Saturday, July 30, 2011

Syukur

Alhamdulillah
hanya itu yang mampu ku ucapkan
di atas segala pemberian-Mu Ya Allah
ku mohon pada-Mu
kuatkanlah Imanku
agar tidak berpaling
daripada-Mu
Syukurku
kerana diberikan yang tersayang
memimpinku untuk
'merangkak'
'bertatih'
'berjalan'
'berlari'
di muka bumi-Mu yang penuh pancaroba
Syukurku
kerana masih diberikan hela nafas
untuk terus 'berbakti'
untuk terus 'membantu'
untuk terus 'melihat'
untuk terus 'bersujud'

Syukurku pada-Mu Ya Allah



****kesyukuran ku di atas usia perjalananku di muka bumi ini****

A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥