Monday, January 16, 2012

Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012

Datuk Lee Chong Wei membuktikan kedudukannya sebagai pemain badminton nombor 1 dunia masih belum tergugat apabila muncul sebagai juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, 21-6, 21-13. Beliau membawa pulang USD 30,000 beserta piala.

Pada AT, ini perlawanan mudah sebab sebelum ni pun DLCW selalu menang ke atas Kenichi Tago...  AT lebih suker tengok pada perlawanan DLCW menentang Chen Long pada semi final hari Sabtu...  Dah macam FINAL..  Ada gak rasa cuak sebab set kedua Chen Long menang...  Tapi DLCW tetap fokus walaupun terpaksa bermain 3 set..

Credit to KOSMO


Ini merupakan kejuaraan kelapan yang dirangkul oleh DLCW... Ini telah meletakkan nama beliau sebaris dengan pemain badminton lagenda tanah air kita, Wong Peng Soon... Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut buat dirinya selepas membuka kalendar 2012 dengan gelaran juara pada Siri Super Premier Terbuka Korea pada 8 Januari lalu...

Selepas ni, DLCW akan memberi tumpuan untuk OLIMPIK 2012... Semoga Emas menjadi milik beliau... TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!!!!


A.d.i.o.s

p/s :: rindu plak pada pasangan beregu badminton AT semasa belajar di KPMB dulu... Ms Adida Anuar... ^_^

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥