Bandung Oh Bandung - Part 1

Part 1 - Perihal Passport - 02.12.2011 - Imigresen Kajang

Semuanya kerana kedegilan AT yang tak dengar cakap Iza Ismail. Dah disuruh buat awal2 tapi tak jugak pergi. Minggu sebelum dah pergi ke Shah Alam, Iza Ismail sempat renew passport dia, siap cakap lagi, isi jer borang & guna duit dia dulu, TAK JUGAK tergerak hati nak buat.. DEGIL.. From the date, it's just a weeks Trip to Bandung... AT terpaksa amik halfday on this date, dengan harapan semoga urusan selesai.

Balik umah kejap, makan+solat zuhur, gerak ke imigresen kajang.. dengan ditemani adik, kitorang meredah hujan lebat.. SERIOUS JEM GILER!! dah sampai kat situ, terpaksa round 3 kali untuk dapatkan parking.. masa tu jam dah lebih kurang pukul 3.. bergegas buat gambar dulu, then terus ke kaunter permohonan untuk semak borang.. yang peliknya, borang yang AT dapat di imigresen Shah Alam, tak boleh digunakan.. KATANYA.. Pegawai tu terus bagi borang baru, isi kat situ jugak, pergi ke kaunter 2, hah... KAUNTER TUTUP.. Hantu betul la.... dah try 'kautim' ngan another officer pun tak lepas lagi.. takpelah, esok masih ada..

AT bergegas untuk balik sebab hujan masih lebat.. Jalan JEM lagi..Lebih kurang dalam 1/2 kilometer nak masuk Bandar Kajang, ada 2 pacuan 4 roda MPKJ datang dari arah belakang dan mengarahkan kereta2 yang nak masuk ke Bandar Kajang supaya berpusing balik.. WHAT!! APA HAL PULAK NIH... Kita pun turut je la.. Naik highway, follow signboard Saujana Impian.. Malam tu tengok berita, ini rupanya yang terjadi....





mangsa yang cuba diselamatkan oleh orang awam

Nasib baik pihak MPKJ tu datang arahkan kitorang supaya berpusing balik.. kalau tak, memang MENANGISLAH tepon ayah.. Cerita passport AT macam mana..?? Tunggu part 2 ek....

A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!