Friday, December 30, 2011

Bandung Oh Bandung - Part 9

13.12.2011 - Last day - Kartika Sari - Amanda - Pasar Baru - Warung Nasi Ampera - Airport

Rasa macam tak percaya yang hari ni merupakan hari terakhir AT di Bandung.. pagi tu, kitorang rasa buah mangga, dapat kek lapis yang kitorang order dari Agam semalam.. lepas tu, sesi gambar beramai-ramai la..


Selesai bergambar, kitorang semua gerak ke Kartika Sari.. Kat sini ada jual bermacam-macam chocolate, candys.. Lebih kurang macam kat Langkawi la.. selesai di Kartika Sari, kitorang gerak pula ke Amanda.. ramai yang mengatakan, brownies yang dijual di sini adalah antara yang menjadi pilihan utama untuk dibawa pulang sebagai ole-ole.. AT? beli jugak.. hehe..



selepas tu kitorang sempat gerak ke Pasar Baru sebab ada yang masih nak beli-belah untuk kali terakhir tetapi masa yang diberi hanya 1 jam sahaja.. selesai di Pasar Baru, group pertama bertolak ke Jakarta sebab diorang amik penerbangan balik ke KL dari sana.. kitorang pula gerak ke Warung Nasi Ampera untuk makan tengah hari..


selesai makan, kitorang terus ke Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung.. di airport, Iza Ismail ngan KP sempat lagi ber'shopping' untuk kali terakhir.. masa dok menunggu tu kan, sekali lagi, AT rasa macam tak percaya jer yang hari ni merupakan hari last..


sepanjang bercuti di Bandung, macam-macam karenah yang AT dapat tengok.. tapi yang pasti, Iza Ismail dah demam ketika di Bandung, bila balik ke Malaysia, AT plak yang TUMBANG!!!!!!!!!!!!

itulah dia PENANGAN BANDUNG dan sedikit sebanyak cuti AT di Bandung.. and hopefully, AT akan ke sana lagi sekali.. kalau boleh for sightseeing pulak.. plan nak gi bercuti tempat lain dulu... hehehehhhh


A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥