Posts

Showing posts from June, 2012

Restoran McDonalds Terbesar Didunia

Image
Siapa tak kenal dengan logo di atas, sila tampar diri sendiri... hahahahh.... AT baca KOSMO hari, kat area Dunia!.. Restoran McDonalds di Taman Olimpik, timur London merupakan yang terbesar dan paling sibuk di dunia. Restoran 2 tingkat dengan keluasan 32000 kaki persegi itu mempunyai tempat duduk untuk 1500 pelanggan dan mempunyai seramai 2000 pekerja untuk mengendalikan restoran tersebut... mak aihhh...








Favourite aku jugak McD nih.... Kalau kat restoran kita sini AT dah terbayangkan waktu2 sesak, entah macam mana pulak keadaan sesak kat restoran yang ni kan...?? hhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

other info : Click Here & Here



A.d.i.o.s

Novel : JD6271 di SACC, Shah Alam

Image
Nak promote sikit...

Insya Allah, sekiranya tiada aral yang melintang, JD6271 & penulis novelnya, Shahrizad Shafian akan menjengah di SACC Shah Alam pada 01 Julai 2012. Untuk synopsis cerita, boleh refer my previous entry here




Kepada mereka yang gemar membaca dan sentiasa menantikan karya baru, datanglah beramai-ramai ke SACC Shah Alam pada I Julai 2012 ini. Pelancaran akan berlangsung sekitar jam 3 petang... Insya Allah, i'll be there too...


A.d.i.o.s

 

Lawak! Lawak!

Image
saja copy dari FB.... hikhik...


kreatif la..... visit at Lawak Facebook
(^_^)

A.d.i.o.s

Drama Seram - WARIS

Image
satu drama yang memang AT dah agak akan ada kesinambungannya dan memang AT nantikan kesinambungannya... WARIS merupakan kesinambungan dari drama Kekasihku Seru... Drama ini mengekalkan pelakon yang sama iaitu Datin Paduka Umie Aida, Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman dan Kuza. 

Synopsis
Mengisahkan kehidupan Rashad (lakonan Fizz Fairuz) dan Marisa (Emelda Rosmila)selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar.  Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.  Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif.  Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu.  Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara…

UEFA EURO 2012

Image
  



WHO'S GONNA BE THE CHAMPION???



A.d.i.o.s

Pameran Raja Kita di Istana Negara Lama

Image
14.06.2012
Istana Negara Lama, Jalan Istana

Dah lama rancang dengan geng opis nak jengah ke Pameran Raja Kita di Istana Negara Lama ni, tapi dek kerana kesibukan yang amat, barulah dapat melangkah ke sana. Tarikh tutup pameran pada 15.06.2012, tu yang beriya nak pergi jugak.. Sepatutnya, rombongan Cik Kiah dalam 6 orang tapi disebabkan kejadian yang tak diingini telah berlaku, maka tinggal 5 orang... heheheh... macam serius jer bunyik kan... Pak supir kitorang Abang Hashim.. Yang jadi kelakarnya, masing2 yang pergi ni semuanya 'blur' nak follow jalan mana tapi atas kepintaran Sis Iza Ismail, sampai jugak.... hehehehhhh..
Boleh tahan jugak jauh nak berjalan ke Balairong Seri.. Sebelum memasuki pameran di Balairong Seri Istana Negara, pelawat kena tanggalkan kasut dan dikenakan bayaran RM3 sekiranya kita merakamkan gambar dengan kamera termasuk telefon bimbit... Punyalah baik hati kan, dah masuk aku keluar balik sebab nak bayar... Masa mula2 masuk xder rasa gatal nak snap apa ya…

Maafkan Saya

Image
maafkan saya sebab tak sengaja lukakan hati awak tak sengaja buat awak terasa tapi
terpulanglah pada awak untuk maafkan saya atau tak saya takkan paksa itu hak awak cuma satu benda jer awak kena tau saya selalu sayangkan awak




Novel : JD 6271 by Shahrizad Shafian

Image
PERSAHABATAN dua remaja, Sham dan Said, memberi nafas segar kepada penghayatan kasih sayang insani yang syumul. Kesiap-siagaan masing-masing untuk berkorban demi kebahagiaan sahabatnya mencabar perasaan kita untuk menerima dan menghormati intisari kemanisan realiti persahabatan itu. Betapa tidaknya:
Kalau aku jatuh, kaulah tilamku; kalau hujan di kepalaku, kaulah payungku; kalau kemarau hari-hariku, kaulah air dalam koleku; kalau patah hatiku, kaulah pembalutku.
Klimaks persahabatan itu termeterai perjanjian antara mereka bahawa mereka sanggup menyerahkan nyawa semata-mata untuk sahabat itu.
Namun keajaiaban apakah yang melanda sehingga seorang dari mereka merayu, “Lepaskan aku!” Adakah kerana merebutkan Jad? Dan siapakah Jad dalam persahabatan tiga segi ini?
JD 6271  ;  NASKAH TERBARU DARI SHAHRIZAD SHAFIAN


Setiap kali tiba ke bahagian sahabat ini bergurau, setiap kali itulah AT teringat sahabat2 yang selalu jatuh dan bangun bersama AT..  Selalunya bila AT baca novel, hati AT takkan te…

Walimatulurus - Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor

Image
Tarikh Majlis : 02 Jun 2012
Tempat ; Taman Sri Nanding, Hulu Langat

Entry kali ni is dedicated to my adik angkat lelaki AT, IKRAM yang telah bernikah pada 26 May lalu di Kota Bharu, Kelantan. Majlis resepsi pihak lelaki telah diadakan pada 02.06.2012 di kediaman ibubapanya di Taman Sri Nanding... Ikram merupakan adik kepada my bestfriend, Haiyan... Masa diorang nak bertolak pergi ke Kelantan hari tu, AT sebak sebab tak dapat ikut.. sob sob... tapi diorang dah siap warning dalam FB.. kalau di sebelah pihak lelaki AT xde, memang kena... hikhik... Majlis resepsi bertemakan BIRU.. Nice...
Ada la sikit gambar nak share.. my phone camera.. xbanyak nak snap pun.. mintak mahap la yer sebab kualitas gambar yang tidak menepati standard piawaian.
   


Just like i said before, AT tak snap banyak gambar adik angkat ni.. AT ada mintak kat official photographer some picture untuk AT share kat sini tapi dia tak bagi lagi... hehehehh... nanti kalau ada tambahan, yang mana AT bleh share …

Teringat 'Kasih' Dulu-Dulu

Image
M : AT..

AT : apa?

M : aku suka kat ko..

AT : apa yg ko merepek nih?

M : betul, aku suka kat ko..

AT : jangan nak merepek la..

M : ish dia nih.. kita cakap betul2, dia main2 plak.. serius.. aku suka biler baca sajak2 jiwang yang ko buat dalam buku kompilasi kelas tu..

AT : maknanya ko bukan suka kat aku, ko suka kat sajak aku.. mengong..

M : erk…





A.d.i.o.s

Oh My English at Astro

Image
Pagi ni dengar JOHARA, sakit perut dibuatnya... AT macam orang gila dalam kereta sebab gelak sorang-sorang.. Mana taknya, kalau Hanif yang bercakap English tu, memang la AT faham.. yang buat AT gelak bila dengar Johan & Ray bercakap... adooiiii....  At least they tried.. I'm so proud of them.. Alkisah, kononnya, Hanif ada menjemput seorang rakan beliau yang merupakan seorang guru & baru pulang dari UK untuk memulakan tugas di Malaysia. Masa mula-mula dengar, mati-mati AT ingatkan tetamu tu orang luar.. Tapi bila dengar si Johan dengan Ray ni punya selamba cakap English, lepas tu siap gelak lagi, dengan slang 'mat salleh' yang terbabas sikit ke lidah melayu, AT terfikir, betul ker tetamu jemputan tu orang luar.. Sehinggalah Hanif berterus terang mengenai siapakah  tetamu jemputan Johara yang sebenarnya..

Tetamu jemputan adalah Zain Saidin yang memegang watak sebagai Mr Henry Middleton, seorang guru Bahasa Inggeris di SMK Ayer Dalam untuk siri OH MY ENGLISH .. Sedi…

Super Spontan Akhir, 01.06.2012 - Tahniah Zizan

Image
Super Spontan akhir telah melabuhkan tirainya & Zizan Razak telah dinobatkan sebagai Juara Super Spontan yang pertama.. Kemenangan  itu telah membolehkan Zizan membawa pulang RM 100 ribu & sebuah kereta Toyota Camry...



Johan pula telah membawa pulang wang tunai RM 50 ribu & trofi..undian peminat adalah penentu segalanya.. Tauke pula di tempat ke 3 dan membawa pulang rm 25 ribu beserta dgn trofi.. Hadiah saguhati RM 5 ribu diberikan kepada Rahim, Suhaimi & Ropi..
Tak kisahlah, Zizan atau Johan, yang pasti AT sokong JOZAN.. Tahniah juga buat Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, AC & Amir.. Anda semua adalah tunjang utama Super Spontan & BEST!!..
Sekali lagi, tahniah Zizan, Johan, Tauke, Rahim, Suhaimi & Ropi.. Anda semua terbaik!!

A.d.i.o.s

p/s : mungkin undian dari AT tak cukup kot.... hehehehh

Super Spontan Akhir, 01.06.2012

Image
Ini adalah undian setakat 12:40 tengah hari tadi.....

adakah kedudukan akan berubah malam ini?
sama - sama kita nantikan
SUPER SPONTAN