Bolasepak : Aummm... garuda dibaham HARIMAU

Sumber ; Google

Semalam adalah detik yang mendebarkan.. Dianggap sebagai 'ibu' emas, temasya Sukan Sea 26 kali ini, skuad B23 Harimau Muda yang dibimbing oleh Ong Kim Swee berjaya dipertahankan oleh Malaysia. Mengulangi kejayan pada temasya Sukan Sea 2009 di Laos, skuad Harimau Muda nyata tidak berputus asa walaupun gawang telah dibolosi seawal minit ke-5. Tindakan bijak Mohd Asrarudin Putra Omar yang berjaya menanduk masuk hantaran kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar nyata memecah kerisauan peminat. 90 minit terikat dengan 1-1 memaksa permainan ke masa tambahan. Sepakan penalti menjadi detik penentuan dan kapten pasukan telah berjaya menyumbat masuk gol kemenangan ketika kedudukan penalti terikat 3-3. Ngauman Harimau Muda telah bergelora dengan penuh garang di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. Tahniah Harimau Muda..... Aummmmmmmmmmmmmmm...............

*****selepas ini skuad Harimau Muda akan tampil menentang Syria utk kelayakan Olimpik 2012. Sama2lah kita doakan kejayaan mereka





A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!