Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Masa AT update entry ni, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2013.
Apakah keinginan/azam di tahun 2012 kawan2 semua tercapai? 
AT? 
Ada yang dapat, ada yang tak. 
Walaubagaimanapun, AT bersyukur.. 
Kerana masih diberi peluang untuk terus melangkah di bumi Sang Pencipta.  
Adakalanya AT rasa tak perlu azam baru. 
Apa sahaja yang kita inginkan, cuba kita capai sebaik mungkin. 
Dapat atau tidak, at least kita dah berusaha. 
Sebelum kita yakinkan orang lain, yakinkan diri sendiri yang kita mampu majukan diri sendiri. 
Ada masa AT juga tak yakin dengan diri sendiri. 
Tapi bila AT teringat pesanan somebody  
"u know who u are and u know what the best for yourself", 
that really make different. 

Apa jua azam baru yang kawan2 nak capai tahun 2013, AT harapkan semoga kawan2 berjaya merealisasikan azam tersebut. 
Jangan cepat mengalah yer.



A.d.i.o.s


Saturday, December 29, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 7


Tarikh : 28 December 2012
Tema : Loghat & Kembali Ke Sekolah

Uppsss... Terlambat sikit updatenya.. heheh Pada pendapat AT, tema minggu ni best. Para peserta kena buat 2 sketsa. Sketsa pertama adalah Loghat. 

Mengikut Kamus Bahasa Melayu Pusat Rujukan Persuratan Melayu, loghat atau dialek merupakan satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah atau negeri dll (Kelantan, Kedah) &  sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana.Faham ker? Mesti faham kan.. heheh.. AT yang duduk di Hulu Langat ni, dekat ngan Negeri 9. Kekadang tu bila bercakap kuar jugak loghat tu. Ada yang kata AT ni orang Minang padahal bukan keturunan pun.. heheh

 Jom kita review persembahan diorang untuk pusingn pertama yang bertemakan Loghat.

1.  JAMBU - Sketsa simple. Sorang tukang sajak, lagi sorang tukang translate. Seingat AT, diorang buat loghat Kelantan, Terengganu, Thailand, Perak dan bahasa Cina. Ado gak yang den tak berapo nak paham.. 

2. SHIRO - Si Ajak jadi Mat Yo yang baru berpindah team ke Johor manakala Shahrol pulak jadi Wak Jawa yang tinggal di Parit Jawa. Ado some part yang dibisukan audionya. Ado perkataan censored kot.. Upssss.... 

3. SABON - Abon cuba dialek Perak, manakala Sathiya pula cakap Kelantan. Mula2 tu slow tapi bila Sathiya mula cakap Kelantan, ok la.. Ada la jugak lawak kat situ..

4. JOZAN - semua orang tau Zizan dari Terengganu. Watak dia seorang pemuda Terengganu yang tak paham dengan slang Johan yang becakap ala2 omputih gitu.. Bukan main slang dia sampaikan AT sendiri pun tak paham apo yang dio cakap. 

5. BOBOI - Nabil jadi Apek Khairul Fahmi Che Mat, Harun jadi Safee Sali, cakap Indonesia sebab lama sangat duduk sana. Diorang berdua mewakili Kokdiang Football Club (KFC). KFC dapat coach baru, Afdlin Shauki yang jadi Alex Ferguson cakap english. Mula2 tu slow tapi lepas tu ok.

6. R2 - Rizwan bawa watak student yg sedang belajar bahasa jepun manakala Rahim pula adalah seorang pelancong jepun. Not bad.. 

7. SAYWHO - Persembahan diorang sememangnya telah diterima baik oleh penonton Malaysia. Agak melucukan apabila si Bocil yang cuba menggunakan dialek Nogori 9 terconfuse antara jang ngan eden.. hikhik.. Good Job!!

Pusingan ke-2 : Kembali Ke Sekolah

1. JAMBU - Yus sebagai Cikgu Besar yang mengajar subjek matematik sains which is mengarut pada AT & Tauke yang membawakan watak anak murid yang kena tolong cikgu utnuk panggil orang itu, orang ini. AT sendiri confuse dengan sketsa diorang ni tapi lawak jugak la bila anak murid pulak yang suruh cikgu pergi panggilkan sekian2 orang.

2. SHIRO - Ajak sebagai cikgu yang sedih dengan persaraan beliau. Pelajar contoh ditinggakan dengan pelbagai pesanan. paling AT gelak besar bila si pelajar contoh mahu persembahkan sajak.. Punyalah berjela kertas dibawa keluar tapi ayat sajak SEBARIS jer.. heheh.. dah tu pulak si pelajar contoh meminta supaya cikgu pulak buat persembahan. Mula2 tu malu tapi lepas tu over la pulak.. Kalah tarian Pak Maun.. 

3. SABON - Ala2 Sembilu sebab si Abon bawa Sathiya naik basikal. Sathiya jadi pelajar perempuan. Ada lawak yang menjadi cuma bila cerita pasa watak budak sekolah bercinta ni, macam dah biasa sangat. Uppsss..

4. JOZAN - yang ni pulak lebih kurag sama dengan SABON cumanya Zizan yang bawa watak budak pompuan bertudung, mintak putus dengan Johan sebab tak setaraf. Kalau tak salah AT, Zizan ada buat ala2 pusing frust sampai tercabut tudung sebab tau2 tudung sekolah tu tertanggal jer.. Live ker idok MLM2012 ni sebenarnya.

5. BOBOI - Macam lari tema tapi ada orang kisah.. heheh... Afdlin jadi cikgu, Harun jadi orang tua pekak, Nabil plak jadi kawan Harun nak belajar komputer. Mula2 memang slow tapi bila dah masuk pertengahan,  makin lawak. Ingatkan diorang ni nak belajar komputer tapi rupa2nya nak belajar berenang. Ala2 buta IT, tak boleh nak bezakan antara Goggle ngan Google.

6.  R2 - pada AT lawak diorang ni macam AT dah pernah tengok tapi di mana ya.. Cikgu tanya soalan matematik tapi anak murid jawab lain..

7. SAYWHO - sketsa murid darjah 1 yang berbeza fizikal. Yang sorang tu namanya Dora yang mana si cikgu confuse dia pelajar atau emak pelajar manakala si Bocil pula adalah Leonardo De Caprio yang 'hitam'. campur aduk jugak la ceritanya. Pasal peta dunia, mimpi, makan. Ok la..

Bottom 3 minggu ni adalah SABON, R2 dan BOBOI. Setelah diadili oleh pihak juri, peserta yang tersingkir minggu ini adalah SABON. 

Minggu depan diorang akan bersiaran dari Terengganu. Seronok Zizan balik kampung. SENYUM SOKMO!!

Jangan lupa undi peserta favoutite anda!!

A.d.i.o.s


Thursday, December 27, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 6



Date : 22.12.2012
Tema : Rancangan TV

Rasanya untuk rancangan ni pun, ramai yang tahu siapa yang telah tersingkir. 
AT tak dapat nak tengok sangat sebab masalah kesihatan.. 
Bila dah makan ubat tu, paham2 ajer la..
sekarang ni pun belum sihat sepenuhnya..
dugaan..
Ramai yang cakap, persembahan JAMBU lagi ummph dari JOZAN..
betul ker?
mungkin jugak
 sejak 2 menjak ni, persembahan JOZAN agak kurang menyengat..
naper?
apakah ianya 1 strategi?
yelah kot..
Kumpulan yang tersingkir dari persaingan MLM2012 di minggu ke 6 ini adalah Bandung Jokers.

Tema minggu ke 7 :
 LOGHAT & KEMBALI KE SEKOLAH

agaknya, siapa yang menyengat kali ni?


A.d.i.o.s


Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - Final

rasanya semua orang dah tau negara mana yang menang AFF Suzuki 2012.. 
saja la nak share walaupon dah lambattttttt sangat updatenya...


SINGAPORE



Selamanya Harimau Malaya!!!!


A.d.i.o.s


Wednesday, December 26, 2012

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit




#semoga rakan2 semua dalam keadaan sihat walafiat#
#maaf andai blog tidak ber'update' selama beberapa hari#



Wednesday, December 19, 2012

Prosiding mahkamah berkaitan AES dibeku



19 December 2012


Ingatkan bila prosiding batal, saman pun BATAL.. heheheh..

A.d.i.o.s

Sunday, December 16, 2012

Event : Anugerah Planet Muzik 2012


Diadakan pada 15 Disember 2012 bertempat di The Max Pavilion, Singapura. Menampilkan persembahan hebat barisan artis popular dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Diterajui oleh Dato' AC Mizal (Malaysia) TG (Singapura) dan Sophie Navita (Indonesia). Macam okey jer (pendapat AT la)..

Inilah dia pemenang-pemenang bagi kategori yang dipertandingkan:- (ungu, bold,underline)

1. BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (NEW MALE ARTISTE)
 | PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)
Anji – (Hatiku) Berhenti Di Kamu

Awi Rafael – Bila Aku Jatuh Cinta
Budi – DoReMi
Hazama – Cinta Teragung
Sandy Canester – Lelaki Dungu


2. BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (NEW FEMALE ARTISTE) 
| PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)
Dhisa – Cintaku Kamu
Lala Karmela – Kamu, Aku, Cinta
Najwa Latif – Cinta Muka Buku
Raisa – Serba Salah
Zahidah – Malam Ini


3. BEST NEW DUO/GROUP DUO 
| KUMPULAN BARU TERBAIK
Armada – Mau Dibawa Ke Mana
Audionauts – Maha Bisa Rahsia
Hazama & Amy Search – Semitri
PULSE! – Tetap Berazam
Salam Musik & Altimet – Alamak!


4. BEST COLLABORATION | KOLABORASI TERBAIK
Aliff Aziz & Hao Ren – Dilema Cinta
Komposer: Choo Hao Ren
Penulis Lirik: Sha Kalam

Dayang Nurfaizah & Tompi – Perlukan Cinta
Komposer: Audi Mok
Penulis Lirik: Ad Samad

Hyrul Anuar & Mimi Fly One Nation Emcees – Sudah Mengapa
Komposer: Andi A. Merican & Khairafik Khairudin
Penulis Lirik: Hyrul Anuar

Ramlah Ram & SleeQ – Sesaat Kau Datang
Komposer: ID Mifzal
Penulis Lirik: Zie Shafruddin

Rossa & Taufik Batisah – Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah


5. BEST MALE ARTISTE | ARTIS LELAKI TERBAIK
Afgan – Panah Asmara
Anuar Zain – Ajari Aku
Hafiz – Ku Akui
Once Mekel – Hilang Naluri
Sammy Simorangkir – Sedang Apa Dan Dimana


6. BEST FEMALE ARTISTE | ARTIS WANITA TERBAIK
Agnes Monica – Rindu
Alyah – Kisah Hati
Astrid – Tentang Rasa
Shila Amzah – Patah Seribu
Yuna – Terukir Di Bintang


7. BEST DUO/GROUP DUO | KUMPULAN TERBAIK
Geisha – Cinta dan Benci
Kesna – Pilihlah Diriku
Kotak – Tendangan Dari Langit
RAN – Mencuri Hati
Rausyanfikir – Rentak Hati


8. BEST SONG (SINGAPORE) | LAGU TERBAIK SINGAPURA
Coba – Snowball
Komposer: Sid Isman
Penulis Lirik: Sid Isman

Fatamorgana – Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
Penulis Lirik: Malon, Ryzal, Sham & Zackey

Maha Bisa Rahsia – Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal & Sham
Penulis Lirik: Malon, Ryzal & Sham

Malam Ini – Zahidah
Komposer: Zahidah
Penulis Lirik: Zahidah

Pulanglah – Awi Rafael
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael


9. BEST SONG | LAGU TERBAIK
Apa Bisa – Kotak
Komposer: Pay, Dewiq & Kotak
Penulis Lirik: Pay, Dewiq & Kotak

Kisah Hati – Alyah
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih

Ombak Rindu – Hafiz & Adira
Komposer: Nurzaidi Abd Rahman
Penulis Lirik: Sharad Sharan

Sedang Apa dan Dimana- Sammy Simorangkir
Komposer: Mario Ricardo
Penulis Lirik: Mario Ricardo

Terukir di Bintang – Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna


10. MOST POPULAR SINGAPORE ARTISTE 
| ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Aliff Aziz
Aryan
Audionauts
Awi Rafael
Didicazli
Diorama
Fauzie Laily
Hady Mirza
Imran Ajmain
Sezairi Sezali
SleeQ
Taufik Batisah


11. MOST POPULAR SINGAPORE SONG 
| LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
Cinta Yang Lain – Arus
Gila – Tujuh
Ku Tetap Kan Menunggu – Hady Mirza
Maha Bisa Rahsia – Audionauts
Membenam Pagi Tanpamu – Diorama
Menanti Cintamu – Revalina
Mengapa Kau Harus Pergi – Farhan Shah
Pulanglah – Awi Rafael
Salahkan – Hyrul Anuar
Sally The Lion – The Lion Story & The Sallys
Terlalu Sayang – Didicazli
Yang Teristimewa – Sheikh Haikel feat. SleeQ


12. MOST POPULAR REGIONAL ARTISTE 
|ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
Afgan
Agnes Monica
Aliff Aziz
Alyah
Hady Mirza
Hafiz
Judika
Shila Amzah
SleeQ
Taufik Batisah
Ungu
Yuna


13. MOST POPULAR REGIONAL SONG 
| LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Beribu Sesalan – 3 Suara
Bukan Dia Tapi Aku – Judika
Kalau Cinta – Aliff Aziz & Joanna
Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
Kisah Hati – Alyah
Ku Pinang Kau Dengan Bismillah – Pasha Ungu & Rossa
Ku Tetap Kan Menunggu – Hady Mirza
Ombak Rindu – Hafiz & Adira
Paralyzed – Agnes Monica
Sedetik Lebih – Anuar Zain
Takkan Pernah Ada – Geisha
Tentang Rasa – Astrid


14. NEW MEDIA NOVA 
| NOVA MEDIA BARU
Abdul Hamim Suleiman
Abdul Muttaleeb
Arien Nur Santi
Asya Yonce
Ayu Videl
Cassidy Anderson
Fairuz Selamat
Muhamad Wazini Bin Mohamed Taib
Muhammad Azri Syafiq
Muhammad Samsudian
Syazwiyanti
Yoseph Pradana

15. NEW MEDIA ICON 
| IKON MEDIA BARU
Afgan
Alyah
Kotak
Najwa Latif
Sherina Munaf
Shila Amzah
SleeQ
Ungu
Vidi Aldiano
Yuna


ANUGERAH HITS RADIO
Aishiteru (Zivilia Band)


ANUGERAH KHAS ANUGERAH PLANET MUZIK 2012
Datuk Sheila Majid


Corat coret sepanjang AT tengok anugerah ni secara random:-
  • kenapa suara Najwa Latif xseperti selalu?
  • upss, ternampak seperti belahan tinggi/seksi pada gaun yg digayakan oleh Alyah.. Apa benar atau ianya warna gaun bahagian dalam?
  • kenapa Adira tak nyanyi sekali lagu Ombak Rindu utk lagu terbaik?
  • it seems like Zizan stole the show masa nak umukan pemenang tak ingat pulak kategori apa Ada can kot utk jadi pengacara tahun depan. upppsss.
  • persembahan duet antara Shila Amzah & Taufik Batisah untuk lagu Aku Bersahaja sememangnya best pada AT la.. Manalah tau boleh berduet pulak lepas nih..
  • gabungan suara Judika & Teacher's Pet - WOW!!! Lontaran vokal Judika sememangnya bikin hati AT jatuh cinta.. upss... jangan marah ya kak Duma Riris... gurau aja sih.. hehehe.. Persembahan mereka tidak mengecewakan.. terbaik!!
  • Soo Wincci ada nyanyi sikit lagu dia sebelum umukan pemenang.. boleh tahan jugak suara dia..
  • Hady Mirza - aduhhh... nampak dashing... tergugat der!!!
  • Usikan Adi Rahman pada Shila Amzah yang sememangnya sangat spontan sampaikan Shila malu-malu dibuatnya..
  • miming persembahan di akhir majlis nampaknya menampakkan spoil... upppssss... 
AT dengar ada macam2 kontroversi yang berlaku selepas majlis gemilang ini. Apa2 pun AT harap jangan dipanjangkan... Tak manis la..  Sesama kita nak bercekau... Adusss... Tak syok maaaa...

Btw, AT suka tengok baju Amanda Imani ni... Color pun nice... 

From : Budiey

Tahniah kepada para pemenang.. Tahniah kepada pihak penganjur.. Semoga anugerah ini terus mengukuhkan lagi ukhuwah industri seni sejagat serantau...


A.d.i.o.s


Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 5



Tema minggu ini adalah Muzikal.. Rasa macam boleh agak jer, siapa yang boleh pegang muzikal kali ini.. Apa yang membuatkan AT syok nak layan MLM kali ni adalah disebabkan pembukaan acara yang menampilkan kumpulan NICO.. Serius der!! Rindu nak tengok diorang nyanyi semula.. Sejak diorang menyanyi di malam AIM hari tu, rasa macam nak mintak diorang menyanyi semula. Zaman2 remaja AT dulu sekarang pun masih remaja kumpulan2 macam  KRU, 4U2C, NICO, KOOL, SHADES - memang on top. eh!! Dah lari tajuk ler!!! heheheheheh

Lets review secara ringkas persembahan diorang tanpa ikut turutan:-

  • Shiro - Pada AT, persembahan mereka tidak pernah menghampakan.. Walaupun macam kureng sikit bila nada Shahrol nyanyi tak kena, tapi lawak tetap ada.. Penonton pun sporting.. Rasa terlayan bila tengok si Ajak bergelek.. Ewahhh.. 
  • Boboi pulak, ermm... AT tak berapa nak syok tengok sebab terjerit-jerit.. Si Along Bukit Beruntung  ni rupanya fanatik Anuar Zain.. tapi 1 tu jerlah yang menyebabkan AT tak berapa syok nak layan.. Kenapa mesti nak terjerit-jerit masa bercakap.. Masa HSBC masuk, relax jer.. Nada cool jer.. Ermm... Entahlah.
  • Sabon - serius derr... ke laut.. ke laut.. 
  • Bandung Jokers - so-so walaupun masih ada words yang aku tak dengar/faham
  • R2 - ditegur oleh juri, Abg Awi kerana menggunakan lagu patriotik yang kita dh biasa dengar.. It seems like takde respect. uppss.. kena hati2 lepas nih..
  • Jozan - muzikal mmg makanan diorang.. Aksi Johan datang audition utnuk muzikal teater dengan basikal. Dah tu pulak si Zizan buat aksi gagap.. huhuhuhuh... memang pecah perut dibuatnya.. hari tu Zizan pakai rambut palsu, dah macam rupa Qi.. ada saper2 perasan tak? ker AT jer yg perasan.. heheheh.. 
  • SayWho - WOW!!!! boleh tahan jugak diorang nih.. AT boleh katakan diorang sememangnya boleh memberi saingat hebat.. ok aloh, demo kecek Kelate.. tahniah Bocil!!
  • Jambu - minggu lepas dikritik hebat & minggu ini sememangnya kembali menyengat.. 

Pilihan AT mengikut persembahan minggu ini :-
  1. Jozan
  2. SayWho
  3. Jambu
  4. Shiro
  5. Boboi
  6. R2
  7. Bandung Jokers
  8. Sabon

Pada AT, persembahan minggu ini baik sebab ada muzik untuk bantu diorang.. Walaupun ada yang ke laut tapi biasa lah kan, mesti orang akan cakap, pelawak yang bagus tak semestinya perlu menyanyi dengan bagus.. 

Tapi kan, kenapa takde penyingkiran.. Erm... apakah ianya 1 strategi yang memungkinkan ada 2 penyingkiran di minggu ke 6? Sama-sama kita nantikan.

Jom undi your favourite peserta!!

A.d.i.o.s



Friday, December 14, 2012

Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - 2nd semifinal Malaysia vs Thailand


KECEWA!!
Thailand 2 - 0 Malaysia
(Thailand win with aggregate 3-1)


 
Meskipun gagal melangkah ke perlawanan akhir
AT tetap bangga
sebab
HARIMAU MALAYA
tak mengalah
cuma
kita masih perlu kuatkan benteng pertahanan

Selamanya Harimau Malaya!!


 

A.d.i.o.s


Wednesday, December 12, 2012

Al-Fatihah :: Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia



AT terbaca Sinar Online :-

12 Disember 2012

BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama


Rasa sebak pun ada. Sebabnya rata2 dari kita membesar dengan Allahyarham.. Tiap kali tiba waktu pengumuman puasa dan hari raya dialah yang pasti kita nantikan.. AT teringat ayah cakap, masa zaman kanak-kanak, tiap kali nak raya, mesti AT yang duduk tercongok depan TV dulu..

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham.

~Al-Fatihah~


A.d.i.o.s


Tuesday, December 11, 2012

Segmen : Pencarian Blogger Baru


Nampak sweet jer banner kat bawah ni kan..
Sambil menziarah blog member, terperasan member Dunia Aqua join segment ni..
AT pun nak join jugak arr..
Kenapa? Nak tambah lagi kenalan dari kalangan bloggers..
AT target menjelang 2013, rakan2 AT bertambah kepada 200 orang...
cewaahhhh... hehehehehh
nak kena bagi hadiah macam ni




Rakan2 follower blog Aety sekarang 160
 
Nak join?
Kena la ikut syarat2 nya..
Syarat2nya adalah:-

•Blogger yang mempunyai follower tak mencecah 1000 orang (AT lah tu)
•Follower blog AISYAH HUMAIRA' & PERWADAH
•Buat entry ringkas dengan letak header blog Niera dan link kan ke SINI
•Nyatakan jumlah follower semasa join segmen ini.
•Tarikh akhir > 31/12/12 [tertakhluk kepada perubahan] >>> 23/12/2012

Jom sama2 kita tambah kenalan!!
ehhhh...
sudi2 lah jadi rakan blog Aety juga yer....
^_^


A.d.i.o.s


p/s : kalau boleh tinggalkan comment ek.. kadang2 kat shout box tu link tak appear utk AT follow back kawan2.. macih.. muuahh mmuahh ^_^



Monday, December 10, 2012

Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - 1st semifinal Malaysia vs Thailand


Harimau Malaya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di padang sendiri apabila terikat 1-1 dengan skuad Gajah Putih.

 

Malaysia 1 - 1 Thailand


Pada AT, penyudah serangan kurang memuaskan. Upss... ini pendapat AT sahaja yer... AT bukannya pakar pun nak analisis perlawanan ni.. Apa2 pun, untuk semifinal ke-2 nanti, marilah kita sama-sama berdoa agar Harimau Malaya mampu 'membaham' Gajah Putih di tanah jajahan mereka nanti. Ada TAKHTA yang perlu kita kekalkan.

Selamanya Harimau Malaya!!!

A.d.i.o.s


Sunday, December 09, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 4



Dengan tajuk tema adalah 'mengayat', para peserta dikehendaki mempersembahkan satu sketsa mengayat, bodek ker, pujuk ker, ayat cinta ker, apa2 jelah yang sewaktu dengannya. Kali ini, Abg Adi & Abg Zahid dari segmen Petang Era diberi tugas utk interview & memperkenalkan para peserta sebelum membuat persembahan TAPI Dato Ac Mizal still hos utama MLM2012.

Pada AT, masih ada peserta yang kurang mempamerkn persembahan yang baik. Apa kata kita review persembahan diorang. Secara ringkas yer AT update kat sini (persembahan tanpa ikut turutan) :-
  • Saywho - memang menjadi. Mereka telah memilih watak Wan Zack & K Rajagopal sebagai 'killer' utk sketsa kali ini. Paling menjadi si Bochil yang bawa watak K Rajagopal.  Tambah best bila diorang sokong Malaysia untuk kalahkan Thailand dlm bolasepak AFF kali ni.
  • Boboi - gandingan Harun & Nabil nampak macam janggal. Nampak macam jalan citer tu  agak hambar. Takkan disebabkan ketiadaan Afdlin kot? Pada AT, AT lebih prefer tengok BOBOI yang dulu.. Upsss.. jangan marah Nabil
  • Sabon - erm... apa nak komen ek.. AT tak yakin gandingan ni boleh sampai ke final.. upss..
  • Shiro - Hidup YB!!! yeah, YB kembali.. kali ini, YB kena rasmikan Spa Mis a.k.a Spa Pengemis. Pada AT, persembahan diorang tidak menghampakan.
  • R2 - pun bawak watak pengemis gak cuma kali ni, yang sorang tu jatuh cinta ngan awek Mat Saleh tapi tak tahu nak speaking. Yang lagi sorang tu la (Rahim) tukang translate nya. Pada AT, kali ini R2 memang bangkit & sangat lawak. Kelakar bila Rahim translate ' I APPLY REVERSE BODY'.. hahahahah
  • Jambu - don't know why, tidak seperti minggu lepas, pada AT persembahan diorang membosankan. Pada AT, diorang nampak leka sangat dengan reaksi penonton dan menyebabkan cerita tu separuh jalan.
  • Bandung Jokers - dari segi pemahaman bahasa, AT rasa AT lebih faham Saywho. Nampak so-so jer persembahan.
  • Jozan - AT memang peminat Jozan, tapi AT tak tau ngaper nampak macam kureng sikit. Upss, jangan marah Miss Banu... hehehehe
  • Balas - ermmm... hambar.. upsss...
  • Pimai - pada AT ada perubahan sikit tapi masih ada 'punchline' yang tak kena
  • Dadidu - A.R Badul tampil dengan baju askar.. Teringat pulak pada cerita Prebet Lapok yang dilakonkannya..
Di akhir rancangan, 5 peserta yang mendapat undian terendah telah dipanggi ke atas pentas. Mereka adalah :-
  • DaDiDu
  • Pimai
  • Balas
  • R2
  • Bandung Jokers

Minggu ini merupakan minggu penyingkiran. Juri tetap, Lisa Surihani mengumumkan kumpulan R2 dan Bandung Jokers terselamat dari penyingkiran dan 3 yang lain, tersingkir dari meneruskan saingan.

Setuju dengan keputusan ini. Undian penonton menentukan segalanya. Siapa penonton itu? Andalah!!!!!


A.d.i.o.s


My Favourite Song - Seperti Dulu by Exist



Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

  Sumber : Lirikami  

p/s : pernah harap dia kembali tapi itu semua tinggal harapan.. Life must go on..

 

Friday, December 07, 2012

My study - Assignment Financial Of Management


dah lama tinggalkan basic accounting,
bila nak buat assignment ni
BUNTU gak dibuatnya
hmmmm...


caiyok!! caiyok!!

A.d..i.o.s



p/s : catatan 12:50 pagi... huhuhuhhhh

Thursday, December 06, 2012

Crepe Durian - sedap kerrrr?


AT tak tau kenapa AT ni bukan peminat/penggemar 
DURIAN
jangan kata isinya,
baunya pun AT tak tahan.

sekarang ni pulak, ada desert baru
CREPE DURIAN
cam mana nak sebut?
tak reti AT..
dah jadi macam trend pulak..
sana sini orang dok citer pasal desert ni..
mungkin sebab sekarang ni terdapat banyak lambakan durian..
kreatif betul la kan..

SUMBER : MR GOOGLE

kawan blog AT, MAMA LELA ada update macam mana nak buat desert nih..
nak ker?
Klik kat SINI
1 jer AT nak tanya
sedap ker???
~_^
hehehe


apa punya soalan


A.d.i.o.s


Wednesday, December 05, 2012

Yummmy.... sedapnyer....


tetiba plak teringin nak makan desert nih


 
CHOCOLATE MOUSSE

RED VELVET

 
PAVLOVA
 
 

saper tak tau, sila cubit pipi anda sendiri..
tapi jangan cubit kuat-kuat tau..
hehehe..

ada saper2 nak belanja tak???
^_^


A.d.i.o.s





Bolasepak : Safee Sali milik pasukan Johor


Sumber : KOSMO
Safee Sali akan beraksi untuk pasukan negeri Johor musim depan tapi secara 'pinjaman.  Beliau 'dipinjamkan' setelah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia.

Maknanya, pasukan Johor musim depan tampil dengan beberapa pemain kebangsaan. Siapa?

Safiq Rahim,
Norshahrul Idlan Talaha,
Aidil Zafuan Radzak,
Zaquan Adha Radzak
Azmi Muslim

Wahhh... belanja besar PBNJ kali ni.. Termasuk Safee Sali, 6 orang pemain kebangsaan akan beraksi untuk pasukan Johor..

Hmmmm.... Memang tekad diorang ni nak jadi juara musim depan.. Apa2 pun, semoga berjaya!!

A.d.i.o.s

p/s : suka plak tengok dia ngan Safiq Rahim... wit wit... ^_^

Tuesday, December 04, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu ke 3

Disebabkan keletihan & mengantok, AT tak dapat tengok MLM2012 untuk minggu lepas tapi tak worry sebab Astro akan ulang tayang episode tu. Minggu ke-3 bertemakan "parody". Apa itu "parodi”? Maksudnya adalah karya ajukan berdasarkan karya asal. Tapi kalau dah kata Maharaja Lawak Mega, sudah tentu la tujuan kena melawak.

Pembukaan MLM-2 diserikan oleh Abg Adifashla & Abg Zahid. Diorang kan famous kat segmen Parody petang jem Era. Diorang ubah lirik lagu Hyper Act - Harapan. Serius arr, AT rinduuuuuu nak dengar encik abang berdua ni menyanyi secara live macam ni. upsss.. terlebih sudah... Abg Zahid siap buat ‘slang’ suara Awie lagi tuh.. heheheh

Sumber : FB Wall Adifashla

Pendapat AT;-

1. JAMBU - AT ingatkan diorang akan kekal dgn watak filem Anakku Sazali tapi rupa2nya berlatih teater. Siap tukar ikut loghat negeri. Memang lawak.

2. JOZAN memang ok cuma rasa macam dah selalu tengok diorang bawa watak Datuk Yusof Haslam dengan Aaron Aziz tu

3. Shiro – ok jugak persembahan diorang ni. Diorang boleh beri persaingan hebat kepada Top 3.

4. Boboi – idea genius diorang ni berjaya sampaikan mesej yang sememangnya di luar jangkaan. Isu dunia plak tu, Israel vs Palestine.

5. Yang lain2 tu bukan tak best, cuma macam still tak compete & tak faham, apa yang peminat/penonton mahukan. Ada yang tunjukkan peningkatan, ada yang biasa-biasa jer, ada yang tak lawak... Upppsssss.... jangan marah arrrr

Top 3 untuk minggu lepas adalah
Jozan
Jambu
Boboi

Bottom 3 pula
R2
Pimai
DaDiDu

Tapi, pukul 1.30 tadi AT check kat FB wall MLM2012, inilah peratusan undian:-


Tinggi betul undian Jozan..
dahsyat peminat diorang nih...
termasuk aku la tuh...

Oleh kerana penyingkiran bakal dilakukan pada minggu ke-4, AT dapat agak siapa yang bakal tersingkir. Uppps… ramalan ku sahaja ya.......

Tag:-
Adifashla
Tirana Aduka



A.d.i.o.s



Alhamdulillah...




A.d.i.o.s


Saturday, December 01, 2012

Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Indonesia (results)




Harimau Malaya berjaya mara ke separuh akhir AFF Suzuki 2012 selepas menundukkan Indonesia

2-0

Harimau Malaya akan bertemu dengan Thailand, juga menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan kali ini

Perkuatkanlah cengkaman mu Harimau Malaya!!

Ada kejuaraan yang perlu kita pertahankan!!

A.d.i.o.s


Friday, November 30, 2012

Football : Men’s shortlists for the FIFA Ballon d’Or Gala 2012 (revealed)

I do have this entry before..
read HERE
Now, the shortlisted has been revealed.
Who will win this title of

FIFA Ballon d'Or  

is it
 
Lionel Messi

Cristiano Ronaldo
 
Andres Iniesta

I do believe that Lionel Messi will have that title again but it's only my guess. 
What about you guys??

Source : FIFA


A.d.i.o.s


Thursday, November 29, 2012

Filem - The Hobbit: An Unexpected Journey

Sememangnya filem ini dinantikan oleh peminat di seluruh pelosok negara (rasanya la!!). AT baca dalam KOSMO, hampir 100,000 orang membanjiri Pawagam Embassy untuk berjumpa dengan pelakon2 filem tersebut semasa majlis tayangan perdana dilakukan di Wellington, New Zealand.  Tak percaya ek? Cer tengok gambar kat bawah ni.




Jom kita tengok sinopsis filem ni:-


Will be released globally in December.
While watching the trailer of this movie, serious to tell you,
i can't wait for it!!!

Daripada info yang AT dapat di Malay Mail online, another 2 sekuel

 "The Hobbit: The Desolation of Smaug"
is due in December 2013

and the final chapter

"The Hobbit: There and Back Again"
follows in July 2014


I believe it will become the most history epic as LOTR..
Book your ticket now!!

source :

A.d.i.o.s



Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Laos (results)


keputusan perlawanan semalam..
boleh pun!!

 
1 - 4
 
Empat gol skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh:-
Safiq Rahim (minit ke-15)
Mohd Safee Mohd Sali (minit ke-67),
Wan Zack Haikal Wan Nor (minit ke-75)
dan
Mohd Khyrill Muhymeen Zambri (minit ke-79)
 
Terima kasih Harimau Malaya kerana telah semarakkan semula cabaran dalam misi mempertahankan kejuaraan. Jangan terlalu selesa kerana perjuangan yang masih belum selesai.
 
Selamanya Harimau Malaya!!!
 
 
A.d.i.o.s
 

Wednesday, November 28, 2012

Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Laos


perlawanan kedua team Harimau Malaya malam ini



 
Tolonglah bangkit!!!!



A.d.i.o.s

Tuesday, November 27, 2012

Lagenda Budak Setan 2 - Katerina


Semakin hampir,
2 hari lagi,

Selepas kematian Ayu, Kasyah meneruskan kehidupan bersama anaknya Athirah. Walaupun telah kecewa, Katherina bertemu dengan Kasyah kembali dan mereka banyak meluangkan masa bersama. Percintaan mereka semakin mekar namun mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan daripada pihak ketiga. Dapatkah mereka terus bersama? Atau cinta mereka akan terhalang buat kali kedua?

kena sediakan tisu banyak-banyak ni..
kenapa?
Abang Nara update, dia nangis lagi tengok LBS ni..
Cer baca sini

Lagenda Budak Setan 2 - Katerina akan berada di pawagam bermula 29 November 2012..
Marilah bersama menyokong filem Malaysia


A.d.i.o.s


10 Bandaraya Terbaik Dunia Untuk Membeli Belah


AT dengar melalui JOHARA. Diorang tau pun daripada twitter PM kita. Ini adalah rank yang dikeluarkan oleh CNN Travel  tau. Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut.

  1. NEW YORK
  2. TOKYO
  3. LONDON
  4. KUALA LUMPUR
  5. PARIS
  6. HONG KONG
  7. BUENOS AIRES
  8. VIENNA
  9. DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES
  10. MADRID
Cer tengok tuh.. Kuala Lumpur di tangga ke-4.. Maknanya satu petanda yang baik sebab melalui beli belah jugak, menjana ekonomi Malaysia. The money come inflow to our country. Cewahhh.. Nak bercerita hal ekonomi pulak walhal tak pakar pun. hehehehe.

Sumber : Mr Google


Kalau tak salah, YES ataupun Year-End-Sales dah mula kan.. Yang gila shopping memang tunggu waktu ni rasanya.. AT ni nak kata kaki shopping, tak jugak.. Shopping ikut keperluan.. Dah terbiasa & di ajar oleh mak ayah.. AT tak adalah pulak cakap yang shopping tu tak bagus.. Bagus, sebab tolong ekonomi negara again Kawan2 pulak macam mana?

Jangan boros bershopping ya!!! ^_^


A.d.i.o.s


Monday, November 26, 2012

Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Singapore


Memang jadi lauk!!!


Malaysia 0 - 3 Singapore




12 lagu berentap di Anugerah Juara Lagu ke 27

Saper2 yang tengok separuh akhir ke-3, 25.11.2012 mesti dah tahu siapa yang bakal berentap di malam Anugerah Juara Lagu ke 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013. Mereka adalah:-

01. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
02. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
03. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat


04. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
05. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi


06. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
07. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
08. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

09. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan


11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah



Wahhh!!! Rasa macam saingan kali ni sengit sebab boleh dikatakan lagu2 ni popular di corong radio.. Apa2 pun, sama-sama kita nantikan AJL 27 pada Januari 2013 nanti.

A.d.i.o.s