Tuesday, August 30, 2011

Cerita Raya_1_Malam sebelum raya

Apa yg berlaku pada malam raya..? sudah tentu ramai yang bertungkus lumus di dapur menyiapkan juadah raya untuk keesokan hari.. sepeti n3 AT sebelum ni, juadah 'wajib' yang dihidang di pagi raya adalah NASI IMPIT-KUAH LODEH-KUAH KACANG-RENDANG AYAM- memang tak lari punyer..

Malam sebelum raya tu, AT dan family pergi ke rumah maklong (kakak ayah) di Kajang.. hantar lauk sebab pagi raya, ayah kata berkumpul dengan keluarga maklong di sana.. mula2 sampai tu, AT tak perasan daun kelapa atas meja.. bila dah menolong kemas umah, barulah perasan daun kelapa tu.. maklong tegur, "anyam la ketupat T".. hmmm.. mula2 tu, memang kekok sebab dah lama tak anyam.. korang bayangkan AT belajar anyam ketupat masa berkumpul di rumah arwah nenda di Kota Tinggi.. masa tu umur AT dalam 8-9 tahun.. belajar ngan maklong gak.. skang ni dah lewat 20an - LAMA TUH!! Lagipun, anak lelaki maklong AT yg bongsu, Dadai, pandai anyam.. kalau yang lelaki boleh anyam, takkan yg pompuan ni tak boleh.. malu arrrrrrr kan.. hhehehehhhh




Bila ketupat nya dah jadi, seronok rasanya.. mak long siap suruh bawak balik daun kelapa tu, sambung anyam kat umah.. Special la skit tahun ni sebab ada ketupat yang dianyam sendiri.. hihihihikk... Apa lagi agaknya cerita raya AT tahun ni ek..?? Hmmmm... Special atau tak sambutan kali ni, tunggu my next N3... Happy Eid Mubarak..






A.d.i.o.s

Wednesday, August 24, 2011

Cerita Ramadhan_8_Nak raya nie..

Mood raya dah datang.. lagu2 raya semakin rancak berkumandang di corong2 radio.. tahun ni tak pasti lagi beraya di mana.. hulu langat ker, Melaka ker, johor ker.. entah.. Ayah pun tak decide lagi..


btw, checklist for hari raya korang dah update ker? Apa benda..??
:: baju raya, kuih raya, duit raya (ni syok sikit), juadah raya, cat umah , langsir baru bla bla bla::


Aku?
Baju raya beli yg siap jer. Senang sikit. Lagipun silap aku, lambat tempah.. heheheh.. tapi kan, masa n3 ni dibuat, baju raya still xder lagi nih.. adusss....


Kuih raya, adik aku yang buat, yang dah siap, TAT (favourite ayah), biskut kelapa, biskut kacang, biskut coklat, kuih tiram .. aku tolong tengok jer.. apa punya kakak ^_^

Duit raya.. adalah sikit utk family aku.. ala, saguhati di hari raya..

Juadah raya..selalunya lagi 2 hari nak raya baru decide tapi yang pasti :: nasi impit - kuah lodeh -kuah kacang - rendang ayam (favourite Sis Iza nih) :: adalah hidangan wajib yang perlu ada dalam menu raya family. tapi tahun ni macam nak anyam ketupat la.. dah lama tak asah skill nih..

Cat umah..?? tak cat lagi.. just nak cover 'artworking' yang anak buah aku buat kat wall tu. konon nak cat sebelum puasa, sampai nak habis puasa tak cat2 lagi.. hehehehh

sama2 la kita beringat yer.. berbelanja biar sederhana.. jangan membazir.. dalam keriangan kiter beraya, kiter kena ingat kesusahan mereka di luar sana.. oleh itu, bersyukur lah dengan apa yang kiter ader..




***ihsan gambar Google




A.d.i.o.s

Friday, August 12, 2011

Cerita Ramadhan_3_Puasa yangyok

Pagi ni dengar radio ERA, citer pasal kisah & kenangan puasa.. Puasa yangyok, pagi2 bukak periuk.. hikhik.. Pandai la Paknil, Hanif & Ray pilih topic. Tersengih AT sorang2 sambil memandu nak gi ofis..


-picture from google-


Lebih seronok biler dengar kisah pendengar ERA.. AT pun ada gak kisah sendiri tapi masa tu kecik lagi kan.. heheheh.. Alah, korang pun mesti ada citer jugak kan.. Kenangan itulah yang menemani & mengiringi kita sepanjang hidup..

Yang membuatkan AT tersengih lebih bila ada sorang pemanggil yang menceritakan kisah kantoi puasa dia semasa dia belajar di Kuantan. Masa dah kantoi tu, dengan tangan yg tak basuh, pensyarah dia suruh pergi dari 1 department ke department. Itulah hukumannya. Biler dengar citer tu, terus flashback kenangan puasa masa belajar kat KPMB. Tetiba plak rindu zaman belajar.. Rindu pada nasi goreng cili api Mak Mai.. Rindu berbuka puasa dengan Shaz (roommate AT)..huhu..

Lagi 1 kisah tu pendengar ERA ni dia suapkan adik dia makan. Lauk simple jer, nasi, telur goreng & kicap (favourite AT jugak tuh). Dia suap adik dia dengan dia2 sekali menyuap ke mulut. Siap tambah nasi plak tuh. Lepas tu dia cakap yang adik makan banyak hari nih.. heheheh..

Apa2 pun, janganlah kiter buat perangai tu ek.. Malu ah.. hikhik.. soroklah macam mana sekalipun.. Allah Maha Mengetahui..


Happy Ramadhan..



*****tahun ni mcm xde jer plan nak berbuka puasa ngan geng SMKAJ2000. huhu.. rindula*****






A.d.i.o.s

Wednesday, August 10, 2011

Cerita Ramadhan_2_Birthday Syukri

Anak ummi dah 3 tahun hari ini.. Specialnya sebab sambut dalam bulan Ramadhan ni.. Kek tetap ada tapi mama dia la beli.. heheh.. Hidangan sampingan yg dibeli, sate, itupun tak habis makan sebab masing2 dah ngadap nasi masa berbuka.. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan dibanggakan papa & mama.. Ummi sayang Syukri Dhobit...

**** inilah anak buah AT aka penawar hati AT****


A.d.i.o.s

Monday, August 08, 2011

Cerita Ramadhan_1

Pejam celik pejam celik, dah seminggu berpuasa. Alhamdulillah. Puasa aku kali ini letih sikit sebab perut aku ni. 3 hari awal puasa, ok. Tapi lepas tu meragam sakit. Mak aku kata gastrik. Tahan atau tidak, Allah jer yang tahu. Dugaan berpuasa kali ni, tapi wajib tetap wajib.

Bila bulan puasa ni, macam biasalah. Bazar Ramadhan dibuka sana-sini. Aku tak pergi lagi menyinggah walaupun dekat ngan area rumah tu. Kemalasan nak berjalan. Pelik kan? hehehehehhhh

Plan berbuka kat luar? Memang ada tapi macam susah jer nak berkumpul sekarang ni. Geng2 ada yg dah kawin, tinggal berapa kerat jer yang bujang itupun dah lama tak contact each other. Jahat kan? Bila puasa, raya, baru cari kengkawan. Tapi xdela sampai tak contact langsung. Itu lupa kawan namanya.. hehehehehhh

Lagu raya dah berkumandang kat corong radio, tapi rasanya lagu favourite aku tak kuar lagi. Lagu apa? Suatu Hari Di Hari Raya dari M. Nasir. Evergreen tuh..

Persiapan raya? Bersederhana ajer. Itupun mak aku dah tanya, bila nak pergi beli baju raya? Jawapan aku senang jer. 'tunggu gaji bulan ni la mak'. hehehehhh..

Itu jer nak citer. Kalau ada citer menarik Ramadhan kali ini + kerajinan nak menaip, Insya Allah, aku share story..

Happy Ramadhan.. ^_^


A.d.i.o.s

Friday, August 05, 2011

Sepah_news_berpecah?

Betul ker nih? Trio favourite aku nak berpecah? Ala, tak best la.

Itulah yg terkeluar dari mulut aku masa berita ni disebarkan 2 hari yg lepas tapi pengumuman rasmi belum dibuat lagi. Penjelasan panjang telah diberi oleh Jep Sepah. Hmmmmm... tak payah citer panjang arr.. klik sini kalau nak tau dengan lebih lanjut.



A.d.i.o.s

Monday, August 01, 2011

Novel : Tunjuk Langit Cinta by Shahrizad Shafian

For those yg minat membaca, mungkin korang tau akan kemunculan novel ini. Saper yang pergi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) pd April 2011 di PWTC, mesti jumpa dgn penulis buku ni. Mungkin agak terlewat utk aku update tapi tak kisahla kan... Janji update.. hehehe


SINOPSIS
Tunjuk Langit Cinta menyimpan sebuah kisah cinta yang tiada penghujungnya. Peluang kedua yang jarang diberikan kini berkesempatan untuk digunakan pada saat-saat diri sedang diuji

4 watak dalam novel ini



SERI HANUM

watak utama dalam novel TLC, satu2nya anak perempuan. Anak ke-3 dari 5 org adk beradik. Berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara dan seterusnya terpengaruh dengan cara hidup Barat yang terlalu bebas. Namun, disebabkan satu kemalangan tragis, dia dihantar pulang ke tanah air. Hubungan saudara yang amat istimewa dgn abg sulungnya Rosdi telah menjadikan Rosdi idola dalam setiap tingkahlakunya. Kasih sayang yg dicurahkan oleh seluruh ahli keluarganya telah berjaya membimbingnya ke jalan kebenaran. Sedikit demi sedikit dia menghambakan dirinya kpd Ilalhi sambil mencari identiti diri dan memahami irentetan kehidupan silamnya serta kemalangan yang penuh dgn rahsia tersembunyi.


ROSDI

seorang 'ustaz' yg memilih utk menjalani kehidupan biasa sambil menjaga ibu yang semakin tua di kampung. Telah kehilangan kedua anak & istrei tersayang akibat komplikasi sewaktu istreinya melahirkan anak mereka setahun yang lalu. Sentiasa mendahulukan seluruh ahli keluarganya dgn kasih sayang yg tidak pernah berbelah bahagi. Ujian Allah yg lebih berat hadir apabila pulangnya adik perempuan tersayang yg telah menjadikan matlamat hidupnya utk melihat Seri Hanum pulih seperti sediakala.


FAHRIN KAMIL

teman dan kekasih Seri Hanum yg telah berkawan rapat sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sama2 melanjutkan pelajaran di universiti yg sama di luar negara & telah berjanji utk berumahtangga sebaik tamat pengajian. Perjanjian yg direstui oleh kedua ibu bapa. Anak bongsu yg tegas & selalu mementingkan diri sendiri.

ABI

sahabat karib Rosdi yg sebaya dengannya, masih membujang & hidup sebatang kara. Sudah lama menjadi sebahagian daripada keluarga Rosdi & sahabat berdua ini gemar bertutur dalam bahasa Arab apabila mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan org lain. Sekembalinya Seri Hanum di kampung, dia terasa seakan ada sesuatu yg membuka hatinya dan Seri Hanum juga turut merasainya.


Apakah kesudahan di antara Seri Hanum & Fahrin Kamil? Bagaimana pula bermulanya hubungan mesra antara Seri Hanum & Abi? Semuanya terungkai di dalam novel ini.


******apa kena mengena aku dgn penulis?? penulis ini merupakan sepupu aku yg aku mesra panggil Kak Ning. Beliau merupakan anak kepada mak long aku a.k.a. kakak ayah aku a.k.a seorang penulis cerpen, Amida @ Hamida Abdul Hamid atau lebih dikenali dgn nama pena Anis. Maklong aku baru sahaja menerima Hadiah Karyawan Sastera Negeri Johor pada 30 Julai 2011 di Johor Bahru******





A.d.i.o.s

Marhaban ya Ramadhan

semoga ramadhan kali ini lebih makna buat rakan2 sekelian.




A.d.i.o.s