Wednesday, July 06, 2011

Ooh La La... KRU Luar Biasa

KRU telah menjadi tetamu khas utk pagi tadi di RIUH PAGI ERA. Wah.. memang best bila Ray & Hanif (Pak Nil cuti lagi..huhuhu) mainkan semula lagu2 lama KRU. Aku menyanyi dalam kereta sorang2 (habih tu nak nyanyi ngan saper lagi kan). Mengimbau kembali zaman2 sekolah. hehehehehhhhh

Kemunculan diorang di awal 90an sememangnya telah mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan tanah air. Dah banyak rintangan yang mereka hadapi tapi sehingga kini, mereka masih kukuh membina nama di persada seni. KRU sememangnya telah berjaya mencipta jenama mereka sendiri. Artis yang berada di bawah naungannya, Elite, Indigo, Juliana Banos, Phyne Ballerz, X-Factor, Pretty Ugly, Ezlyn, Dewi Sandra, Aznil, Anita Sarawak, Adam, Dafi, The Lima & artis luar negara, Lady Like (cuma sekarang ni aku tak tau yang mana masih under KRU). Hikhik..

Kalau lagu tak payah cerita la kan, memang banyak. Antaranya Mengerti, Janji Tinggal Janji, Negative, Awas, Cherrina, Ooh La La, Luar Biasa, Dua, Apa Saja, Sayang, Getaran Jiwa (duet with Allahyarham Tan Sri P. Ramlee_pernah kontroversi tuh) , Jangan Lafazkan, Di Dalam Dilema, Babe, Terhangat di Pasaran, Ganas & terbaru, 3 Kata (pagi tadi diperdengarkan ekslusif di ERA)

Untuk filem pulak, Cicakman 1&2, Duyung, Jin Notti, Magika, My Spy, Hikayat Merong Mahawangsa & terkini, Karak. Fuhh!!!! Apa lagi agaknya yang terbaru yang diorang nak buat..??

Pejam celik pejam celik, dah 19 tahun bertahan. Kepada Abang2 KRU, semoga lebih terus maju, kukuh & terus kekal dalam industri hiburan tanah air.








A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥