Saturday, December 24, 2011

Bandung Oh Bandung - Part 6

Saturday, 10 December 2011, LCCT Sepang - Jakarta - Bandung


''Kak, rasa2nya akak boleh lari tak.. gate nak tutup lagi 4 minit nih".. Apalagi, pecut 100 meter mencari gate.. Semput dibuatnya.. Entah macam mana boleh salah tengok timing gate open.. That was the BEST 1ST EXPERIENCE I HAVE FOR MY 1ST TIME FLIGHT.. hikhik.. adoyaii..


Departure at 7am.. It takes 2 hours to reach Jakarta.. Masa kitorang sampai tu tertanya jugak, saperla yang 'jemput' kitorang.. Untuk vacation ni, grup pertama dah gerak semalam.. diorang kena bayar lebih la sebab awal sehari.. Dah jumpa dengan Agam, orang yang akan memandu kitorang, tunggu dia amik van, terus pusing2 kat Kota Jakarta.. Tempat pertama yang dibawa adalah Monumen Nasional (Monas).. Tak gi naik pun menara tu.. Lebih kurang dalam 10 minit, barulah kitorang nampak grup pertama.. Apalagi, bertegur sapa macam orang tak pernah berjumpa.. hehehe









Monumen Nasional (Monas)



Lebih kurang dalam 10 minit, kitorang terus gerak ke Tanah Abang.. Shopping kompleks sebenarnya tapi aku tak membeli belah pun sebab ada orang pesan, harga kat sini mahal sikit dari Bandung.. heheh.. Lebih kurang 4 jam duduk melilau kat situ, kitorang gerak ke Salera Jumbo, Padang Restaurant.. Masa tu pukul 3.30 pm.. korang bayangkan waktu makan tengah hari kitorang pukul 4.30 petang waktu Malaysia.. huhuh... time ni perut dah keroncong rock.. Tak boleh nak selera sangat dah..










Habis makan terus gerak ke Bandung.. it takes about 4 hours to get there.. The traffic was 'horror' I think.. Kenderaan rapat, hon setiap masa.. time ni la terfikir, rindu pulak jem kat KL.. tapi seronok sebab boleh tahu macam mana keadaan kota luar negara.. hehehehehhh.. Sepanjang perjalanan, AT tido2 ayam, kepala dan perut sakit sebab makan lambat.. AT dapat tengok keretapi yang bergerak waktu malam.. Sampai di Bandung lebih kurang pukul 9 malam.. Makan lagi.. Kalau tak salah AT, nama restoran tu Rumah Ikan..








Iza Ismail plak lepas makan gi berurut.. Tak jauh pun, kat atas restoran tu jer.. AT dah kepenatan, naik van terus dihantar ke hotel.. Nama tempat kitorang menginap adalah Hotel Ponty.. Kat kawasan bukit.. Emang sejuk deh.. Angkut beg, mandi, terus landing atas katil.. time ni si KP ada kat bilik, dia temankan AT sementara tunggu Iza Ismail balik dari sesi mengurut.. AT memang dah ngantuk bangat.. mata dah tak boleh tahan lagi tapi rupa2nya si KP yang lena dulu.. tapi rasanya lepas tu dia tersedar kot sebab AT dapat dengar ada orang buka pintu sebab Iza Ismail balik.... emang mata AT tak boleh nak bukak.. apalagi deh.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz






Hotel Ponty - gambar diambil keesokan harinya


Esoknya kitorang dibawa ke mana?? Tunggu next entry la yer... hikhikhik


A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥