Friday, February 19, 2010

Aktiviti cuti Chinese New Year

Chinese New Year... apa yg korang buat ek... my xtvt...

15.02.2010 - Isnin
kemas mini garden mak aku... merimbun macam hutan.. he he.. patutnya mengemas pagi @ lewat petang.. ini pukul 11 pagi start memunggah... pecah peluh wehh, tengah hari.. kerja2 dibantu oleh anak angkat mak aku - alang, pojan & misya. Mlm tu pegi Carefour bei brg2 utk barbeque sbb adik2 cdg gi mandi manda di Sg Congkak esoknya.


16.02.2010 - Selasa
pergi mandi manda di Sg Congkak. Gerak lebih kurang pukul 8 pagi. Pegi awal pun bukan sebab apa, nak dapatkn pondok.. Senang lepak.. he he

Balik lebih kurang pukul 3 ptg. Adik aku cadang lepas ni gi Lopor plak.. atas lagi drpd Sg Congkak.. Ok gak tu sebab aku pun x pernah pegi.. nanti plan...

A.d.i.o.s

Monday, February 08, 2010

Al-Fatihah - Nendaku Pergi Dengan Tenang

Daripada Allah kita datang, kepada Dia juga kembali.

Nenda tersayang, Allahyarhamah Khadijah Mohd Zain telah kembali ke rahmatullah pada 03.02.2010, Rabu pada pukul 10.25 mlm setelah 4 hari dimasukkan di wad Hospital Putrajaya. Allahyarhamah telah selamat disemadikan pada keesokan hari, Khamis, 04.02.2010 di Tanah Perkuburan Taman Dusun Nanding. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir menziarah pd hari tersebut. Hanya Allah yang mampu membalas kesudian itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Amin.....


A.d.i.o.s