Monday, August 01, 2011

Novel : Tunjuk Langit Cinta by Shahrizad Shafian

For those yg minat membaca, mungkin korang tau akan kemunculan novel ini. Saper yang pergi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) pd April 2011 di PWTC, mesti jumpa dgn penulis buku ni. Mungkin agak terlewat utk aku update tapi tak kisahla kan... Janji update.. hehehe


SINOPSIS
Tunjuk Langit Cinta menyimpan sebuah kisah cinta yang tiada penghujungnya. Peluang kedua yang jarang diberikan kini berkesempatan untuk digunakan pada saat-saat diri sedang diuji

4 watak dalam novel ini



SERI HANUM

watak utama dalam novel TLC, satu2nya anak perempuan. Anak ke-3 dari 5 org adk beradik. Berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara dan seterusnya terpengaruh dengan cara hidup Barat yang terlalu bebas. Namun, disebabkan satu kemalangan tragis, dia dihantar pulang ke tanah air. Hubungan saudara yang amat istimewa dgn abg sulungnya Rosdi telah menjadikan Rosdi idola dalam setiap tingkahlakunya. Kasih sayang yg dicurahkan oleh seluruh ahli keluarganya telah berjaya membimbingnya ke jalan kebenaran. Sedikit demi sedikit dia menghambakan dirinya kpd Ilalhi sambil mencari identiti diri dan memahami irentetan kehidupan silamnya serta kemalangan yang penuh dgn rahsia tersembunyi.


ROSDI

seorang 'ustaz' yg memilih utk menjalani kehidupan biasa sambil menjaga ibu yang semakin tua di kampung. Telah kehilangan kedua anak & istrei tersayang akibat komplikasi sewaktu istreinya melahirkan anak mereka setahun yang lalu. Sentiasa mendahulukan seluruh ahli keluarganya dgn kasih sayang yg tidak pernah berbelah bahagi. Ujian Allah yg lebih berat hadir apabila pulangnya adik perempuan tersayang yg telah menjadikan matlamat hidupnya utk melihat Seri Hanum pulih seperti sediakala.


FAHRIN KAMIL

teman dan kekasih Seri Hanum yg telah berkawan rapat sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sama2 melanjutkan pelajaran di universiti yg sama di luar negara & telah berjanji utk berumahtangga sebaik tamat pengajian. Perjanjian yg direstui oleh kedua ibu bapa. Anak bongsu yg tegas & selalu mementingkan diri sendiri.

ABI

sahabat karib Rosdi yg sebaya dengannya, masih membujang & hidup sebatang kara. Sudah lama menjadi sebahagian daripada keluarga Rosdi & sahabat berdua ini gemar bertutur dalam bahasa Arab apabila mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan org lain. Sekembalinya Seri Hanum di kampung, dia terasa seakan ada sesuatu yg membuka hatinya dan Seri Hanum juga turut merasainya.


Apakah kesudahan di antara Seri Hanum & Fahrin Kamil? Bagaimana pula bermulanya hubungan mesra antara Seri Hanum & Abi? Semuanya terungkai di dalam novel ini.


******apa kena mengena aku dgn penulis?? penulis ini merupakan sepupu aku yg aku mesra panggil Kak Ning. Beliau merupakan anak kepada mak long aku a.k.a. kakak ayah aku a.k.a seorang penulis cerpen, Amida @ Hamida Abdul Hamid atau lebih dikenali dgn nama pena Anis. Maklong aku baru sahaja menerima Hadiah Karyawan Sastera Negeri Johor pada 30 Julai 2011 di Johor Bahru******





A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥