Telemovie : Hilangnya Doa Seorang Ibu

Asal malam jer macam biasalah, ayah AT yang pegang remote control.. Kalau nak tengok favourite siri tu memang tak dapat nak tolong... Ayah plak dok tekan2 tukar channel, pening AT... Tapi entah macam mana, ayah tukar channel TV9, lepas tu dia tak tukar2 channel.. Rupa2nya ada telemovie... AT plak tengah gosok baju kat ruang tamu, sambil gosok baju layan arr citer sampaikan terlajak masa nak amik adik balik dari tusyen..


Drama ini mengisahkan Laila a.k.a Angah (lakonan Lisdawati) boleh dijadikan idola bagi muslimah moden kerana berjaya menjadi usahawan dengan usaha sendiri. Namun walaupun seorang yang alim, bertudung dan tidak meninggalkan solat, Laila hilang hormat pada keluarganya sendiri kerana lebih berjaya dan kaya dari yang lain. Sedar bahawa doa ibu amat mustajab, Laila sering minta ibunya, Zubaidah doakannya. Dalam pada itu, dia sering mengutuk dan memaki Along (lakonan Zamarulhisham) dan Adik (lakonan Sharifah Anis) yang kesempitan hidup sebagai tak cuba berusaha seperti diaSegala-galanya bermula apabila ibunya mendapat peluang untuk menunaikan umrah di Tanah Suci. Kerana kata-kata kesat yang Angah keluarkan, Along dan Adik sering terasa hati.. Satu hari Along ke pejabat Angah untuk meminta bantuan kewangan kerana isteri Along mempunyai komplikasi untuk melahirkan anaknya.. Angah, tanpa menghiraukan perasaan Along, 'menghina' Along semahu hatinya. Duit diberi tapi dgn cara yang kasar... Selepas Along beredar, Allah Maha Berkuasa dan Laila secara tiba2 diserang strok/lumpuh separuh badan dan mulut membengkak..  Along dan Adik sentiasa di sisi menjaga Angah..  Dengan kuasa Allah S.W.T, ketika Along dan Adik menghitung hari menunggu kepulangan ibu tercinta, ibunya telah hadir menemui Angah dan memohon kpd Allah S.W.T utk mengampunkan dosa Angah sambil menyapu air ke muka Angah sedangkan dalam masa yang sama Along, Adik & suami Angah menerima berita yang ibu mereka telah kembali ke rahmatullah.. Bengkak di mulut hilang dan Angah menjerit memanggil ibunya.. Along, Adik & suami Angah (lakonan Roy Azman) terus ke bilik dan rasa bersyukur apabila melihat Angah telah kembali pulih... Dalam masa yang sama, Angah memohon kemaafan dari suaminya, dari Along, Adik dan terus  bertanyakan ibunya. Dengan rasa sedih, suami Angah memberitahu yang ibu mereka telah pergi tak kembali..


SUBHANALLAH... Cerita yang memang terkesan di hati.. Keluar pulak lagu Kasihnya Ibu nyanyian Sharifah Aini, lagila terasa hati AT... Jagalah pertuturan, jangan suka menghina, memaki, riak, dan merendahkan orang lain... Hari ini mungkin kita di atas, esok lusa, Allah Lebih Mengetahuinya.. Nasihat adalah untuk diri sendiri juga..


p/s : leka tengok ni sampai terlupa SHOWDOWN 2012 TOP 11... Siapa yang tersingkir arrr?


A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!