Monday, July 25, 2011

''rugi la ko AT''

***picture from Google



AT percaya rakan2 blogger suker makan durian... Baunya menusuk kalbu & memikat hati.. Pada yang terlalu suker dgn buah ni, berbakul-bakul sanggup dibelinya walaupun kadang2 harganya fuhhhhhhhhh...

TAPI KENAPA TIDAK PADA AT AR??? Bukanlah kata tak suka langsung tapi tak gemar sangat.. Bila keluarga atau rakan2 berebut-rebut nak makan, AT tak berebut sekali.. Semua cakap kat AT 'rugi la ko tak makan buah ni'. Tapi dah memang AT tak minat, letakla berbakul2 pun memang AT tak layan punyer. Paksa la macam mana cara pun, menangis AT tau.. Baunya pun kekadang AT tak tahan. 2 hari duduk kat umah makcik AT kat Melaka, berkilo-kilo durian dibelinya.. Semua duduk mengadap makan buah tu.. Kiter yang tak tahan bau ni, duduk la jauh2.. Pelik kan..

Lagi satu peliknya, gulai tempoyak AT makan.. tapi bukan tempoyak mentah tu tau.. Kalau tempoyak ikan patin tu, ha.. memang tak nampak dah orang kiri kanan.. Agaknya kalau mak mentua lalu sebelah pun tak perasan tapi nasib baik la AT tak kawin lagi.. heheheheh.. Pernah gak AT paksa diri makan durian nih, sudahnya AT demam seminggu.. hikhik.. pelik kan..

Skang ni AT perasan, ada pesta durian sana sini.. Ha, nak promote sikit.. Kalau rakan2 bloggers ada disekitar KL, Muzium Telekom ada menganjurkan Pesta Durian, bermula 25 Julai hingga 27 Julai 2011. Ini adalah kerjasama dgn FAMA. Para pengunjung berpeluang menikmati buah durian, pulasan, rambutan dan manggis sebanyak mungkin apabila menyertai promosi ‘Makan Sehingga Kenyang’ yang berharga cuma RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Pelbagai gerai jualan menanti para pengunjung yang ingin membeli produk hasil durian seperti serawa, jem, ais krim, lempuk dan tempoyak. Selain daripada buah durian, FAMA juga akan menyediakan gerai buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu batu yang dijual dengan harga berpatutan. Pesta ini dibuka secara percuma kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Kepada yang gemar King of Fruit ni, pergilah yer.. AT?? terima kasih je lah... hehehehhhh...

A.d.i.o.s


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥