Terkenang semasa dulu - Back to school 2012

pagi tadi dengar JOHARA di ERA. perihal sesi permulaan persekolahan 2012...  yang pasti, karenah pelajar taska, tadika dan darjah 1 pasti akan menambat perhatian...  mana taknya, sebelum ni duduk kat umah berkepit ngan mak ayah, tapi kali ni terpaksa 'berpisah' untuk seketika demi memulakan langkah awal membina masa depan...

teringat semula masa nak masuk tadika dan darjah 1...  masa tadika, emak dan ayah AT setia menunggu selama 1 jam lepas sesi pendaftaran selesai.. mak ngan ayah cakap, AT tak nangis pun.. baik kan kiter hehehe (walaupun AT xpercaya)...  AT siap kenalkan diri pada cikgu dan rakan-rakan lagi.. habis waktu kelas tadika, mak ngan ayah jemput balik...  rutin pagi esoknya, ayah akan hantar AT ke tadika atau kadang2 pergi ngan mak angkat...  jalan kaki tau...  jarak umah ngan tadika lebih kurang 500 meter.. jalan ramai-ramai, tak terasa jauhnya...

masa naik darjah 1 pun  macam tu jugak...  tapi kali ni ayah jer yang tunggu...  selesai sesi pendaftaran, ayah tunggu lebih kurang dalam setengah jam.. . lepas tu ayah balik...  habis waktu sekolah, ayah datang ambil.. rutin harian keesokan harinya, waktu pagi ayah akan hantar AT ke sekolah, petang AT akan balik jalan kaki...

untuk tahun2 selepas tu sehinggalah tingkatan 1, ayah cuma akan hadir untuk daftar persekolahan AT...  ayah akan hadir masa sesi pendaftaran, tapi lepas tu ayah balik arr...  naik tingkatan 2, segala urusan buat sendiri...  BERDIKARI katanya...  takde masalah pun...  setakat bayar yuran, itu jer...

esok, 5 jan, anak buah AT akan mulakan sesi taska dia...  pejam celik pejam celik, dah 4 tahun...  kadang-kadang tu rasa letih melayan celoteh dia tapi itulah penawar AT...  penat balik kerja ngadap dia, terus hilang letih.. tak tau la macam mana cikgu taska dia nak layan celoteh dia esok...  hikhik...  ^_^

A.d.i..o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!