Thursday, January 05, 2012

Terkenang semasa dulu - kawan pertama di sekolah

pagi tadi dengar JOHARA... citer pasal kawan pertama.. AT lebih suker dengar kawan pertama di sekolah tadika.. semalam baru cerita perihal hari pertama sekolah kan... semua ni memang mengimbau zaman kanak-kanak...

kawan pertama AT.. korang perasan kan entry AT yang AT pergi tadika dengan mak angkat AT... anak dia la yang jadi kawan pertama AT... lelaki tau.. cukupla kalau AT panggil dia Ijat... AT berkawan baik dengan dia dari tadika sehinggalah sekarang walaupun dia telah mendirikan rumahtangga...  AT kenal dengan keluarga dia, dia pun kenal keluarga AT..  korang bayangkan, dari tadika sehinggalah ke tingkatan 5, kitorang duduk dalam kelas yang sama... ada jugak yang panggil kitorang ni kembar sebab muka kitorang yang agak seiras... hehehhhhhh...

5 Bestari SMKAJ tahun 2000
Ijat duduk melutut kat sebelah kiri
 
my BFF
dari kiri : Ayang, Are-yan, AT, Anan

sekarang ni bila diingat semula zaman kanak-kanak, terasa seronok jer... roda-roda kehidupan sentiasa berputar ligat... selalu ingat pesan mereka yang telah mendahului kita, dalam berkawan ni, kawan gembira senang dicari tapi kalau kawan menangis, memang payah untuk kita temui..

A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥