Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - Cable clutch putus

adoyai... it's happen again...

2 tahun dulu jadi kat Bulatan Pahang, pagi tadi kat depan Menara Celcom plak..


Si Hijau telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di pertengahan jalan tersebut, 5-10 minit ada kot.. Nasib baik la ada 3 abang polis trafik datang bantu tolak ke tepi jalan.. thank u abg polis..


aku sms dulu pd Sis Iza, aku lambat masuk.. lepas tu aku call member ofis, mintak tolong dia tengokkan mana2 bengkel kalau ada yg dah buka.. pukul 8.30pagi tuh.. aku siap cakap lagi, mungkin cable clutch aku yg problem.. pandai gak aku kan.. hehehe.. dah boleh agak apa yg sangkut.. Sementara nunggu, ada jugak la yg berhenti tanya. Terima kasih la yer sebab sudi tanya..



Elok tunggu member dalam 5 minit, ada org MAA datang tengok walhal aku tak call pun.. serentak ngan member aku sampai.. layan kan ajer sebab dah ada depan mata.. dia pun cakap, memang cable cluch punya hal.. hmmm... nak buat mcm mana.. aku cakap ngan dia, ganti jer la.. daripada tunggu nak hantar ke bengkel dalam 2-3 hari nih, elok buat terus.. on the spot dia gi amik barang, tak sampai 30 minit, everything's done.. apa lagi, melayang RM ku, walhal hari tu baru jer hantar servis + beli stering baru.. hmmmm


Mungkin Si Hijau ku merajuk lagi sebab aku ada tercakap pasal nak beli yang baru.. huhu.. PADAN MUKA aku!!!





A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!