Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara Lagu 26

Telah berlangsung pada 29 Januari 2012 di Sadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam. Anugerah berprestij ini telah disiarkan secara langsung di TV3. AT ada update post berkaitan dgn AJL26 sebelum ni, Kalau nak baca, boleh klik sini.

Kita review semula finalis AJL26...

WANITA SELURUH DUNIA – Projek Pistol
SEDETIK LEBIH - Jaclyn Victor
KEKANDA ADINDA - Monologue & Atilia
GADIS SEMASA - Yuna
KALAU BERPACARAN - Ana Rafali, Suhaimi Meor Hassan
CINTA MUKA BUKU - Najwa Latif
KARMA - Faizal Tahir
KISAH HATI - Alyah
SUNGAI LUI - Aizat
PENAKUT - Yuna
AWAN NANO – Hafiz AF7
BERIBU SESALAN – Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura


Sedikit sebanyak pendapat AT tentang AJL 26

1) Pembukaan yang memang best - Jamal Abdillah, Awie & Sheila Majid... Tapi AT rasa sedikit terganggu dengan lampu yang mengiringi nyanyian Jamal Abdillah..
2) Piano Faizal Tahir terbakar... Gimik show.. ada yang kata ni persembahan akhir Faizal Tahir dalam AJL.. hmmm.... betul ker?
3) Suka dengan persembahan yang mengiringi Aizat... BTW, Sungai Lui dekat gak ngan umah AT.
4) Persembahan Alyah memang memukau.. Ala-ala music box.. Suara pun mantap tak macam masa dia nyanyi separuh akhir dulu.
5) Persembahan HAFIZ - memang best la... siap selitkan video music.. perkara yang AT ngan adik AT jangka, Herman Tino muncul... best!!
6) 3 Suara memang mantap... Vokal Shila Hamzah ternyata memukau..
7) Arrangement music untuk malam AJL26 ni memang terbaik.. Tahniah Datuk Ramli MS
8) Tribute to Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dinyanyikan oleh 3 jejaka yang mempunyai aura suara yang tersendiri.. AT ada perasan masa lagu rancak dinyanyikan, penonton macam tak berapa sporting nak menari..
9) Tapi yg membuatkan AT tabik spring pada penonton, semasa lagu SALAM TERAKHIR dinyanyikan, penonton turut sama menyanyikan lagu tersebut.
10) AT rasa sebak bila lagu tersebut didendangkan sampaikan terdetik di dalam, MENGAPA TERLALU AWAL LEGENDA ini pergi.. ALLAH MAHA BERKUASA MENGATURKAN SEGALANYA.

Setelah bersiaran selama 2 jam, keputusan juri diumumkan;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Keputusan akhir ANUGERAH JUARA LAGU 26

Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
Juara – Hafiz, Awan Nano







Tahniah pada Datuk M Nasir, Budi Hikayat dan pelontar lagu, Hafiz.. Ternyata sentuhan Sifu masih berbisa di pentas AJL...


A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥