Bandung Oh Bandung - Part 8

12.12.2011 - Day 3 - Pasar Baru - Ayam Penyet Ria - Trans Studio - In House Perfume - Rumah Mode


In my previous entry, AT ada mention pasal kempiskan poket.. aktiviti hari ini adalah mengempiskan jutaan rupiah yang ada dalam wallet di Pasar Baru.. Nak kata excited utk bershopping tu, tak la jugak sebab AT ni bukannya kaki shopping.. tapi adalah jugak yang dibeli untuk family.. cuma ada 1 jer yang AT tak dapat nak beli... huhuuhhhhhhh


we spend about 4 hours in Pasar Baru.. utk lunch, kami dibawa makan ke Restoran Ayam Penyet Ria.. makan apa? nasi, ayam penyet, sayur kangkung, air apukat.. air tu boleh tahan jugak la pekatnya.. memang tak lalu minum.. KP cakap dia nak rasa air tu, AT ngan Iza Ismail perhatikan ajer.. dalam kata nak rasa tu, HABIS KO SEGELAS.. 

utk aktiviti petang, kitorang diberi pilihan sama ada nak pergi ke Trans Studio atau teruskan aktiviti shopping. Kalau tak salah AT di Cihampelas & Sibaduyut.. AT dari awal memang nak pergi ke Trans Studio. kitorang dipecahkan kepada 2 group..

Lepas makan, dengan cuaca hujan renyai, kitorang gerak ke Trans Studio.. it takes about 15-20 minutes to get there.. bila nampak sign Trans Studio tuh, rasa macam tak percaya boleh sampai ke situ..






'tuk family fun, memang cun la kalau nak pergi sini.. ala, lebih kurang macam masuk indoor games kat Genting Highland la.. AT pun xdela masuk semua games.. setakat 4-5 games jer rasanya.. kebetulan masa kitorang duk berlegar dalam tu, ada show dari artis trans studio.. ada micahel jackson ko.. sempat jugak la candid.. maaf la kalau gambar tak berapa nak terang sebab bateri kamera kong.. AT guna cam h/phone jer..

kalau tak salah AT, watak2 yang ada masa show ni semuanya yang kita boleh agak dari filem mana.. ada yang menggayakan Elvis Presley, Marilyn Monroe, watak cartoon little mermaid.. it's fun to watch them.. kalau korang perasan, mamat yang pakai baju kuning kat dalam gambar ni, menggayakan watak zaman Elvis Presley, Rock n Roll gitu, sempat lagi dia bagi pose special.. siap panggil ajak menari tuh.. malu eh!! nanti AT plak yang over... heheh..


lebih kurang 4 jam kitorang kat situ, kitorang gerak pula ke In House Perfume sebab ada yang nak beli perfume.. Di situ, AT dapat bau macam2 wangian sampaikan kepala naik pening.. tak lama duduk dalam tuh, terus keluar duduk dalam van.. masa ni la Pak Akos selalu sangat mengusik AT sampaikan tak terlayan dengan ramah dia tuh.. selesai di In House Perfume, kitorang gerak ke Rumah Mode.. boleh tahan jugak la tempat dia..


selesai di Rumah Mode, perut dah lapar, kitorang pergi makan di sebuah restoran yang mana AT xingat apa namanya.. bateri kamera ngan h/phone kong.. time ni la baru AT rasa selera nak makan sebab lauk yang dihidangkan malam tu memang mengancam.. pada AT la.. heheheh.. nanti AT tanya ngan Iza Ismail, kalau dia ada candid gamabr kat sini, AT update ya... ('',) kat restoran ni jugak, lepas habis makan, AT memborong shirt Bandung utk family.. konon last 'shopping' la kan sebelum balik hotel..

kali ni bila balik bilik, lepas mandi, terus kemas beg.. masa tu rasa macam tak percaya jer esok dah nak balik.. rasa macam tak percaya jer dah 3 hari kat Bandung.. masa pantas berlalu kan..

apa pulak cerita last day AT kat Bandung..??  tunggu... ^_^

A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!