Wednesday, February 29, 2012

Selamat Datang Sayang!!

Selasa

28.02.2012

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

7.55 pm

setelah 9 bulan kelahirannya dinanti


Nur Syafiah Diyanah


:::::: anak buah AT la.... hehehehh

Friday, February 24, 2012

Selamat Pengantin Baru - Yusry Abd Halim & Lisa Surihani




Tahniah buat pasangan selebriti, Yusy KRU dan Lisa Surihani yang telah selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang serba indah pada 23 Februari 2012 yang telah berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis pernikahan bertemakan 'Winter Garden'. Hanya dengan sekali lafaz, Yusry dan Lisa telah selamat bergelar suami isteri. Apa yang menarik perhatian AT adalah, Lisa telah menjadikan Koleksi Lagu Beatles sebagai salah satu daripada 9 dulang hantarn kepada pihak lelaki.

Doa AT kepada pasangan ini, semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

Sekali lagi, TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!


A.d.i.o.s

Thursday, February 23, 2012

Al-Fatihah ; Sudirman, pergimu tiada ganti


dikau masih disayangi
walaupun
telah 20 tahun kau bertemu Maha Pencipta
kehilanganmu
masih dirasai
seakan seperti semalam kau 'pergi'
dendanganmu mengusik rasa
gayamu tiada tandingan
pergimu
masih tiada pengganti.

itulah yang masih diakui
oleh mereka yang menyanjungi
si pemilik nama
Allahyarham Sudirman Haji Arshad


Al-Fatihah

Monday, February 20, 2012

Al-Fatihah ; Latif Ibrahim meninggal dunia

Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 6.10 petang tadi kerana sakit jantung. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin.

Tuesday, February 14, 2012

Always Love You - Whitney Houston

In Memories

August 9, 1963 – February 11, 2012



Rest in peace,
Whitney Elizabeth Houston a.k.a Whitney Houston



A.d.i.o.s

Sunday, February 05, 2012

Rasulullah S.A.W

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Credit picture to Google

A.d.i.o.s

Friday, February 03, 2012

Ek Eleh.....

takkan nak sampai kena tindakan undang-undang kot....

agak-agak la kan...

jangan ingat semuanya boleh diselesaikan melalui undang-undang...

tak paham betul la....

orang dah tak nak, dah la kan...

janganlah paksa-paksa...

nanti lagi kecoh agaknya....


(apa yang AT merepek ni arr..........)

Thursday, February 02, 2012

Puisi : Ada Kenangan Di Sini

Oleh : Ngajad

Dikikis kenangan silam
Kerana ia sakit menyakitkan
Di himpit bagai sembilu pada dinding hati ku
Yang layu bakal mati aku
Lentera hilang tika renai di kaki senja
Mencari siang hilang entah ke mana
Sedu-sedan, berganti ... bertamu
Kala yang sakit ini terus menahan pilu
Mana datang mu, yang kini menghampiri ku
Luluh semakin bercelaru, satu persatu
Mahu ku jerit pada malam
Kerana hadir bersama mimpi
Mahu ku marah pada diam
Kerana tidak bisa berbicara lagi
Berlantaikan sepi, jiwa tergores di sebalik hati
Berpaut harapan dalam sepi kenangan ku tinggalkan... disini!

credit to Google

A.d.i.o.s