7 Keajaiban Alam Sekitar Dunia

Mungkin lambat untuk AT update perihal ni tapi tak kisahlah kan.. Asalkan ada entri yang AT suka nak update. AT baca dari paper KOSMO hari ini. Manalah tau, lepas baca entry AT ni, tetiba korang rasa nak pergi melancong ke tempat2 ni pulak.

*******************************************

Keratan KOSMO, 18.11.2011

;;;Yayasan New7wonders  telah menyenaraikan 7 kejaiban alam sekitar dunia yang dipilih berdasarkan undian penduduk dunia. Kawasan yang dipilih adalah; 


Air Terjun Iguazu, Sempadan Argentina & Brazil
 
Hutan Hujan Amazon, Amerika Selatan

Halong Bay, Vietnam



Pulau Jeju, Korea Selatan


Pulau Komodo, Indonesia

Puerto Princesa Sungai Bawah Tanah, Filipina

Table Mountain, Afrika Selatan

Pengasas Yayasan New7Wonders, Bernard Weber dalam laman webnya berkata: "Kami mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya mendapat status sementara ini dalam melengkapkan proses mengesahan dalam majlis khas yang akan diadakan awal tahun 2012 nanti.

"Keputusan akhir bakal diumumkan awal tahun 2012 ini dengan amaran kemungkinan berlakunya perubahan keputusan pemenang sementara berbanding senarai akhir," katanya.
******************************************
Wah!!!!!!!!!!!! Tetiba pulak rasa teringin nak pergi Pulau Jeju & sungai bawah tanah tu la.. apa2 pun, kita kena tunggu keputusannya tahun 2012. Malaysia tak calon apa2 ker...??? hehehehhhhh


A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!