Tuesday, January 03, 2012

OSBON berbisa di MLM

ramai yang dah tahu, siapa juara Maharaja Lawak Mega 2011.. Final MLM telah berlangsung pada 30 Disember 2011 di Stadium Melawati Shah Alam.. OSBON  dianggotai Os & Abon, telah memberikan persembahan yang konsisten setiap minggu..

Tempat kedua dimenangi oleh BOBOI yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.. mereka membawa pulang RM 250,000 dan trofi.. tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan SAEHU, satu-satunya wakil Indonesia, telah berjaya merebut RM 150,000 dan trofi manakala tempat keempat dimenangi oleh kumpulan SYOK, gabungan selebriti tempatan Ifa Raziah bersama dua pelawak Singapura iaitu Suhaimi dan Ariff. Mereka telah membawa pulang wang tunai RM 50,000 dan trofi.


Ini membuktikan kumpulan otai masih berbisa dan masih mendapat tempat dikalangan penonton Malaysia. Kesemua finalis telah membuat dua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal. Finalis telah diadili oleh juri tetap pertandingan iaitu chef selebriti terkenal, Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan, lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dan penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza. Manakala pelakon popular Aaron Aziz tampil selaku juri jemputan.

Naib juara Maharaja Lawak, kumpulan Jozan pula muncul sebagai artis jemputan untuk menghiburkan penonton. Ternyata lawak mereka telah menggamatkan suasana di stadium.

Raja Lawak 6 bakal muncul bulan ni.. Macam manalah agaknya peserta2 kali ni? Yang pasti, Johan dan Zizan adalah pengacaranya.. juri saper ek..? hehehe

A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥