Tuesday, September 13, 2011

Banjir di Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Memang dah musim agaknya.. pagi tadi dengar berita, Perlis banjir. Setengah kawasan dah pulih tapi masih ada lagi mangsa pusat pemindahan. Simpati aku pada mangsa. Bila cerita bab banjir nih, teringat banjir yang melanda di Multimedia College di Jalan Semarak pada 24 Februari 2011. AT kalau ada kursus memang kat sini la tempatnya. Memang hujan lebat hari tu. Aku ngan Sis Iza plak ada kursus hari tu. Elok2 habis kursus hari, hujan renyai lagi tapi masa tu Sis Iza cakap 'ni kalau tunggu hujan reda, memang lambat lagi balik nih'. Apa lagi, tekad arr redah hujan.

Tak sangka pulak, esoknya AT datang, keluar citer pasal banjir di situ.. Masa tu rasa bersyukur sangat2 sebab kalau tak kerana Sis Iza suruh redah hujan renyai tu, mungkin Si Hijau ku & Kelisa Sis Iza akan tenggelam lemas berenang dalam banjir.


credit picture to Aby RAd's blog.
credit picture to Aby RAd's blog.

credit picture to Aby RAd's blog.


Gambar2 yang dipaparkan ni sama dengan apa yang AT & Sis Iza terima tapi banyak lagi sebenarnya.. Tak payahla letak semua sebab perkara dah lepas.. Search jer dalam GOOGLE, mesti keluar cerita nih.. Kepada mangsa banjir di Perlis, semoga tabah dengan apa yang telah berlaku..


A.d.i.o.s


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥