Its' All About Life - Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Mungkin lewat untuk aku updatekan berita ni tapi hanya Allah yg tahu betapa tersentaknya hati apabila ianya berlaku.
tergamam.. terkejut.. kelu..
sekitar jam 3 petang, aku dengar bunyi ambulan, polis, bomba melalui Jalan Hulu Langat. Sangka aku mungkin ada kemalangan maut yg berlaku. Tetapi perasaan itu bertukar menjadi lebih berdebar lantaran kenderaan tersebut bertali arus keluar masuk melalui jalan utama utama itu. Semuanya terjawab apabila ayah angkat aku call & tanya mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim & Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat. Terus aku buka saluran berita. Aku kehilangan kata2 apabila berita memaklumkan 24 orang telah tertimbus & dalam usaha utk diselamatkan. Terniat di hati utk keluar menjengah ke kawasan tersebut tetapi apabila kawanku memberitahu kawasan telah dipenuhi dgn org ramai, aku pendamkan ajer. Aku hanya mampu berdoa agar mereka semua dapat ditemui. Mangsa terakhir berjaya ditemui sekitar 5.05 pagi Ahad, 22.05.2011. Sebak apabila dimaklumkan, 16 orang telah terkorban. 9 mangsa yang lain dituntut oleh waris & dikebumikan di kampung halaman masing2. 7 mangsa telah disembahyangkan di Masjid Sultan Hishamudin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat & telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding. Tak perlu aku ceritakan secara detail kerana berita telah memaklumkan secara jelas peristiwa yang berlaku.
Pagi ni aku dengar Era FM, krew pagi ERA - Pak Nil, Hanif & Ray - membicarakan perihal mereka ke Hospital Ampang menziarah mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut. Memang bergenang air mata aku sepanjang perjalanan ke ofis. Rasa sebak sangat2.
Kepada yang terselamat, aku harap mereka tidak putus asa utk meneruskan hidup. Yang tiada, hanya doa yang mampu aku titipkan agar mereka tenang bersemadi di sana.

Al-Fatihah.



Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!