Monday, November 28, 2011

Bolasepak : Taring & Gigi tak cukup asah lagi ker??

Kita mendahului tapi lepas tu kita didahului..

Adoi.. Punyalah AT menjerit keseronokan dek 2 jaringan pemain negara.. Lepas tu dalam masa 5 minit jer, semuanya tenggelam.. Sedihla..

Yang AT puji, jaringan Nazmi Faiz pada jarak 25 meter (rasanya la).. Memang SUPERB, CANTIK.. gerakan & tendangan solo yang cantik.. No wonder suatu hari nanti, dia boleh jadi penyerang berbisa kebangsaan.. Muda lagi kan.. 17 tahun.. Peluang terbuka luas..


Walaupun sedih dengan kekalahan ini, AT puji semangat juang Harimau Muda negara.. Kalau bukan kita yang sokong mereka/skuad negara kita, saper lagi..

Selamanya!! Selamanya!! Selamanya Sokong Malaysia....



A.d.i.o.s

Sunday, November 27, 2011

It’s All About Life - Motivasi Islam

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu
masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
masa sehat engkau sebelum dilanda sakit,
masa kaya engkau sebelum masa miskinmu,
masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk,
dan
masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)



Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH
- nasihat Luqman Al-Hakim



~~~renung-renungkan, selamat beramal~~~


A.d.i.o.s

Saturday, November 26, 2011

Separuh Akhir Kedua - Muzik Muzik

Another Top 5 lagu telah diumumkan oleh Cheryl & FBI dalam separuh akhir kedua muzik muzik yang berlangsung malam tadi. Mereka adalah ;-

PENYANYI, KOMPOSER, PENULIS LIRIK

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

2. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

3. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

4. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)

5. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)


Baru Top 5 ok, belum finalised lagi. Minggu depan baru kita tahu siapa yang layak.. Tunggu...................


***** AT tak tahu kalau korang tahu, Sungai Lui tu boleh dikatakan dekat dengan rumah AT. Selalunya AT akan lalu kat kawasan ni untuk pergi ke Air Terjun Sungai Gabai. Saper2 rasa nak gi, korang Google Search, Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor.



A.d.i.o.s

Friday, November 25, 2011

Anugerah Insdustri Muzik 18 - Sedetik Lebih terbaik

Segalanya telah terjawab..

Lagu SEDETIK LEBIH dendangan ANUAR ZAIN ciptaan EDRY ABD HALIM telah diiktiraf sebagai LAGU TERBAIK untuk AIM 18 yang penuh kontroversi tahun ini.

Pihak RIM telah menjelaskan bahawa terdapat kesilapan dalam pemilihan kategori tersebut. Jelas Pengerusi Bersama Jawatankuasa AIM 18, Rosmin Hashim, kesilapan tersebut berlaku disebabkan salah tafsir dalam kriteria anugerah yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi proses penghakiman AIM 18, Ernst & Young. More story, boleh refer pada MURAI.

Setahu AT, juruaudit yang dimaklumkan itu boleh tahan juga namanya. Sepatutnya pihak RIM kena maklum betul2 la kan macam mana nak pilih. Pada AT, sepatutnya untuk Lagu Terbaik, siapa yang menang dalam kategori dia, itulah yang patut dinominasikan. Tapi, benda dah jadi. Nak buek camno.

sumber : MURAI.. thanks MURAI.

Hopefully lepas ni, mana2 penganjur yang nak anjurkan award berprestij macam ni, kena selidik banyak perkara la ek.. bukan apa, takut nanti RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI.. Tapi, memang itupun yang selalu berlaku.. Fikir2lah sendiri..

A.d.i.o.s.

Thursday, November 24, 2011

Buruk Siku...??

hehehe... saja nak pinjam citer ERA FM hari ni...

Perihal kemenangan Lagu Penakut dendangan Yuna yang telah diiktiraf sebagai Lagu Terbaik AIM 18 baru2 ni ditarik balik oleh pihak penganjur.. betul jugak apa yang Abg Nara note. Lagu tu tewas dalam kategori dia sendiri, tapi macam mana plak boleh diangkat sebagai lagu Terbaik.

Fuiyoo.. sejarah oo.. sesuatu yang memalukan... nampaknya AIM masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.. AT ni pun bukannya arif sangat nak bercerita perihal industri hiburan ni.. Benda dah jadi, nak buat macam mana..



*****bila Paknil cakap mana datangnya perkataan buruk siku tu, AT pun terfikir gak... dari mana asalnya aaa.. korang tau ker?? hehehhhh

 

A.d.i.o.s

Wednesday, November 23, 2011

Bolasepak : Aummm... cengkaman HARIMAU longgar

Kepenatan.....

Mungkin itu adalah situasi yang perlu kita tahu pada skuad Harimau Muda kita setelah tewas 2-0 di tangan Syria untuk kelayakan Olimpik 2012. Walaupun tewas, kita kena yakin Harimau Muda telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sebab main di tanah sendiri.. Jadual perlawanan Harimau Muda yang diletakkan dalam kumpulan C bersama Jepun, Bahrain & Syria adalah seperti berikut:-

Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 (Asia) U23

Full Time: Japan (2-0) Malaysia, 21 September 2011, Stadium Tosu, Saga, Japan.

Full Time: Malaysia (2-0) Syria, 23 November 2011, Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Malaysia vs Bahrain, 27 November 2011, Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Bahrain vs Malaysia, 5 Februari 2012.

- Malaysia vs Japan, 22 Februari 2012, Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Syria vs Malaysia, 14 March 2012



Don't worry Harimau Muda, penyokongmu sentiasa bersama.. Aummmmmm..




A.d.i.o.s

Tuesday, November 22, 2011

Bolasepak : Aummm... garuda dibaham HARIMAU

Sumber ; Google

Semalam adalah detik yang mendebarkan.. Dianggap sebagai 'ibu' emas, temasya Sukan Sea 26 kali ini, skuad B23 Harimau Muda yang dibimbing oleh Ong Kim Swee berjaya dipertahankan oleh Malaysia. Mengulangi kejayan pada temasya Sukan Sea 2009 di Laos, skuad Harimau Muda nyata tidak berputus asa walaupun gawang telah dibolosi seawal minit ke-5. Tindakan bijak Mohd Asrarudin Putra Omar yang berjaya menanduk masuk hantaran kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar nyata memecah kerisauan peminat. 90 minit terikat dengan 1-1 memaksa permainan ke masa tambahan. Sepakan penalti menjadi detik penentuan dan kapten pasukan telah berjaya menyumbat masuk gol kemenangan ketika kedudukan penalti terikat 3-3. Ngauman Harimau Muda telah bergelora dengan penuh garang di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. Tahniah Harimau Muda..... Aummmmmmmmmmmmmmm...............

*****selepas ini skuad Harimau Muda akan tampil menentang Syria utk kelayakan Olimpik 2012. Sama2lah kita doakan kejayaan mereka





A.d.i.o.s

Monday, November 21, 2011

Event : Festival Filem Malaysia 24



Berikut adalah keputusan FFM ke 24 yang telah berlangsung di PICC pada 20 November 2011;-

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA
•Skor Muzik Asal Terbaik: Edry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
•Pereka Kostum / Busana Terbaik: Rosada Abdul Hamid – Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
•Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof & Hisyam Jupri – KL Gangster (Skop Productions)
•Penataan Bunyi Terbaik: Hisyam Jupri & Rizal Ashreff – KL Gangster (Skop Productions)
•Cerita Asal Terbaik: Martias Mohd Ali – Libas (MDAG Marketing)
•Lakon Layar Terbaik: Syamsul Yusof – KL Gangster (SKOP Productions)
•Sinematografi Terbaik: Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
•Penataan Seni Terbaik: Anuar Paharudin & Kek Ting Lam – Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
•Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Faezah Elai – Cun
•Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Soffi Jikan – KL Gangster
•Pelakon Wanita Terbaik: Siti Shahreza (Eja) – Janin
•Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Kongsi)
•Pengarah Filem Terbaik: Syamsul Yusof - KL Gangster (SKOP Productions)
•Filem Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
•Filem BoxOffice: KL Gangster (SKOP Productions)

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS
•Anugerah Astro First: Kongsi (Metrowealth Picture)
•Pencapaian Gemilang: Datuk Michelle Yeoh
•Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri Dr Jins Shamsudin
•Anugerah Juri Bintang Wayang: Sidek Husin
•Anugerah Khas Juri : Libas (MDAG Marketing)
•Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik: Janin
•Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik: Allahyarham Zami Ismail

Ini pula ialah senarai pemenang bagi Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24 2011 yang berlangsung baru-baru ini di Taman Tasik Perdana pada 16 November 2011:-

•Poster Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
•Kesan Visual Terbaik: Yusry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
•Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi (Metrowealth Pictures)
•Pelakon Harapan Wanita: Nadiya Nisaa – Cun (Tayangan Unggul)
•Pelakon Harapan Lelaki: Taiyuddin Bakar – Hantu Bonceng (Excellent Pictures)
•Lagu Tema Asal Terbaik: Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih (KRU Studios)
•Pengarah Harapan: Jurey Latiff Rosli - Libas (MDAG Marketing)
•Filem Pendek Terbaik: The Other One (Ng Ken Kin)
•Filem Animasi Terbaik: Altitude Alto (Mushroomhead – Multimedia Uni)
•Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

*****info dari MELVISTER.COM


Gandingan pengacara malam festival, Johan Raja Lawak & Ogy Ahmad Daud memang TERBAIK..

Tahniah buat para pemenang..


A.d.i.o.s

Saturday, November 19, 2011

Separuh Akhir Pertama - Muzik Muzik



Berikut adalah senarai penuh 30 lagu yang bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26;

Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

5 lagu telah disenarai sebagai Top 5 untuk ke Anugerah Juara Lagu 2011 di Separuh Akhir pertama yang berlangsung pada 18 November 2011. Lagu-lagu tersebut adalah :-

1. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
2. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
3. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
4. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Ni baru top 5.. kena tunggu lagi 2 semifinal yang akan berlangsung pada 25 November 2011 & 02 Disember 2011.. minggu ke 3 separuh akhir, baru kita tahu saper yang betul2 masuk final.. sama-samalah kita tunggu....... ^_^

A.d.i.o.s

Friday, November 18, 2011

7 Keajaiban Alam Sekitar Dunia

Mungkin lambat untuk AT update perihal ni tapi tak kisahlah kan.. Asalkan ada entri yang AT suka nak update. AT baca dari paper KOSMO hari ini. Manalah tau, lepas baca entry AT ni, tetiba korang rasa nak pergi melancong ke tempat2 ni pulak.

*******************************************

Keratan KOSMO, 18.11.2011

;;;Yayasan New7wonders  telah menyenaraikan 7 kejaiban alam sekitar dunia yang dipilih berdasarkan undian penduduk dunia. Kawasan yang dipilih adalah; 


Air Terjun Iguazu, Sempadan Argentina & Brazil
 
Hutan Hujan Amazon, Amerika Selatan

Halong Bay, Vietnam



Pulau Jeju, Korea Selatan


Pulau Komodo, Indonesia

Puerto Princesa Sungai Bawah Tanah, Filipina

Table Mountain, Afrika Selatan

Pengasas Yayasan New7Wonders, Bernard Weber dalam laman webnya berkata: "Kami mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya mendapat status sementara ini dalam melengkapkan proses mengesahan dalam majlis khas yang akan diadakan awal tahun 2012 nanti.

"Keputusan akhir bakal diumumkan awal tahun 2012 ini dengan amaran kemungkinan berlakunya perubahan keputusan pemenang sementara berbanding senarai akhir," katanya.
******************************************
Wah!!!!!!!!!!!! Tetiba pulak rasa teringin nak pergi Pulau Jeju & sungai bawah tanah tu la.. apa2 pun, kita kena tunggu keputusannya tahun 2012. Malaysia tak calon apa2 ker...??? hehehehhhhh


A.d.i.o.s

Tuesday, November 15, 2011

My favourite song - Ku Seru by Misha Omar

Ku Membayangi...Jiwa Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu
Diri Begini...Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang...
Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu
Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi... Dirimu...
(Kau Ku Seru...Kesepian Berlalu...Maafkan Daku)
Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita...Ini...

Misha Omar
sumber : Google


Lagu ini merupakan OST untuk movie Pontianak Harum Sundal Malam 2. Lakonan Maya Karin (love this actress), Rusdi Ramli, Nanu Baharudin, Ida Nerina, Rosyam Nor,  Kavita Sidu, Zahim Albakri, Pierre Andre, Datuk Aziz Sattar & Haiza. Merupakan susulan daripada filem pertama, Pontianak Harum Sundal Malam (2004), diterbitkan oleh Pesona Pictures arahan Datuk Shuhaimi Baba dan ditayangkan pada 24 November 2005. AT suka tengok this movie walaupun berulang kali. Dua-dua pulak tu. ^_^


sumber : Google


sumber : Google



A.d.i.o.s

Sunday, November 13, 2011

Anugerah Industri Muzik 18 - Keputusan 12 November 2011

Senarai Penuh Pemenang AIM18

Artis Baru Terbaik - Najwa

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu -Jaclyn Victor,Shila Amzah,Ning Baizura/Beribu Sesalan

Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati/Mohariz Yaakup/Azalea/Adibah Nor

Lagu Nasyid Terbaik - Pedoman(VOU)/Johan Nawawi/Shah Mohamed,Hafiz Tarmizi,Johan Nawawi/Nora Feat VOU

Lagu Rock Terbaik - Pelita/Loque/Loque/A.P.I

Rakaman Album Terbaik - Keith Yong/Realize/Reza Salleh

Kulit Album Terbaik - Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd/Urusan Aizat Amdan/Aizat Amdan

Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu - Syed Shahrir Faisal Syed Hussain/Jeritan Batinku/ Sheila Majid

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Got To Go/Najwa/Najwa/Najwa

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Persembahkan oleh Artis Luar Negara -Ku Menunggu/Mery LC/Mery LC/Rossa

Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Anuar Zain

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) -Yuna/ Penakut

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Anuar Zain / Sedetik Lebih

Video Muzik Terbaik - Ahmad Farish/Susun Silang Kata/Aizat Amdan

Album Terbaik - Magada Entertainment Sdn Bhd/ The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid/ Sheila Majid

Lagu Terbaik - Yuna

Artis Kembara - Yuna

Artis Mobile Celcom Terbaik - 6ixth Sense

Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng


TAHNIAH BUAT PENERIMA ANUGERAH

 A.d.i.o.s

Friday, November 11, 2011

What a special day

wow!!
what a special day today...
the date was beautiful..

11.11.11

for those who celebrate birthday today,
HAPPY BIRTHDAY,
for those who married today,
CONGRATULATION,
but, whatever happen today,
A life without cause is a life without effect (Barbarella)
and May you live all the days of your life



A.d.i.o.s

Tuesday, November 08, 2011

My Favourite Movie - ALIEN


my favourite movie for science fiction

ALIEN 1


ALIEN 2



ALIEN 3

ALIEN 4 : ALIEN RESURRECTION

i don't know why i love to watch it... rrroaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

A.d.i.o.s

Saturday, November 05, 2011

My Favourite Cartoon - Donald and Daisy Duck

  Another my favourite cartoon 

 : Donald Duck and Daisy Duck :

Sources : Google

and also this 3 little ducks



and also




but also ducks family




Isn't they cute??

they really cute

that's why i love to watch them





A.d.i.o.s

Friday, November 04, 2011

Thursday, November 03, 2011

Maharaja Lawak Mega 2011

undian selepas persembahan minggu lepas, 28 Oktober 2011
  1. BOBOI - 61%
  2. BP (BAWAL POWER) - 59%
  3. PIMAI - 59%%
  4. JALIL HAMID - 55%
  5. BAWEL - 54%
  6. SAEHU - 53%
  7. ADLIN - 52%
  8. 3G - 51%
  9. HIRO - 49%
  10. RAP - 45%
  11. OSBON - 45%
  12. SYOK - 44%
  13. GEBU - 41%
  14. COMEL - 40%
  15. ANJE - 36%
  16. LANUN - 30%
  17. CAER - 30% 

              
sumber : KOSMO

  
undilah peserta kegemaran anda!!!


A.d.i.o.s

Wednesday, November 02, 2011

ASTRO WARNA - MLM

bukan perniagaan MLM tuh... tapi MAHARAJA LAWAK MEGA.. membariskan otai2 lawak dalam satu pertandingan yang sama konsepnya dengan Raja Lawak & Maharaja Lawak.. menampilkan otai2 dari 3 buah negara, beraksi di pentas Malaysia, terbukti, mereka masih menyengat dengan lawak jenaka mereka.. (pada AT la.. pada org lain tak tau..hehehe)

Siapakah otai2 itu..?
dipersembahkan barisan peserta MAHARAJA LAWAK MEGA..







bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Astro WARNA dan dihoskan oleh AC Mizal..



A.d.i.o.s