Monday, May 16, 2011

Terima kasih Cikgu....

Hari ini merupakan hari istimewa utk semua guru2 di dunia (dunia ker?)... Bila bercerita bab guru a.k.a cikgu (aku lagi suka gelaran tu), mesti banyak kenangan masa zaman persekolahan dulu kan...? Aku pun lebih kurang mcm tu jugak la. Nak kata aku ni nakal masa sekolah dulu, tak rasanya.. hehehehehhh..

Korang ingat lagi tak nama cikgu tadika korang? Nama cikgu tadika aku CIKGU NORA & CIKGU RAMLAH. Nampak jer macam garang, tapi tak. Baik sangat2.

Macam mn plak dgn cikgu sekolah rendah?? Antara yg aku ingat :: CIKGU ROGAYAH, CIKGU LATIPAH, CIKGU NORSIAH, CIKGU ARIF (pernah pinjam tape M.Nasir dari aku semata-mata nak dgr 1 LAGU sahaja), CIKGU RASUL, CIKGU NAIMAH, CIKGU HALIJAH ( disebabkan cubitan dia lah aku bersungguh belajar english) , CIKGU NORJINA, CIKGU SAHAR, CIKGU HAMIMAH :: Kenangan sekolah rendah, biasalah, macam budak2 lain jugak. Selalunya kena berdiri atas kerusi pasal kerja sekolah tak siap. Budak nakal kan. Nakal ker..??? hehehehhhh

Sekolah Menengah?? Orang kata, zaman inilah yg patut kita uruskan dgn baik utk tentukan masa depan. Antara nama2 cikgu yang aku masih ingat :: CIKGU NAZRAH, CIKGU ZUNARIZAN, CIKGU WAN AISHAH, CIKGU MAHFUZA, CIKGU OMEI, CIKGU MAIDAH (cikgu akaun yg tau siapa x-bf aku), CIKGU AZNAN (cikgu BM yg selalu sindir jerawat aku), CIKGU NOREHAN, CIKGU AZURA (cikgu netball yg xbg aku quit netball dari Form1 until Form5), CIKGU MASHUDI, CIKGU WATI, CIKGU NORASIAH, CIKGU SURATIN :: Zaman ni lagi banyak kenangan nya. Nak cerita pun panjang sangat.

Nak dipendekkan citer, cikgu2 banyak memberi dorongan utk pastikan kita berjaya. Sentiasa memberi tunjuk ajar sama ada kita memerlukannya atau tak. Mungkin kejayaan aku tidak segemilang mana tetapi aku BERTERIMA KASIH yang amat sangat di atas didikan mereka.


GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRI SENDIRI UTK MENERANGI KEGELAPAN HIDUP ORG LAIN.

TERIMA KASIH CIKGU!!!




A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥