Wednesday, September 08, 2010

SaLaM aIdILfITRi 1431 HiJrAh

Semoga lebaran ini kita sambut dgn penuh kesederhanaan & kebahagiaan di samping meraikan kemenangan diri berperang dengan nafsu di bulan Ramadhan

Salam lebaran penuh kemaafan buat semua.

A.d.i.o.s

Tuesday, August 17, 2010

Ya Allah... Ku BeRsYuKuR

lamanya tinggalkan blog.... kasi lap sikit... heheheh (^_^) apa mau cerita ya... huhu..

: 30 julai 2010 :
Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menjalani kehidupan di muka bumi yg sementara ini. Bertambah lagi umur aku tahun nih. Dapat jugak la hadiah dr mereka2 yg tersayang. Malas plak nak edit.. Nanti arr.. Bagi mereka yang sebaya dengan aku, ada yang telah menjalani kehidupan berumahtangga. Aku? upss!!! jgn cerita lagi.. masih tiada yang pasti.. hehehehhe..


: 10.08.2010 :
Harijadi Syukri Dhobit. Tahun ni, celebrate kat Taska tempat mama dia bekerja. Pejam celik, pejam celik, dah 2 tahun anak buah aku tu.. penawar.. penat balik kejer hilang bila tengok dia.. ragam dia.. kerenah dia.. nak upload gambar sekali, nantila.. papa si Syukri merangkap photographer majlis tak bagi lagi gambar.. dah siap edit nanti aku upload la yer..

Alhamdulillah, sekarang ni berada di bulan Ramadhan. Kewajipan yang harus ditunaikan adalah BERPUASA & MENUNAIKAN ZAKAT. Rasanya dulu masa 1st aku create blog ni, memang dah nak dekat puasa. Ermmmmm ~_^ .....begitu cepat masa berlalu.. Ku mohon agar Ramadhan kali ini lebih bermakna & penuh keberkatan.



A.d.i.o.s


*****planning for berbuka puasa with my rakan sekolah SMKAJ dlm masa terdekat nih.. excited nak jumpa ngan diorang, selalu sms jer.. huhuuuhhh.. perkenalan yg telah pun menjengah 10 tahun, masih baik sehingga kini.. Alhamdulillah ... *****




Tuesday, July 20, 2010

My Favourite Song - Dan Bila Esok by Sofaz

Di dalam hati ku selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Untuk selama-lamanya
Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Untuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
'tuk selama-lamanya
Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
'tuk selama-lamanya

Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
'tuk selama-lamanya


A.d.i.o.s

**aku sendiri tak tau kenapa aku minat lagu nih.. lirik dia kot..hehehe**



Monday, July 12, 2010

tHe ChAmPiOn GoEs tO...

WORLD CUP 2010


akhirnya............. final world cup telah melabuhkan tirainya di Afrika Selatan pd 12 Julai 2010. Perlawanan akhir (2.30pg waktu malaysia) antara NETHERLANDS & SEPANYOL dgn masa tambahan telah menyaksikan SEPANYOL membawa pulang Piala Dunia tersebut... cewwwahhhh... mcm tulis berita sukan pulak. tukar nada! tukar nada!..heheheheeee..... w/pun tak dpt tgk full game 90 min, tapi dapat jugak aku tgk recap beberapa percubaan menarik di antara 2 pasukan nih.. hmm.. sayang arr.. DAVID VILLA tak score.. hampir2 sebenarnya.. ngeeeeee....

***************************************
BADMINTON GP MALAYSIA 2010

petang semalam pulak tengok perlawanan akhir Kejohanan Badminton GP MALAYSIA antara DATUK LEE CHONG WEI menentang WONG CHOONG HANN.. Malaysia vs Malaysia.. 2-2 favourite tu.. hehe.. Datuk Lee Chong Wei sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menjadi juara GP Malaysia. 3 set tuh. Semalam punyer final semuanya main 3 game. (berpakat agaknya diorang nih.. ups!!sorry)
Terdapat insiden di mana Datuk Lee Chong Wei mempertikaikan quality si penjaga garisan. Aku sendiri tak puas hati dgn keputusan si penjaga garisan tu sebab memang bulu tangkis tu keluar. 2 kali plak tu. Aku rasa badminton pun kena ada penggunaan teknologi video utk tentukan samaada bulu tangkis tu keluar atau tidak dari garisan putih. hehehe... boleh pulak melarat dari kes tak puashati pasal jaringan frank lampard - england...ermmmmm ~_^
apa lagi nak citer ek... xde apa dah kot.. heheheeeeeeeh... nanti sambung lagi..

A.d.i.o.s

Monday, July 05, 2010

Bolasepak : Gergasi tumbang di Piala Dunia

Adooooooooooiiiiiiiiiiii..............
FRUSTNYA AKU!!!!!!
Kenapa Argentina kalah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
huhuuhu....
Tak sampai 5 minit game start, gawang Argentina dah BOLOS...
time ni la ayah aku cakap, Argentina kalah.
Bila dah bolos tu, nak tgk sampai habis pun dah malas.
Aku x sangka German main dgn baik sekali.
Corak permainan kemas. (pd pandangan aku larr).
Saja2 tukar channel, tgk bertambah lagi gol.
Kesudahannya German 4 - Argentina 0 ......
World Cup tahun ni menyaksikan Sang Gergasi tumbang..
ITALI; BRAZIL; ENGLAND; PERANCIS; PORTUGAL; ARGENTINA
adoyai..... aper nak dikato..
DAH TERJADI DAH PUN, TAK DAPEK NAK NOLONG... ~_^

A.d.i.o.s


Thursday, July 01, 2010

Bolasepak : Piala Dunia hampir ke final

lama gak x update blog nih.. asyik berhabuk jer.. kena vacum skit kasi bersih. (^_^)

For JUNE 2010 punya tagline MAKAN BOLA, TIDO BOLA.. tapi aku xdela giler sangat ngan FIFA WORLD CUP tahun nih.. (konon!!!!!!! padahal favourite player ader main..heheh) . klau citer panjang pun x guna sebab semua game sentiasa update. apa yg aku xbleh luper pasal game tahun nih..?? erm, ada la... antaranya;-

>> KOREA UTARA kena ngan PORTUGAL 7-0.. bengong..
>> pasukan asia layak ke suku akhir, syabas KOREA SELATAN ( ♥ Park Ji Sung) & JEPUN
>> KAKA (Brazil) kena Red Card, w/pun aku rasa tak patut
>> sepakan percuma oleh KEISUKE HONDA (Jepun) masa lawan Denmark. Superb!!
>> Kontroversi gol yg dijaringkan oleh Lampard ketika England bertarung dgn Jerman. Sehinggakan Presiden FIFA buat press conference mintak maaf pasal perkara tu.
>> tumbangnya PORTUGAL kepada SEPANYOL.. Pemain termahal di dunia pun x mampu nak buat apa2..

erm... tak payah arr citer banyak2.. penat menaip.. hikhik

**setakat suku akhir


 


aku target ARGENTINA (♥ Lionel Messi) akan jumpa BRAZIL di FINAL nanti.. tapi apa2 pun boleh berlaku.. korang tgk sendiri la kan mcm mn England, Portugal, Perancis tumbang. Paling tak tahan ITALI.. awal2 dh tersungkur walhal dialah yg pegang World Cup 2006 dulu. Ermmmmmm
hehe... kita tunggu & lihat jelah ek..

A.d.i.o.s


Wednesday, June 02, 2010

Makan & Minum : Jamuan birthday di ofis

Semalam, 01.06.2010, kat ofis ada buat sambutan majlis harijadi utk mereka2 yg lahir pd bulan May & June. Di samping tu ada buat tukar2 hadiah utk semua staff (advantage pd yg diraikan sebab dpt 2 hadiah) & game a.k.a mencari harta karun.. (lebih kurang la konsep dia). Boleh tahan jugak la meriahnya. Actually benda ni dh buat since Januari lagi tapi xtau la knp sambutan kali ni aku nak selitkn dlm blog..heheheheh

Utk segment tukar2 hadiah, semua staff kena beli 1 hadiah yg mana nilainya tak lebih RM 5 tapi klau nak bg yg mahal pun xper. Kat bawah ni hadiah yg aku beri pd staff tapi lupa nak candid awal2 hadiah tuh. Saper yg dapat?? Staff yg bertuah itu adalah Kak Nor Fatimah.
**dah siap balut baru nak amik gambar.. apadarrrr
For games, staf dikehendaki mencari barang2 yg disenaraikan & lengkapkan lagu Kristal. Lenguh jugak la kaki aku ni berlari-lari anak, dahlah pakai tumit tinggi.. Nasib xjadi nangka busuk, mau bergegar ofis..hehehehehe (malu i). Segment ni aku dalam grup 5, okeylah dapat no 2 a.k.a Naib Johan.

**juri profesional tgh audit jawapan :: Eiyda & Kak B
**gambar atas - kanan :: sesaja pose tunjuk 'beg hadiah' yg kitorang dapat
**gambar bawah - kanan :: 'itulah hadiahnya' & task yg kitorang buat.
Menu utk sambutan kali ni :: mihun goreng, nasi impit, kuah kacang, pulut kuning, rendang ayam, kuih karipap, kuih kasui & seri muka :: perrrggggh... mmg favourite aku larr...

Aku dapat aper? Jeng jeng jeng....... org yang 'cabut' nama aku pun bukan org lain, Sis Iza.. Mmg sesuai letak kat dlm keta aku... Tq Sis..

from Sis Iza
 
Kenyang aku sehingga ke malam. Alhamdulillah... Hari ni pulak, harijadi adik kembar aku. Dah 15 tahun haa. Begitu pantas masa berlalu.. PMR tahun nih. huhu, gelabah+risau+takut bebudak nih. Aku dh advice awal2 kat diorang, work smart. erm, nak hadiahkan apa ek utk diorang nih...???

**inilah dia my lovely twin sister, Finaz & Fini ,
love u both verrrrryyyyyyy much.. muuaaahhhhkssss

aku ni update blog mcm xde kejer lain jer.. keje banyak tapi ntahla.. PENING...!!!!!!!!!!!

A.d.i.o.s


Monday, May 31, 2010

Walimatulurus : Husairi & pasangan di Ampang, Selangor

Sunday, 30th May 2010 - hari itu merupakan hari persandingan member kolej aku, Abdullah Husairi @ Aery @ yang aku selalu panggil 'Dollah'. Lama jugak x jumpa/contact dia. Tup2 dpt jemputan kahwin dr dia.

Flashback - 2 weeks be4 wedding : kitaorang contact semula by Facebook - itupun Nizam Shari yg 'tag' undangan majlis perkahwinan si Aery nih. Tq Zam. Lepas 2 hari contact dlm FB, Aery mintak terus address umah aku. Itupun masa mula2 dia sms aku, aku xingat no dia sbb nama x appear. Hehe,sorry Aery. Katanya nak hantar kad undangan. Tak sangka, rupa2nya selama ni kitaorang berjiran daerah - aku di Hulu Langat & dia di Ampang (kecilnya dunia). hehe..
Mula2 tu xtau nak ajak saper. Tanya member2 kolej dulu, masing2 ada hal. Tapi xpela, dekat jer. Kno boleh pergi sorang. Sudahnya, aku ajak adik2 aku. Aku sampai pun lebih kurang kul 2.45pm. Masa ni pengantin tgh bergambar. Mulanya nak bergambar terus tapi pengantin suruh gi makan dulu. Menu utk hari tu, Nasi Minyak, Ayam Goreng, Kuah Dalca, Rendang Daging, Sirap Bandung Soda (klau ada kurang, sorry ye Aery). Sambil2 makan tu, mata aku ni melilau gak mencarik, kot2 ada la member. Dah habis makan, barulah gi bergambar dgn pengantin. Sempat jugakla berborak dgn pengantin kejap. Aery kata Nizam dh sampai awal. Patutla x dpt jumpa.
Dah habis bergambar, tibalah masa utk aku & adik balik. Tapi xsangka, dapat jugak jumpa member, Refai a.k.a Pae serta ister & Aizat a.k.a John. Pae bawak sekali puteri kesayangan dia. Selalu tengok dlm FB jer. Tomeiii, w/pun masa tu baby tgh tido...

Ada la skit kenangan utk dikongsi bersama...
**Member siap buat stem khas utk invitation nih.
** Aery @ Husairi & pasangan, Haza.
**aku & adik bergambar a.k.a amik berkat.. kihkihkih
**gambar tengah, kanan - Aizat : Pae : @ku
**gambar bawah - cenderahati dari pengantin utk rakan2

*******************************************************************************************************
Kepada Abdullah Husairi @ Aery @ Dolah, tahniah Aety ucapkan.
Semoga berbahagia sehingga hujung nyawa bersama isteri tersayang.
Amin....

 
*******************************************************************************************************

A.d.i.o.s


p/s : deeda, aku update khas utk ko.. hehehe...

Wednesday, May 26, 2010

My favourite song : Apa Ku Kisah by One Nation Emcees

Bercerita lagi, lagi dan lagi
Tentang penggantiku dah kau jumpa
Uh.. dia lebih bergaya
Bicara semanis kola!
Dia itu, dia ini, dia la la la...
Mungkin kau tak tahu
Ku tak seperti dulu
Selama bersama
Ku bukan dicinta, tapi diperguna
Hanya sia-sia
Apa ku kisah?
Kau mainkan rasa
Kau punca segala
Kau takkan berubah
Apa ku kisah?
Kini ku berdiri
Rela ku sendiri
Tak lagi peduli
Apa ku kisah?
Akan tiba satu masa
Kau akan terkena
Apa ku kisah?
Apa ku kisah? apa? apa ku kisah?
Apa ku kisah? Apa ku kisah?

Dulu ku memang naïf
Sekarang dah naik tariff
Keinsananmu hilang
Janji langsung tak pegang
Aku tak kisah sama siapa engkau bersama
Kau umpama musuhku untuk sekian lama
Kepala pusing
Pusing tidak menentu
Aku bosan caramu
Buatku bercelaru
Orang suka kata-kata yang dusta
Sebelum kau jadi ratu
Baikku jaga (ka-ching) di saku

Mungkin kau tak tahu
Ku tak seperti dulu
Selama bersama
Ku bukan dicinta, tapi diperguna
Hanya sia-sia
Apa ku kisah?
Kau mainkan rasa
Kau punca segala
Kau takkan berubah
Apa ku kisah?
Kini ku berdiri
Rela ku sendiri
Tak lagi peduli
Apa ku kisah?
Akan tiba satu masa
Kau akan terkena
Apa ku kisah?
Apa ku kisah? apa? apa ku kisah?
Apa ku kisah? Apa ku kisah?

Tak kisah tak peduli
Di sana kau berdiri
Rasa resah gelisah
Kerana ku tak peduli
Dengan segala kata janji
Yang tak mungkin terjadi
Tak mungkin terjadi

Apa ku kisah?
Kau mainkan rasa
Kau punca segala
Kau takkan berubah
Apa ku kisah?
Kini ku berdiri
Rela ku sendiri
Tak lagi peduli
Apa ku kisah?
Akan tiba satu masa
Kau akan terkena
Apa ku kisah?
Apa ku kisah? apa? apa ku kisah?
Apa ku kisah? Apa ku kisah?
15th May 2010 @ Jusco Prima Kepong

A.d.i.o.s
 
 

Friday, April 16, 2010

Fuhhhhh!!!! Kasi lap sikit...


mak aih.... dekat sebulan gak nih tak update.. he he.. apa cer ek..???

mula2 sekali, takziah pd keluarga Allahyarham Din Beramboi yang telah kembali rahmatullah. Tak sangka, pemergiannya sesuatu yang mengejutkan tapi nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia.. Al-Fatihah..

Aku sendiri pun tak tau knp sejak akhir2 nih aku malas nak update story. terasa mcm ada something missing in life. Apa yg tersimpul selama ni pun dah terurai. Aku hanya teman tapi mesra. tapi bukan itu alasannya.. tapi kalau bukan yang itu, apa lagi ek...?? ntahla...

bulan ni sibuk ngan audit. nak kata penat tu tak la cuma nak kena update mana2 keje yg perlu diupdate. (betul ker ayat aku nih).

skang ni boleh dikatakan aku online ngan facebook. satu kegilaan dunia aku rasa. kerana facebook jugakla bil celcom aku melambung. hamik ko!! xpernah2 bil tinggi mcm tuh sekali datang.. huhu.. rabak duit. pak hassan siap warning lagi, maklumlah, bil atas nama dia.. he he. maafkan anakanda yer.

bulan ni dapat BONUS.. he he.. okeyla drpd xder.. adik2 dh siap tanya, jadi ker gi genting...?? Insya Allah, nanti along bawak ek... (^_^)

apa lagi...??? ermm... dah takde kot... he he


A.d.i.o.s


Monday, March 22, 2010

Al-Fatihah : Yanie from Mentor TV3

saja nak berkongsi cerita....

trkejut dgn pemergian artis muda tanah air, Yanie yang dilahirkan dr program Mentor. Aku pernah la jugak join program ni tapi secara tak langsung sebenarnya. Sempat la jugak candid. Time ni masa ada Karnival Mentor di Taman Tasik Titiwangsa, November 2006.




Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi Allah. Al-Fatihah... info

A.d.i.o.s


Monday, March 15, 2010

Badminton : DLCW juara Badminton All England Championship


Nak tunggu turn dia punya la lama. pukul 12tgh mlm gak la. Astro hancuss sebab hujan punya la lebat. 1st game x dapat tengok. Si jantung hati yg tgh melepak kena jadi penyampai sukan utk aku. **confirm pun belum sukati jer panggil si jantung hati..tuttttt... he he** Tapi berkat kesabaran aku (poyo je ayat) akhirnya aku dapat tengok gak 2nd game. Masa tu 11-11. uish, boleh tahan gak si Jepun ni. KENICHI TAGO. Tak sangka dia boleh beat 2 jaguh China, Chun Lai & Chen Jin.

Kemenangan straight set 21-19, 21-19 sememangnya 1 perlawanan yg cukup sengit. Tetapi akhirnya dia berjaya merangkul kejuaraan All England Championship.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei.


A.d.i.o.s


Wednesday, March 03, 2010

Walimatulurus : Kapten Nooradlihisham & pasangan

baru2 ni, 28.02.2010, member aku kawin. member dari kecil, tapi sekolah lain2. mak aku dgn mak dia berkawan baik (jiran tetangga satu lorong). member ni plak keje ATM. jalan bawah pedang la. meriah. mak aku ketua masak. aku ngan adik2 la assistantnya. majlis besar la katakan. hari sebelumnya, kitaorang ikut gi mghantar ke Nilai, majlis bersanding di pihak perempuan. buat di Dewan Majlis Perbandaran Nilai. ada la kenangan skit yg aku candid...

Persandingan 27.02.2010 - Di pihak perempuan, Nilai

sesaja snap



Persandingan 28.02.2010 - Di pihak lelaki, Hulu Langat

sesaja snap

Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar. Member ni siap tanya lagi " Along dh sudah.. along ety ni bila plak?''.. he he .. Insya Allah.. Sampai serunya, kahwin la aku... Doakan ajer.. apa2 pun, Selamat Pengantin Baru kepada Kapten Nooradlihisham & pasangan, Idaharyanti. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.. Amin..


A.d.i.o.s


Friday, February 19, 2010

Aktiviti cuti Chinese New Year

Chinese New Year... apa yg korang buat ek... my xtvt...

15.02.2010 - Isnin
kemas mini garden mak aku... merimbun macam hutan.. he he.. patutnya mengemas pagi @ lewat petang.. ini pukul 11 pagi start memunggah... pecah peluh wehh, tengah hari.. kerja2 dibantu oleh anak angkat mak aku - alang, pojan & misya. Mlm tu pegi Carefour bei brg2 utk barbeque sbb adik2 cdg gi mandi manda di Sg Congkak esoknya.


16.02.2010 - Selasa
pergi mandi manda di Sg Congkak. Gerak lebih kurang pukul 8 pagi. Pegi awal pun bukan sebab apa, nak dapatkn pondok.. Senang lepak.. he he

Balik lebih kurang pukul 3 ptg. Adik aku cadang lepas ni gi Lopor plak.. atas lagi drpd Sg Congkak.. Ok gak tu sebab aku pun x pernah pegi.. nanti plan...

A.d.i.o.s

Monday, February 08, 2010

Al-Fatihah - Nendaku Pergi Dengan Tenang

Daripada Allah kita datang, kepada Dia juga kembali.

Nenda tersayang, Allahyarhamah Khadijah Mohd Zain telah kembali ke rahmatullah pada 03.02.2010, Rabu pada pukul 10.25 mlm setelah 4 hari dimasukkan di wad Hospital Putrajaya. Allahyarhamah telah selamat disemadikan pada keesokan hari, Khamis, 04.02.2010 di Tanah Perkuburan Taman Dusun Nanding. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir menziarah pd hari tersebut. Hanya Allah yang mampu membalas kesudian itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Amin.....


A.d.i.o.s

Tuesday, January 26, 2010

Ye Ye!! AyAh DaH bAlik (nyanyi versi budak kecik)

Alhamdulillah.... setelah 2 minggu ayah mengerjakan Umrah di Tanah Suci, ayah telah selamat tiba di KLIA pd pukul 12.15 tgh hari, Ahad, 24.01.2010. Mula2 kira dulu, ayah dijangka tiba lebih kurang dlm pukul 1 pagi tapi dia sms semula hari jumaat tu.

AT xsempat nak citer apa yg family buat sebelum ayah ke Tanah Suci. Jom review.

09.01.2010 - Kenduri doa selamat
Klau ikutkn, ayah kata x payah buat kenduri doa selamat. Dia kata dh balik baru buat. Tapi bila kitaorang adik beradik ckp buat setakat family terdekat, dia terus setuju. Pagi tu mak & ayah gi Pasar pudu, carik barang basah. Dlm masa yg sama, aku ngan adik2 kemas rumah, tepon makcik2 & pakcik2. Itupun xsemua dpt contact. Kitaorang pakat xbgtau kenduri tu sebab apa. He he.

12.00tgh hari : time ni dh sibuk. kupas bawang la, siang ikan la, mesin cili la & yg lain2 la. Hidangan apa yg bakal dihidangkan mlm tu? Ermmm... boleh tahan la jugak lauk kampung..

Nasi putih
Sambal Ikan keli
Ikan sardin goreng
goreng sayur kacang + hati
kari daging
agar2 (sponsor by Cik Anis)
tembikai
air anggur & teh o suam

06.00ptg : sedara mara terdekat dh sampai. Apalagi, soalan utama yg berkumandang adalah 'ada buat apa nih? orang merisik along ker?' Sudahhh!!! aku plak yg kena. Padan muka aku. Bila dh kumpul reramai, aku bukak la mulut, 'kenduri doa selamat ni utk ayah yg akan berangkat ke Tanah Suci utk menunaikan umrah..' Skema kan ayat aku.. hik hik..

09.00mlm : doa selamat dibacakan. masa ni rasa sayu jer sebab xsangka, rezeki ayah tahun ni pergi buat umrah. Mak xpergi. Lagipun, mak x berapa sihat. Ayah pernah ckp, nanti plan satu family gi sana. Insya Allah.

09.30mlm : Masa makan la. Time ni AT c-buk di dapur sediakan hidangan atas dulang. Tapi bukan AT sorang jer, ada gak yg tolong. Cik Anis, Kak Jana, Nurul, Mak Timah. Mereka2 ni la yang tolong memasak dari tengah hari.

10.15mlm : AT ngan Cik Anis makan. Time ni, jiran tetangga yg rapat ngan keluarga dh beransur balik. Sambil2 makan tuh, layan bola. Kebetulan mlm tu perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor & Negeri Sembilan. Red Giant la menang. info

10.45mlm : Time ni mmg sedara mara ada yg dh balik. Masa utk cuci pinggan mangkuk. Aku ngan Cik Anis melakukan kerja tersebut dgn penuh dedikasi.. he he


my dad

11.01.2010 - Berangkat ke Tanah Suci
Aku amik cuti sebab nak hantar ayah gi KLIA. Gerak dr rumah lebih kurang pukul 10.30pg. Adik ipar aku ajar ikut Putrajaya. Lebih kurang 45 minit dh sampai. Flight ayah pukul 3ptg tapi kul 12tgh hr tu dh kena check in. Round2 kat dlm KLIA tuh. Bila dh dipanggil utk ke balai berlepas, time ni la masing2 menangis. Semua pakat peluk cium ayah. hu hu. Rasa sayu sesangat. Ayah siap pesan, jaga mak ngan adik2. Almaklumlah, anak sulong....

****************************************************

Ayah belikan aku jubah, siap dgn selendang.. adik2 ngan mak pun dapat.. tapi kena repair skit la sebab besar.. Insya Allah, lepas ni plan pergi 1 family. Rasa seronok plak bila dgr ayah cerita ttg keadaan di sana.. Ya Allah, kabulkan permintaan, doa & hajat ku ini. Amin.....


A.d.i.o.s



Wednesday, January 20, 2010

It's All About Life - Bengang Jap

Ada ke patut aku ni dikatakan jenis "TOUCH N GO"!!
WHO DO U THINK I AM??
For me, it's a 'RUDE' word to describe somebody without knowing the fact of it.
As in my previous entry, the words
HANYA MAMPU MENGENALI & MENDEKATI TETAPI TIDAK MAMPU MEMILIKI.
Yes, i LIKE him.
BUT IT DOESN'T MEAN I NEED TO LOVE HIM.
in other words,
SUKA TAK SEMESTINYA SAYANG.
maybe it's complicated for others to understand BUT who cares!!!
AKU PUNYA PASAL LA KAN.
Aku xkan kacau HAK ORANG LA!!
I KNOW THE LIMIT.
Aku akui salah aku gak sebab TUNJUKKAN rasa SUKA aku pd DIA kat mereka2 nih,
but FOR ME,
it's a normal thing in life.
Kalau xde rasa mcm tu, mmg TAK BERAKAL la kan.
***x semua perkara boleh dijadikan SATU GURAUAN***

kalau ada yg terasa, aku mintak maaf la yer.. tapi dalam situasi ni, aku yang terasa..

A.d.i.o.s

My Favourite Song - Bawaku Terbang by The Fabulos Cats

Entah KENAPA sejak dua menjak ni aku asyik MELAYAN lagu nih. Semenjak terdengar satu BERITA yang MELAPANGKAN hati aku, terasa aku dapat semula diri aku yang SEBENAR. I'm still counting on it, tapi aku berserah kepada YANG MAHA ESA.

Layannnnnnn..............
BAWAKU TERBANG - The Fabulous Cats
Mata ke mata, ke hati
hati ke hati, hati-hati
bibir ke bibir, bicara janji
janji ke janji, jadi hujan
rindu ke rindu, termimpi-mimpi
hari ke hari, nanti di nanti
menanti pasti, pasti di sisi
sisiku kini, ternanti-nanti
bila diceritakan tentang cinta
segalanya muncul sekelip mata
semuanya di depan matanya dia
makan tidur pun tak lena
dia.. cinta
dia.. sayang
aku.. dicinta
aku.. disayang
kamu yang bawaku terbang
kamulah jua yang membawa cinta ke jalannya
kamu yang bawaku terbang
ke bintang kejora cinta kita
kekal untuk selamanya
kita berdua
kian bermesra
rindu makin membara
kita berdua
bermain kata
pasang surut tak endah
dia.. cinta
dia.. sayang
aku.. dicinta
aku.. disayang
kamu yang bawaku terbang
kamulah jua yang membawa cinta ke jalannya
kamu yang bawaku terbang
ke bintang kejora cinta kita
kekal untuk selamanya
mata hati jiwaku
seluas antartik sebesar jupiter
segamit segitiga bermuda
ku ganti sungai merah dengan darahku
rinduku meredupkan
kehangatan cinta kita
mungkin tidak sehebat mana ku dipertikaikan kasih
ku bukan tempat dua ketiga di hati ku cuma kau yang satu
seterusnya nyatanya hanya dirinya jiwanya
jiwa ku rentas benua warna angkasa cinta
cintalah kamu
kamu yang bawaku terbang
kamulah jua yang membawa cinta ke jalannya
kamu yang bawaku terbang
ke bintang kejora cinta kita
kekal untuk selamanya

Seandainya apa yang aku dengar itu satu kepastian TEPAT, maka tidak sia-sia rasa hati aku sepanjang 2 tahun nih ** until today.. As i note before, kuserahkan pada YANG MAHA ESA.



A.d.i.o.s

Monday, January 18, 2010

New for 2010

new year's present for MYSELF. poyo je ayat aku nih.
ganti pun sebab adik2 yg BISING.
"tukar la weh. dah tahun baru nih"
alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni.
10.01.2010, gi round kat sentul sebab adik ipar aku bgtau ada karnival h/phone.
round punya round, ntah mcm mana terpikat dgn yang ni.



oklah kan..
price masa karnival pun boleh tahan..
jadi
GRAB
je la..
bila lagi..


**** hu hu, I miss my daddy. dia kat Mekah sekarang nih.
jadi tetamu Allah kerana mengerjakan UMRAH****

A.d.i.o.s


Friday, January 15, 2010

Berhabuk!!!!

Ahaks!!
Ntah kenapa
KEMALASAN
di tahap maksima utk meng'update'kan entry terbaru.

Nak kata xde citer, ada jer rasanya.
something
MENTAL
had happen to me
BUT
i'm
OKEY
right now.
hik hik
tunggu je la ek.


(*v*)


A.d.i.o.s


Thursday, January 07, 2010

Makan & Minum : Anniversary Wedding Mak & Ayah

Dekat seminggu gak aku x update ek.. Alah, baru seminggu. Xberhabuk pun **sebab xde saper yg bising.. he he** Bukan apa, tetiba rasa malas nak update. Citer pun x banyak..

alkisahnya kalau ikutkn, tarikh keramat tu jatuh pd 17 Disember, tapi oleh kerana terhilang ingatan sekejap, aku LUPA!!. Adik2 plak x remind. Apa lagi, cakap kat mak, sabtu malam, 02.01.2010, mak xpayah masak. Ikut hati nak bawak gi makan kat Belanga Bistro - 2 km from house - tapi ayah xnak. Penat katanya. (mau tidak, siang tu dok menolong kenduri kawin keluarga emak angkat aku) Dia x nak, kitaorang ikutkan ajer. Sudahnya- ikut cdgn adik aku - makan kat kedai Awe (mmg orang keliling panggil macam tu) . Menu kami malam tu adalah:-

1. Siakap 3 rasa - 2 ekor
2. Siakap stim - utk mak aku yg xboleh makan pedas.
3. Udang goreng tepung - 2 set
4. Sup ekor - hidangan 'wajib' ayah aku.
5. Sup sayur - utk anak buah kesayangan aku
6. Kailan ikan masin
7. Kerang rebus - 2 set
8. Telus dadar - 2 set
9. NASI - 8 orang
10. Jus tembikai - fresh orange - teh o limau - sirap limau - milo ais

dan jumlah perbelanjaan utk mlm itu adalah RM 120.30.... nak kata mahal xjugak sebab kitaorang mmg selalu makan kat situ. Mcm biasa arr, bills on me.. adik aku senyum jer.. dia yg cadang tapi aku yg byr. xkisahla, janji puas makan. he he

A.d.i.o.s