Makan & Minum : Jamuan Tukar Angin

Semalam gi makan tengah hari kat Restoran Haslam sebab nak meraikan Kak Faridah ; yg akan bersara & Min ; yang akan bertukar unit. Sebelum decide nak makan kat sini, geng2 ofis ada la survey restoran lain. Aku? Aku bukannya tau sangat tempat2 makan kat area Setapak - Gombak nih. Aku ikut jer. heheheh

Gerak dari ofis dalam kul 12tgh hari. Ofis pun bukannya jauh sangat cuma sebab merempuh jem time org makan tengah hari, FAHAM2 JELAH KL kan. Pusing2 dulu carik parking. Sis Aaz sampai pun lebih kurang sama ngan kitorang sampai.
Kitorang makan kat bahagian atas a.k.a Dewan Cempaka.




*****yang dirai

Mungkin rezeki kitorang agaknya, dapat jumpa dgn Datuk Yusof Haslam & Mohd Noor Kadir. Apalagi, Kak Suzi dgn langkah berani pergi jumpa 2 org produser terkenal tu & terus bergambar. Very HUMBLE. Respect la dgn both of them. Aku pun tak lepaskan peluang la. Tak aci la kan kalau "photographer terjun" ni takde picturenya.. heheheh


***bergambar bersama dgn Datuk Yusof Haslam & Mohd Noor Kadir


Jamuan selesai pun lebih kurang pukul 2. Back to ofis & buat kejer macam biasa sebab ada report yang masih belum update.. hmmmmmmmmm






A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!