Monday, May 30, 2011

Top 5 Maharaja Lawak 2011

Pejam celik pejam celik, dah nak ke final ML2011. Sekarang ni hanya tinggal 5 peserta sahaja. Mereka adalah JOZAN, SEPAH, JAMBU, NABIL & R2. Pada aku, bawak jer semuanya ke final. Tak perlu ada penyingkiran lagi sebab semuanya BEST!!












Siapa peserta kegemaran anda. Undi jangan tak undi!!!!


A.d.i.o.s


Friday, May 27, 2011

Mantera Anjasmoro - Macam tu jer??

Korang layan tak slot seram TV3? Siri yang baru habis adalah MANTERA ANJASMORO. Dari awal aku tengok ok jugak la jalan ceritanya tapi bila tiba episod terakhir, ending dia macam tak reach expectation aku jer.. (pendapat aku la)

kenapa mesti pergi balik ke masa lampau semasa perjanjian tu dibuat? aku rasa slot tu boleh letak kat bahagian tengah cerita. apa jadi ngan sabrina?? mati ker?? apa jadi ngan husband dia plak?? dapat ke ustaz kalam tu hapuskan anjasmoro?? aiyak... mcm akan ada sekuel kedua jer...keluar jer perkataan TAMAT, adik2 aku mengeluh perkara yg sama, MACAM TU JER????



Fauziah Gous ; Eja ; Adi Putra





A.d.i.o.s


Thursday, May 26, 2011

Makan! Makan! Makan!

potluck ofis aku... makan dari pagi sampai tengah hari . petang pulak ada jamuan perpisahan dari unit lain pulak.. heheheh.. produktiviti tambahan hari ini


makan, makan dan makan



laksam




macaroni & puding caramel

nasi impit, kuah kacang & lodeh (thums up to my mom..... member ofis kata sedap!!!) ayam masak merah sebelah kuah lodeh tu abg hashim yg bawak..


ada lagi yg aku tak candid.. NASI LEMAK, ROTI JALA, ROTI CANAI,... jamuan perpisahan petang pulak makan MEE KARI+KUIH MUIH.. Ya Allah!! Pecah perut aku...


Memang dah kena exercise lebih ni.. hikhikhik




A.d.i.o.s

Showdown 2011 - Episodic - Top 9

LIVE SHOW SHOWDOWN 2011 TOP 9
Day : Wednesday
Date : 18.05.2011
Time : 09.30pm


Theme utk minggu ni adalah MUSIC GENRE – MALAYSIAN HIP HOP


Aku tak tengok sangat sebab sibuk buat kuah kacang ngan kuah lodeh utk potluck ofis tapi aku tetap 'intai' performance crew utk this week. Juri jemputan Lady D. Komen pun xnote jadi apa yg aku ingat je la ek... (^_^)

Performance mana yg membuatkan aku rasa nak tengok sampai habis adalah dari (tak ikut turutan)

::Elecoldxhot - mmg confirm la aku kena tgk tapi aku tak ingat la pulak lagu apa. Memang THE BEST!!. No wonder juri cakap Best Performance.

::Bounce Stepperz - lagu Inilah Nasibku by NICO. NICO datang tu. Hari tu dgr katanya nak buat come back tapi xtau la bila.

::HMC Phlow - lagu Money by Poetic Ammo. Saingan hebat utk Elecoldxhot nih.

::Panic - lagu Doodat by Teh Tarik Crew. Memang diorang versatiles.

Itu antara yang aku ingat, yang lain2 tu sorry la ek. Masa BATTLE utk bottom 4, aku perasan ada pertelingkahan. Memang tak respect la dekat senior2 yang datang. Joe sendiri kata, takkan generasi baru macam ni attitude. Yang aku tau, Borneo Crew tidak dapat teruskan perjuangan.




Minggu depan punya theme ARTIST - N.K.O.T.B.vs.B.S.B (new kids on the block vs backstreet boys)... uhuuuuu.. my favourite group!!!!!!!!!!!!




A.d.i.o.s

Tuesday, May 24, 2011

My Favourite Song - Hentian Ini by XPDC

Antara lagu kegemaran aku sejak di sekolah menengah sehingga kini. Yes, sememangnya ada cerita tersirat disebaliknya tapi what past is past. Aku dah malas nak ingat semula tapi kadang2 TERKENANG jugak. My first love dowhhhhhhhhhhhhhhhhhhh



HENTIAN INI

Lenaku dibuai
Bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah dibingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan
Keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepada mu oh kekasih

Ingin ku buktikan
Keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki
Sepenuhnya nirwanaku

Oh... pedihnya terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora rintihan asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas
Namun kerana tulusmu
Masih mampu aku berdiri
Demi naluri yang sama
Kita masih di sini

Ingin ku buktikan
Keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki
Sepenuhnya nirwanaku
Demi kasih dan cintaku
Aku masih di sini





A.d.i.o.s

Monday, May 23, 2011

Its' All About Life - Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Mungkin lewat untuk aku updatekan berita ni tapi hanya Allah yg tahu betapa tersentaknya hati apabila ianya berlaku.
tergamam.. terkejut.. kelu..
sekitar jam 3 petang, aku dengar bunyi ambulan, polis, bomba melalui Jalan Hulu Langat. Sangka aku mungkin ada kemalangan maut yg berlaku. Tetapi perasaan itu bertukar menjadi lebih berdebar lantaran kenderaan tersebut bertali arus keluar masuk melalui jalan utama utama itu. Semuanya terjawab apabila ayah angkat aku call & tanya mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim & Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat. Terus aku buka saluran berita. Aku kehilangan kata2 apabila berita memaklumkan 24 orang telah tertimbus & dalam usaha utk diselamatkan. Terniat di hati utk keluar menjengah ke kawasan tersebut tetapi apabila kawanku memberitahu kawasan telah dipenuhi dgn org ramai, aku pendamkan ajer. Aku hanya mampu berdoa agar mereka semua dapat ditemui. Mangsa terakhir berjaya ditemui sekitar 5.05 pagi Ahad, 22.05.2011. Sebak apabila dimaklumkan, 16 orang telah terkorban. 9 mangsa yang lain dituntut oleh waris & dikebumikan di kampung halaman masing2. 7 mangsa telah disembahyangkan di Masjid Sultan Hishamudin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat & telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding. Tak perlu aku ceritakan secara detail kerana berita telah memaklumkan secara jelas peristiwa yang berlaku.
Pagi ni aku dengar Era FM, krew pagi ERA - Pak Nil, Hanif & Ray - membicarakan perihal mereka ke Hospital Ampang menziarah mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut. Memang bergenang air mata aku sepanjang perjalanan ke ofis. Rasa sebak sangat2.
Kepada yang terselamat, aku harap mereka tidak putus asa utk meneruskan hidup. Yang tiada, hanya doa yang mampu aku titipkan agar mereka tenang bersemadi di sana.

Al-Fatihah.



Friday, May 20, 2011

It's All About Life - Semalam, Hari Ini & Esok



Semalam adalah suatu kenangan

Hari ini adalah suatu kenyataan

Esok adalah suatu penantian.

Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan

dan

kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah

tetapi

kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan


sumber Laman Nurani


A.d.i.o.s

Thursday, May 19, 2011

Showdown 2011 - Episodic - Top 10

LIVE SHOW SHOWDOWN 2011 TOP 10
Day : Wednesday
Date : 18.05.2011
Time : 09.30pm


Theme utk minggu ni adalah WILDCARD – REPLICATE & REPRESENT.


Juri jemputan adalah Joe Lee, wartawan hiburan yg boleh tahan jugak kalau mengkritik tapi, he’s good la. Aku note sikit komen diorang utk performance last night.


:: HMC Phlow ::
Replicate Video - My Love by Justin Timberlake
Maple – amazing
Joe Lee – good job!!
Joe Flizzow – “kalau JT datang Malaysia, tak payah bawak dance crew dia sebab korang dah ada”

:: Rokusteps ::
Replicate Video -Cought Up by Usher
Maple – good job
Joe Lee – xcukup tepat but by individually ada yg better
Joe Flizzow – it was a good show

:: Stepholic ::
Replicate Video - Saranghe (where u are) – Tae Yung
Maple – ‘I really love that’
Joe Lee – really replicate but still have some movement yg tidak menunjukkan your represent
Joe Flizzow – suka cara replicate but kagum dgn choreography yg ditunjukkan.

:: Force 136 ::
Replicate Video -Yeah3x by Chris brown
Maple – not too good to copy the move
Joe Lee – not the best routine that I’ve seen before
Joe Flizzow – suka sebab b-boy out of your comfort zone.

:: Panic ::
Replicate Video -Like I Love you by Justin Timberlake.
Maple – good performance so far
Joe Lee – amazing
Joe Flizzow – great performance.

:: Dejavu Breakerz ::
Replicate Video - Somebody to love by Justin Bieber
Maple – masih ada step yg tak kemas
Joe Lee – ????
Joe Flizzow – better than last week but choreography still have to improve.

:: Blazin Squad ::
Replicate Video -I get it on by Omarion
Maple – ok but still have to improve on perfectionist
Joe Lee – sexy style & entertaining
Joe Flizzow – ‘the step in video hard to follow but you perform well’


:: ELECOLDXHOT ::
Replicate Video -Battle of Heaven & Earth by Jay Chou
Maple – nothing to worry about the step. Outstanding!!
Joe Lee – “Showdown stage is definitely for you guys!!”
Joe Flizzow – “Jay Chou should worry coz you guys move better that him”


:: Borneo Crew ::
Replicate Video -Rhythm Nation by Janet Jackson
Maple – need to pay more attention on some steps & choreography
Joe Lee – good job but still need to work on
Joe Flizzow – 1st 30 second was good but after that it’s going down. Should keep on the energy.

:: Bounce Stepperz ::
Replicate Video - Kiss Kiss by Chris Brown
Maple – so impressed, versatiles, great job
Joe Lee – “you guys like Floor Fever junior”
Joe Flizzow – “ your crew yang paling banyak menunjukkan perubahan positive.”


As usual, Hafiz bertanya which crew is better for that night & which crew perform worst on stage. Flizzow chose ELECOLDXHOT as the BEST & Maple chose DEJAVU BREAKERZ. Untuk minggu ini, 4 crew yg mendapat undian terendah dan perlu beradu step di pusingan BATTLE adalah BOUNCE STEPPERZ, BORNEO CREW, STEPHOLIC & DEJAVU BREAKERZ


BATTLE 1 – Bounce Stepperz vs Stepholic
Judges decide Bounce Stepperz win the battle

BATTLE 2 – Borneo Crew vs Dejavu Breakerz
Judges decide that Borneo Crew win the battle



Tanpa melengahkan masa, Joe Flizzow mengumumkan DEJAVU BREAKERZ tersingkir daripada meneruskan perjuangan. Time ni, ada camera focus pada peminat2 mereka yang sedih dengan keputusan tersebut tapi nak buat macam mana, undian tak memihak pada mereka.






Theme utk minggu depan pula adalah


MUSIC GENRE – MALAYSIAN HIP HOP.


Jadi, sama2 kita tunggu.





A.d.i.o.s

Wednesday, May 18, 2011

Saper ek?

undi masuk MAHARAJA LAWAK
sape la yang dapat agaknya?
R2 bleh dapat tak??
hehehehehhhh...

malam ni SHOWDOWN 2011
theme : REPLICATE & REPRESENT
saper agaknya yg terkeluar ek..
hehehehehhhh...





sama2 la kita tunggu yer......


A.d.i.o.s

Monday, May 16, 2011

Terima kasih Cikgu....

Hari ini merupakan hari istimewa utk semua guru2 di dunia (dunia ker?)... Bila bercerita bab guru a.k.a cikgu (aku lagi suka gelaran tu), mesti banyak kenangan masa zaman persekolahan dulu kan...? Aku pun lebih kurang mcm tu jugak la. Nak kata aku ni nakal masa sekolah dulu, tak rasanya.. hehehehehhh..

Korang ingat lagi tak nama cikgu tadika korang? Nama cikgu tadika aku CIKGU NORA & CIKGU RAMLAH. Nampak jer macam garang, tapi tak. Baik sangat2.

Macam mn plak dgn cikgu sekolah rendah?? Antara yg aku ingat :: CIKGU ROGAYAH, CIKGU LATIPAH, CIKGU NORSIAH, CIKGU ARIF (pernah pinjam tape M.Nasir dari aku semata-mata nak dgr 1 LAGU sahaja), CIKGU RASUL, CIKGU NAIMAH, CIKGU HALIJAH ( disebabkan cubitan dia lah aku bersungguh belajar english) , CIKGU NORJINA, CIKGU SAHAR, CIKGU HAMIMAH :: Kenangan sekolah rendah, biasalah, macam budak2 lain jugak. Selalunya kena berdiri atas kerusi pasal kerja sekolah tak siap. Budak nakal kan. Nakal ker..??? hehehehhhh

Sekolah Menengah?? Orang kata, zaman inilah yg patut kita uruskan dgn baik utk tentukan masa depan. Antara nama2 cikgu yang aku masih ingat :: CIKGU NAZRAH, CIKGU ZUNARIZAN, CIKGU WAN AISHAH, CIKGU MAHFUZA, CIKGU OMEI, CIKGU MAIDAH (cikgu akaun yg tau siapa x-bf aku), CIKGU AZNAN (cikgu BM yg selalu sindir jerawat aku), CIKGU NOREHAN, CIKGU AZURA (cikgu netball yg xbg aku quit netball dari Form1 until Form5), CIKGU MASHUDI, CIKGU WATI, CIKGU NORASIAH, CIKGU SURATIN :: Zaman ni lagi banyak kenangan nya. Nak cerita pun panjang sangat.

Nak dipendekkan citer, cikgu2 banyak memberi dorongan utk pastikan kita berjaya. Sentiasa memberi tunjuk ajar sama ada kita memerlukannya atau tak. Mungkin kejayaan aku tidak segemilang mana tetapi aku BERTERIMA KASIH yang amat sangat di atas didikan mereka.


GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRI SENDIRI UTK MENERANGI KEGELAPAN HIDUP ORG LAIN.

TERIMA KASIH CIKGU!!!




A.d.i.o.s

Thursday, May 12, 2011

Showdown 2011 - Episodic - Top 11

LIVE SHOW SHOWDOWN 2011 TOP 11
Day : Wednesday
Date : 11.05.2011

Time : 09.30pm

Theme utk minggu ni adalah MUSIC GENRE – 80’s.

Aku terfikir gak, boleh ker B-Boy follow that theme tapi dah namanya competition, mestilah kena buat jugak kan ^_^. Juri jemputan adalah Ning Baizura. Aku note skit comment2 judges sebab komen diorang secara tak langsung memberi motivasi utk perform well.

:: Bounce Stepperz ::
judges said ok & love it.


:: Stepholic ::
judges said it is an easy step to follow macam dalam gym.


:: Soulution ::
Maple tak berapa suker tapi Ning & Joe suker


:: Dejavu Breakerz ::
Judges said banyak step yang nampak macam tak kemas. Move 80’s kurang & Joe said tak nampak sangat choreography yg dipersembahkan


:: Borneo Crew ::
Maple – “finally someone doing 80’s move”
Ning – step yang bijak & kemas
Joe – saw the 80’s step in the dance


:: Force 136 ::
Maple & ning – suker dgn jalan cerita yg dipersembahkan & Joe said creative performance


:: Panic ::
Maple – “that’s what I was talking about”
Ning – “should change name to HOT GIRLS coz it’s really hot”
Joe – “really back to 80’s”


:: ELECOLDXHOT ::
Maple – cheeky, playful, really awesome
Ning – “Best Performance of the Night”
Joe – bagi jer lagu apa pun, pasti akan gempak!!


:: Rokusteps ::
Maple – sememangnya back to 80’s
Ning – love the idea of choreography
Joe – persembahan yg sangat bertenaga. Element 80’s memang ada.


:: Blazin Squad ::
Maple – break dance superb tapi bila buat step yg lain ada yg tak nampak kemas.
Ning – sexy style & entertaining
Joe – step kemas tapi kurang puas hati sebab tiada unsur 80’s


:: HMC Phlow ::
Maple – “really got into 80’s style”
Ning – choreography so good... 2nd crew for the best performance of the night
Joe – “best show of the night”


Hafiz Hatim, host SD2011, ada bertanyakan soalan yang agak menakutkan kepada judges. Crew mana yang telah mempamerkan show terbaik & crew mana pula yang menunjukkan sebaliknya. Maple mengatakan HMC Phlow adalah yang terbaik manakala Joe pula memilih Dejavu Breakerz sebagai crew yang worst dalam menunjukkan kebolehan. W/pun, 4 crew yang telah mendapat undian terendah bertemu di pusingan BATTLE. Untuk minggu ini, crew2 yg mendapat undian terendah adalah SOULUTION, FORCE 136 (2nd time), ROKUSTEPS, BLAZIN SQUAD

BATTLE 1 – Soulution vs Rokusteps
Both of judges said both crew are not deserve to be in battle because they have shown a good performance that night. Judges decide Rokusteps win the battle

BATTLE 2 – Force 136 vs Blazin Squad
Maple loves with what Force 136 did. Joe said that it’s hard to make decision because both crew are best. Judges decide that Force 136 win (save for the 2nd time)

Clock is ticking to 11pm & judges decide that Soulution out for the night. Ooohhhh.... quite shock sebab they good!! tapi nak buat macam mana sebab judges sendiri kata IT’S HARD TO MAKE DECISION..








Theme utk minggu depan pula adalah WILDCARD – REPLICATE & REPRESENT.



Jadi, sama2 kita tunggu. VOTE FOR YOUR CREW!!!!!!!



A.d.i.o.s

Friday, May 06, 2011

Showdown 2011 - Episodic - Top 12

LIVE SHOW SHOWDOWN 2011
Day : Wednesday
Date : 04.05.2011
Time : 09.30pm

kali ni di adakan di I-CITY SHAH ALAM. Nampak la perbezaan stage sebab masa 1st season dulu stage nampak kecil. Boleh tahan jugak penyokong2 crew yang datang & menjerit2 panggil crew kesayangan mereka. As usual, aku nantikan persembahan ELECOLDXHOT. Yang lain2 pun boleh tahan gak apatah lagi crew yg pernah masuk 1st season, HMC Phlow.

4 crew yang kurang mendapat undian telah ke pusingan battle di mana juri SD2011, JOE FLIZZOW & MAPLE LOO akan decide who gonna stay & out. Mereka adalah Borneo Crew, E.G.S Monster, Bounce Stepperz dan Force 136. Aku ingatkan xde penyingkiran pada minggu pertama Live Show rupa2nya ader. At the end of the show, juri has made the decision that E.G.S Monster terpaksa meninggalkan stage.



11 crew yang kekal pasti akan berusaha dgn lebih gigih to stay in this competition lebih2 lagi 3 crew yang pernah mendapat undian terendah utk minggu ini. Macam mana pulak agaknya persembahan minggu depan kan... Sama2 la kita tunggu & lihat..




Malam ni MAHARAJA LAWAK... Can't wait to see JOZAN, SEPAH & JAMBU... Entah macam mana aku boleh minat nak tengok persembahan JAMBU.. Muka OTAI tapi pakai baju PINK gitu. Teringin nak gi Live Show tapi bila dengar ada yg kata susah nak masuk, ermmmm terpikir gak... xkisahla kan... tengok kat TV pun boleh la...








*****still counting on offer by my brother. nak ke tak nak. adoooii, it's hard to made decision *****



A.d.i.o.s