Cerita Raya_2_Hari Raya Pertama

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. Walillailham..

Alhamdulillah.. Setelah hampir sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, Syawal di raikan oleh semua muslimin dan muslimah di dunia ni.. Puasa mengajar erti kesabaran.. puasa mengajar erti keinsafan.. puasa juga mengajar kita agar mengingati mereka yang susah di luar sana..

Lepas sembahyang raya, kitorang gerak ke rumah maklong di Kajang (as in my previous n3).. walaupun berkumpul 2 keluarga, meriahnya macam kenduri.. kak neng aku siap plan lagi nak ziarah raya ke rumah saudara mara.. lepas makan, apa lagi, sesi bergambar anak beranak la...

Habis bergambar, kitorang gerak ke Ulu Yam.. baru aku tau, aku ada nenek saudara yang duduk kat sana.. boleh tahan jugak meriahnya.. masa kitorang nak gerak balik, ada tourist dari Jepun yang dijemput utk beraya bersama. Diorang pun macam excited bila tengok ramai yang berkumpul..



Selepas beraya di Ulu Yam, kitorang gerak pulak ke rumah mertua adik AT di Gombak.. Dah alang2 lalu kat situ, singgah terus.. Terus terang AT cakap, masa kat sini, perut ni rasa macam nak pecah dah.. Mana taknya, asyik MAKAN jer.. (habis diet!!) AT makan kuih raya jer.. (kang orang kata tak sudi pulak)

Sampai rumah di Hulu Langat lebih kurang pukul 7 malam.. Masing2 kekenyangan, kepenatan.. Esoknya nak berjalan raya lagi.. hehehehhhhh

Hari raya ke-2 korang berjalan raya ke mana? Tunggu... (^_^)

p/s :: sorry ler lambat update.... mood raya still on..



A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!