Saturday, May 19, 2012

Karoot Komedia di Astro Warna

Rasa macam lambat sangat nak update pasal tv show ni.  Dah bersiaran dekat 2 bulan rasanya.  Hehehehhh
Karoot Komedia merupakan sebuah rancangan komedi muzikal yang menggabungkan elemen muzik, lakonan sketsa dengan topik-topik menarik yang akan dilakonkan secara spontan oleh pelawak terkenal Malaysia. Dihoskan oleh Sabri Yunus dan geng dikir barat Karoot Komedia. Komedi muzikal ini ditunjangi oleh Johan Raja Lawak, Ebby Yus, Jihan Raja Lawak, Yus Raja Lawak dan Jep Sepahtu.  Para pelakon residen akan ditentukan watak mereka oleh penonton yang hadir dan mereka juga tidak diberi skrip serta dialog.  Namun, sebelum program dirakam, mereka akan diberitahu secara ringkas tentang jalan cerita yang akan dipilih kelak.  Konsep spontan itulah yang AT rasa sememangnya menggamatkan suasana


Rancangan komedi muzikal ni yang sesuai ditonton seisi keluarga. Bersiaran setiap hari Khamis jam 10 malam tetapi kalau tak salah AT, bermula 24 may 2012 ni, rancangan ni akan ke udara pukul 9.30 malam dengan menampilkan 2 episod sekaligus. Nanti ada pulak siaran Karoot Komedia X.. Mungkin lagi happening kot...

Enjoy the show ya..

A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥