Puisi : Ada Kenangan Di Sini

Oleh : Ngajad

Dikikis kenangan silam
Kerana ia sakit menyakitkan
Di himpit bagai sembilu pada dinding hati ku
Yang layu bakal mati aku
Lentera hilang tika renai di kaki senja
Mencari siang hilang entah ke mana
Sedu-sedan, berganti ... bertamu
Kala yang sakit ini terus menahan pilu
Mana datang mu, yang kini menghampiri ku
Luluh semakin bercelaru, satu persatu
Mahu ku jerit pada malam
Kerana hadir bersama mimpi
Mahu ku marah pada diam
Kerana tidak bisa berbicara lagi
Berlantaikan sepi, jiwa tergores di sebalik hati
Berpaut harapan dalam sepi kenangan ku tinggalkan... disini!

credit to Google

A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!