Bandung Oh Bandung - Part 7

11.12.2011 – Day 2 - Tangkuban Parahu - Ladang Strawberry - Sapu Lidi - Bali Heaven - Rumah Tas - Toko 3 - Restoran Baso Malang Karapitam

Aktiviti bermula jam 8 pagi.. itupun salah kunci jam sebenarnya tapi nasib baik tersedar awal.. awal ker? kena tanya ngan Iza Ismail sebab tak berapa nak ingat pukul berapa kitorang tersedar.. inilah antara picture yang sempat AT candid.. ni time makan nih.. tangan ni gatal nak candid something.. 

Nasi Uduk a.k.a Nasi Lemak

view dari tempat penginapan AT

Selepas sarapan, kitorang dibawa terus ke Tangkuban Parahu.. boleh tahan jugak la tingginya.. sepanjang 'pendakian', AT rasa seronok tengok kiri kanan yang menghijau.. sejuk mata memandang.. cuaca pun boleh tahan sejuk.. kawasan gunung la katakan.. disamping tu juga, AT ada nampak pengunjung2 yang berbasikal untuk naik ke puncak.. wow.. kuat jugak kaki diorang nak mendaki ek... heheheh.. it takes about half an hour to reach the peak from checkpoint..


i love to candid something
 
Kiri atas - sign welcome Tangkuban Parahu
Kanan atas - checkpoint a.k.a pintu masuk sebelum reach peak
Kiri bawah - can't u see the smoke?
Kanan bawah - me la!!
cantik kan pemandangan
kalau ikutkan banyak jugakla apa yang AT candid kat puncak ni.. ni sebahagian jer nih.. hehehe.. Lebih kurang 2 jam kat sini, menyaksikan pemandangan sekeliling dan ragam manusia kat atas nih, kitorang beredar turun untuk ke Sapu Lidi.. nama tempat makan tu tapi macam pelik kan.. tapi sepanjang nak ke restoran tu, kitorang sempat berhenti untuk makan jagung bakar.. bos AT sempat posing lagi bakar jagung tuh.. jagungnya memang manis tapi AT tak candid la pulak jagungnya.. hehehehehhh

kalau tak salah, nama makanan ni nasi bakar..
makan dgn kelapa yang dicampur sedikit gula & kuah kacang

lepas makan kat gerai nih, kitorang berhenti pulak kat ladang straberry petik sendiri.. namanya petik sendiri sebab diri sendiri yang petik strawberry tuh.. hehehehehhh.. AT xderla nak petik sebab AT bukanya fanatik buah beri.. dah petik, strawberry tu ditimbang then kena bayar.. kalau tak salah AT, sekilo harga dia Rp90000.. 



Selesai di ladang strawberry, kami dibawa makan tengah hari di restoran Sapu Lidi.. Pelik kan nama dia tapi serius gua cakap, 'pemandangan' mahal oo... kalau ikut pada Pak Akos, ketua 'supir' rombongan kitorang, ada lagi 1 tempat yang ekslusif tapi harga pun boleh tahan la.. pada AT, kalau tempat mahal tapi view tak cantik, tak syok jugak..


Memang rasa nyaman, sejuk kat sini.. suasana sekeliling menghijau.. memang makan di sawah.. serius beb, memang ada sawah.. kitorang melepak kat sini lebih kurang 2 jam.. Dah habis makan, kitorang di bawa ke Bali Heaven, ala2 butik tapi besar jugakla.. tapi, sebelum sampai ke Bali Heaven, kitorang terpaksa patah balik ke Sapu Lidi sebab ada orang tertinggal.. kalau tak salah dah lebih kurang 15 minit perjalanan.. huhuh.. Di Bali Heaven, AT beli 1 blouse.. convert to malaysia, harganya lebih kurang rm45.. Lepas tu gerak ke Rumah Tas.. dah nama pun TAS pasti korang boleh bayangkan apa yang ada kat situ tapi AT tak membeli pun.. lebih kurang 30-45 minit di situ, kiitorang ke Toko 3.. (tak banyak candid kat sini.. AT rembat 2 helai seluar jeans.. siap potong kaki seluar lagi.. bayar upah kalau tak salah AT Rp30000.. Lepas 2 jam di Toko 3, kitorang ke Baso Malang Karapitam.. makan mi bakso.. orang lain merasa bakso tapi AT order nasi goreng special.. apa yang special.. alahai, nasi goreng + telur mata kerbau.. itupun tak lalu sangat sebab MANIS.. hehehehehhehhhhhh  




habis makan, terus gerak balik ke hotel.. kalau tak salah AT, masa nak balik dah pukul 10pm.. badan memang rasa letih.. esoknya pulak memang akan jadi lebih aggresif la nak bergerak sebab kitorang akan ke Pasar Baru.. baru betul nak kena kempiskan poket.. ehehehehhh.. apa kisah nya... tunggu.....

A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!