secantik widuri. Semoga yang terbaik di berikan kembali buat kebahagiaan adinda nan abadi.Mencari pada yang tiada mana mungkin akan ada, andai yang ada belum tentu sangat nyata.

    Salam dari langit biru hanya untuk mu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kekandaku Shahrizad. Promosi yg kulakukan tidaklah SEBESAR mana. Hanya mengagumi setiap intipati naskah yg telah kekanda coretkan. Adindamu yg kerdil ini sentiasa mencari ruang untuk teguh berada di sisimu. Semoga penamu ini menjadi pendidik hati agar mereka mengerti akan persahabatan yg sejati.

      Salam rindu dari adinda..

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥