Cerita Raya_1_Malam sebelum raya

Apa yg berlaku pada malam raya..? sudah tentu ramai yang bertungkus lumus di dapur menyiapkan juadah raya untuk keesokan hari.. sepeti n3 AT sebelum ni, juadah 'wajib' yang dihidang di pagi raya adalah NASI IMPIT-KUAH LODEH-KUAH KACANG-RENDANG AYAM- memang tak lari punyer..

Malam sebelum raya tu, AT dan family pergi ke rumah maklong (kakak ayah) di Kajang.. hantar lauk sebab pagi raya, ayah kata berkumpul dengan keluarga maklong di sana.. mula2 sampai tu, AT tak perasan daun kelapa atas meja.. bila dah menolong kemas umah, barulah perasan daun kelapa tu.. maklong tegur, "anyam la ketupat T".. hmmm.. mula2 tu, memang kekok sebab dah lama tak anyam.. korang bayangkan AT belajar anyam ketupat masa berkumpul di rumah arwah nenda di Kota Tinggi.. masa tu umur AT dalam 8-9 tahun.. belajar ngan maklong gak.. skang ni dah lewat 20an - LAMA TUH!! Lagipun, anak lelaki maklong AT yg bongsu, Dadai, pandai anyam.. kalau yang lelaki boleh anyam, takkan yg pompuan ni tak boleh.. malu arrrrrrr kan.. hhehehehhhh




Bila ketupat nya dah jadi, seronok rasanya.. mak long siap suruh bawak balik daun kelapa tu, sambung anyam kat umah.. Special la skit tahun ni sebab ada ketupat yang dianyam sendiri.. hihihihikk... Apa lagi agaknya cerita raya AT tahun ni ek..?? Hmmmm... Special atau tak sambutan kali ni, tunggu my next N3... Happy Eid Mubarak..






A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!