Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010



"just a few hours 2009 will be leaving us & welcoming 2010. for me, tiada apa yang lebih menggembirakan aku selain dapat menggembirakan keluarga tersayang. A new hope?? Harapanku di tahun baru agar apa yang aku lalui sebelum ini tidak berulang kembali. aku hanya mampu merancang, DIA MAHA MENGETAHUI segala-galanya"

**mana nak celebrate mlm tahun baru nih.... hmm....**


A.d.i.o.s


Wednesday, December 30, 2009

Ermmm... just wondering

THE TRUTH OF LIFE

we NEVER get what we WANT
we NEVER want what we GET
we NEVER have what we LIKE

we NEVER like what we HAVE

BUT

we still LIVE in this REALITY of life

**i've tried to understand it since the first time i got this quote. definitely it's true. fact of life**


SESUNGGUHNYA,

aku hanya boleh MENGENALI,

boleh MENDEKATI,

TETAPI

tidak boleh MEMILIKI.

**kenapa ayat aku kali ni lain macam ha? hanya DIA yg tahu**



A.d.i.o.s

Thursday, December 24, 2009

BROTHER DRIFT - Pecah anak tekak!!

Aiyak.. esoknya BROTHER DRIFT mc taaapiiii ada perkara lain yg kitorang buat. Aku jumpa doktor sebab nak amik ubat urat tapi belum sempat bukak mulut, doktor dh mcm pegawai FBI plak...

Doktor : Hai Siti... migraine ker?
@ku : erm.. taklah doktor. nak mintak ubat urat.
Doktor : Aik!! dah lama rasanya awak x mintak ubat tu. Apsal? panjat gunung lagi ker?
@ku : takla. baru2 ni gi 'Ganu. Join amazing race versi TM. task 1 dh kena daki bukit. terkejut kaki.
Doktor : salah kamu x stretching..
@ku : stretching.. kejap jer..
Doktor : ok, saya bagi ubat urat, ubat tahan sakit & krim panas utk sapu.
@ku : ok.
Doktor : dan mc utk 1 hari. make sure kaki tu kena urut. kalau x kena buat treatment mcm hari tuh. Sanggup ker?
@ku : x sanggup doktor. sampai sekarang terbayang.
Doktor : ok, that's all. jgn lupa amik ubat.
@ku : ok, tq doktor.
Doktor : welcome.


Lebih kurang gitulah ceritanya aku ngan doktor nih. Selalunya kalau aku pergi ke klinik dia ni utk amik ubat migrain tapi kali ni mintak ubat lain. Hmm, lps jumpa doktor aku gi Kajang jap jumpa member. Habis jumpa kononnya nak gerak terus ke Menara tapi dh separuh jalan, baru perasan cek tertinggal. PATAH BALIK. Sampai kat umah, matikan enjin keta, masuk bilik, amik cek terus keluar. KETA PLAK X BOLEH START. adoyai!!!! Jenuhlah aku call brader fairuz ngan sis iza utk amik tapi brader fairuz x larat **penat drive mlm td x habis** Aku tepon mekanik, dia guide dr phone jer, bukak enjin depan.. HAH, RUPA2NYA KEPALA BATERI TERCABUT. Pelik gak. Rasanya aku xde langgar apa pun. Ahh! dh lambat.. aku pasang sendiri kepala bateri tu dan alhamdulillah.. terus aku gerak ke Menara.


Elok2 sampai, carik parking, terus call Yus. Aku tau dia sampai awal sebab dia ada hal dari pagi. Temankan dia dulu gi cimb then gerak semula ke bank islam di Menara utk bank in cek. Aku tunggu dlm kereta jer. X sampai 5 min, Sis Iza call bgtau dh nak sampai, terus aku & Yus gerak ke wisma lama tunggu diorang. Kitorang gerak ke Kpg Kerinchi utk mkn tgh hari.

Menu : Nasi Ayam (utk 2 orang)
Air : Teh o Ais (aku) & Nescafe Ais (Yus)
Member lain tak makan sebab dah makan. Aku x habis makan pun..
Yus tolong habiskan.. hik hik..

Habis mkn, kitorang gerak ke Party K-Box **actually sebelum sampai ke K-Box, aku & yus ditahan polis trafik. xpayahla citer kat sini sebab abg polis tu baik sangat** Sebelum masuk, kitorang bahagi2kan hamper yg dpt sepanjang TMAR09. Masuk kat dlm apa lagi, dpt room kosong, melalak arr. 1st song yg disumbangkan : MY HEART versi YUS & AKU.. hu hu.. Sumbang ke, x sumbang ker, lantaklah!!!! Last aku karok bulan lepas kat kajang sebab birthday kwn aku. (mmg x nk update dlm blog ni sebab nyampah+benci+meluat ngan situasi yg berlaku masa tuh!!). Aku, Yus & Brader Fairuz yg banyak nyanyi. Sis Iza x dpt nk nyanyi sangat sebab suara dia dh ROCK habis. Cian dia. **nanti kita gi melalak lagi**



**antara aksi yg sempat dicandid

**pict atas : kredit to Sis Iza

**sebelum balik



Habis karok lebih kurang pukul 7mlm. Yus hantar aku ke Menara dulu **keta aku parking kat situ** Sepanjang perjalanan balik, terngiang-ngiang 1st song yg aku nyanyi ngan Yus. Tetiba plak kan. Sebelum tido sempat jugak la sms dia. Hmmm… AETY…..JANGAN CARIK PASAL!!!




A.d.i.o.s

Monday, December 21, 2009

BROTHER DRIFT - Return to Home

Day 3, Sunday, 13.12.2009 - Last day berada di Tasik Kenyir, Terengganu. Arghh... time ni baru terasa, begitu pantas masa berlalu. Pagi tu bangun pukul 7.00 lebih kurang. Itupun rasa malas nak bangun sebab last night tak boleh nak tido. Pagi tu Yus call, ajak mandi kolam tapi aku tak nak sebab x reti berenang **nama jer keturunan nelayan laut.. hik hik** Siap mandi, aku & Sis Iza gerak ke restoran utk sarapan. Serius beb, meemangggg cantik view dr tempat kitorang makan. Aku ni amik roti bukan main tapi x habis makan pun. Kat sini jugakla sempat kitorang bergambar dgn kembar tak seiras x-boss kitorang **gambar kat bawah** Habis jer menikmati panorama indah di restoran tu **time ni hero2 dh siap mandi kolam** kitorang balik ke chalet utk berkemas.

**pict atas - amik roti bebanyak tapi x habis makan. TAMAK!!
**pict bwh - inilah kembar x seiras x-boss (lelaki) yg aku maksudkn


**kredit pict to Sis Iza



Sebelum 100% kaki melangkah keluar dari Kenyir Resort & Spa.... sempat lagi posinggg

**pict atas - BROTHER DRIFT - Yus - @ku - Sis Iza - Brader Fairuz
**pict bawah - ala2 titanic di tebing tasik kenyir - @ku & Yus

Gerak dr Tasik Kenyir lebih kurang pukul 11 pg. Konvoi dgn team Lu Apa Mau (IP). Gerak ke Pasar Payang, Kuala Terengganu. Nak dijadikan cerita, kitorang sempat singgah ke rumah Keluarga Angkat Yus. Nama tempat xingat. Dapatlah Yus melepas rindu. Dia kata almost 3-4 years x jumpa. Berbunga-bunga hati dia dapat jumpa. Since first day journey lagi dia dh sibuk call tapi xdapat sebab nombor tiada dlm perkhidmatan. Kami dihidangkan dengan keropok lekor. Time ni masing2 bagai nak rak makan sebab waktu mkn tengah hari.


**pict atas - makan keropok lekor - kredict pict to Sis Iza
**pict bwh - bergambar kenangan bersama keluarga angkat Yus

Lebih kurang pukul 1.30 kot, kitorang gerak ke Pasar Payang. Habis round kat Pasar Payang, kitorang gerak balik. About 6 pm, kitorang berhenti kat Cerating utk makan. Time ni perut dh lapar, makanan plak lambat siap. SIOT BETUL!! Rasa mcm angin dh penuh kat kepala. Tapi sabar jela....

**jalan2 kat tepi pantai sebelum makan



Habis makan around 8pm. Terpaksa exit kat Gambang utk top up minyak. Time ni mmg Brader Fairuz pecut habis la. Dia kata dia bolah hantar sampai ke rumah ** mekasih brader** Aku sampai kat rumah lebih kurang dlm pukul 12. Siap explain lagi kat Brader Fairuz jalan susur ke Sg Besi. Lagipun malam, xberapa nampak sangat. Kampung la katakan. hu hu.. mandi sekejap 'tuk bersihkn badan, sms to Yus tanya dapat atau tak jalan, then terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Pengalaman Amazing Race tahun ni? Best!! Rasa mcm nak rewind balik masa tu. Time ni baru tahu tahap kemampuan fizikal aku **pasal dh lama x join xtvt lasak**. Dapat cuti riadah setelah tension ngan kejer **tension ker??** . Enjoy. Dapat melawat negeri orang ** w/pun sekejap** . Dapat kenal ngan geng TM yg lain ** w/pun x semua** . Tapi rasanya yg paling indah dapat kenal dgn DIA (???) he he ... tetttttttt (tahap perasan mengada-ngada maksima dah aku nih*tq 2 brader fairuz also). Siap MINTAK IZIN tu nak masukkan gambar dia dlm blog aku nih. Takkan nak sesuka hati masukkan gambar anak org nanti takut dia marah plak. Tutttttttttt.......... hmmmmmmmm.....

**my pict with Yus. sweet memories.
**kredit pict also to Sis Iza


Esok harinya, BROTHER DRIFT MC tapi..... he he he .. tunggu......




A.d.i.o.s

Thursday, December 17, 2009

BROTHER DRIFT - The Challenge Begin

Day 2 - 12.12.2009, Saturday - Hari perlumbaan. Aku dgn Sis Iza bangun seawal 4.30pg utk bersiap tapi bila kitorang dh siap tunggu kat lobi, kumbang 2 org tu baru bangun (5.30am). Sabar je la. Habis sarap, kena ready kat Dataran Pantai Batu Buruk, about 500 meter from our stay.


**kredit pict to Brader Fairuz


**kredict pict to Sis Iza

Antara task yg kitaorang kena buat adalah :-
1.Cari bola golf dlm kolam - brader yg terjun. klau suruh aku mmg takkan terjun la sebab AKU x tau berenang.
2.Cari telur ayam sambil memakai kain batik.
3.Daki Bukit Puteri. Sepatutnya kena kira tapi bila dh separuh jalan aku SEMPUT!! Ntah berapa anak tangga yg aku dh kira pun x tau (Sorry Sis Iza&Yus)
4.Buat keropok losong. Dh siap goreng kena makan plak. Masuk paper Sinar Harian - Terengganu (ada kat bawah)
5.Warna batik. Habis tangan & jari aku. Konon kata bila habis program dia akan bagi tapi xder pun.
6.Silat kura2. Ini mmg part aku. Dgn muka selamba aku dgn Yus bersilat sebab kitorang yg SAMPAI DULU. Sampai nak check-out, ada geng 'Ganu panggil aku Kura2 Betina.. Sabo jelah!!
7.Makan tgh hari lauk org 'Ganu. Serius beb, mmg aku xbleh telan sebab kepenatan. Dah tu pulak kena habiskan. Budu mmg aku xsentuh. Nasik & lauk2 yg aku campur pun Yus & Brader habiskan. Thank u Bro!!
8. Jawab soalan kat Batu Bersurat. Ada 1 soalan tu, ceritanya ditulis dlm tulisan jawi. Alhamdulillah, ilmu di dada membantu.
9.Sajak org Hulu 'Ganu. Time ni mmg baran sikit sebab ada ke patut JURI tu nak sajak tu dibaca sebijik mcm dia. Org 'Ganu sendiri x lepas apatah lagi org lain. Adoyaiii.
10.Berkayak utk ambil last klu. Time ni, kumbang2 kesayangan la buat kerja.

Sebenarnya aku rasa bersalah gak sebab aku yg paling last lari utk sampai ke garisan penamat. Tapi nak dijadikan cerita, ramai yg target BROTHER DRIFT juara. Tuan rumah beb!! Mestilah dia kaut. Alhamdulillah, rezeki berpihak pd kami. W/pun muncul tempat ke-3, tapi pada aku KENANGAN TERINDAH.

Disertakan beberapa pict utk tatapan/kenangan....


**gali pasir utk carik telur ayam. tonggek aku dibuatnya.

**buat keropok losong. air tangan aku tau!! --ceewahh--

**warnakan batik


**silat kura2. kerana silat nilah, ada brader dr team 'Ganu gelarkan aku Kura2 Betina





** hero2 ku berkayak utk last klu


Masa dapat last klu tu mmg excited tapi yang jadi sakit tu, kena berlari sehingga ke garisan penamat. Kaki aku baru nak reda sakit BERTAMBAH SAKIT. Berlari naik turun bukit. Aku tengok Sis Iza selamba je redah padahal demam tuh. Aku pun kuatkn semangat berlari jugak la. Lebih kurang 50 meter kot, Yus patah balik pergi kat aku, tarik tangan aku & bila nampak Sis Iza aku pegang tangan dia sekali, kami berlari sama2. At the end, 3rd place we are...




**kredit pict to Brader Fairuz

Ada yg kata ini bukan final. Ada lagi yg akan diambil kira. ITUPUN kalau betul diaorang ada ambil kira yg lain. Bila tengok rules, SIAPA SAMPAI DULU, DIALAH MENANG. Jadinya fikir sendiri la kan..

SURVIVOR'S NIGHT.


Dinner start pukul 8. Tapi hati berdebar-debar. Betul ke no3?? betul ke boleh jd Champion?? tapi segala-galanya terjawab.

**bergambar kenangan dgn VIP



**aksi pemenang 3rd place. kalau juara xtau la gaya mcm mn



** @ku & Yus. Time ni dia dh demam.



** Sis Iza & Brader Fairuz

Nak kata puas hati x jugak sebab mmg target JUARA dah tapi yelah, rezeki.. Berbaloi jugak la penat lelah.

Ada lagi nak cerita sebenarnya tapi kang malas nak baca entry panjang2 ni kan. Nanti sambung lagi.. Aksi santai (santai ker??) BROTHER DRIFT sepanjang 3 hari di Terengganu..




A.d.i.o.s

Wednesday, December 16, 2009

BROTHER DRIFT - A New Hope

Day Trip, 11.12.2009, Friday - Rasa macam tak percaya pun ada bila aku setuju masuk geng Brother Drift utk TM Amazing Race tahun ni. Tetiba plak rasa teringin nak masuk. Khamis malam, aku mintak adik aku hantar ke rumah Sis Iza. Kalau diikutkn, konvoi ngan team Zeyrie that morning (friday), tapi terlewat sedikit. **terserempak dgn team zeyrie di pertengahan jalan - genting sempah** Brader janji kul 8pg amik kitaorang berdua, tapi sampai kul 9pg (biasak arr janji melayu). Time ni jugakla baru nak kenal saper Yus. Mula2 tu senyap gak, tapi x sampai setengah jam, baik punye layan kepala.

**sticker Brother Drift dipasang di avanza. Team kitaorang jer yg buat tau!!

**merentasi Pulau Kapas. x nampak sangat sebab terlindung dek pepohon kelapa.

Sepanjang perjalanan, mcm2 kitaorang bercerita. Yus siap dah buat survey jenis2 soalan yg bakal menguji kepala otak kitaorang ni. Tempat bermalam utk 1st day adalah di Sumai Suite Hotel, Jalan Persinggahan, Kuala Terengganu. Sampai lebih kurang pukul 4 ptg. Rasanya la.. tag line x create lagi. W/pun dh cuba fikirkan di sepanjang perjalanan tapi idea tetap tada mari. Dapat tau jer no bilik, letak beg, terus kitaorang keluar cari tempat utk buat tagline & pasang sticker kereta **utk race** . Yus has already come out with the idea so dlm masa 10-15 minit jer, the tagline was created.

**kredit pict to Sis Iza


**room 607. kredit pict to Sis Iza



**no 8 tu. Brader kata ada ummphhh

Malam pertama utk Challenger's Night adalah War Cry. We need to introduce ourself in our way. Baju pun sama tapi aku terpaksa berpaling tadah utk seketika sebab baju merah yg Sis Iza beli utk pakai mlm tu adalah Liverpool... aaaa..

Sis Iza - brader fairuz - yus - @ku

brader fairuz - @ku -sis iza - yus -

34 group performed the War Cry. Kami group yg ke 8 - based on number given to our drift. Ha ha.. Sampai pecah suara la jerit. Bak kata Brader, all out. Tapi berbaloi beb! Antara 5 terbaik (diumumkan masa Survivor's Night). Taklimat ringkas juga diberikan kpd para Challenger's. The rules were simple : COMPLETE THE TASK GIVEN & FIRST GROUP REACH THE FINAL LINE WILL BE THE WINNER : Hmm, time ni dh berdebar-debar, aku sendiri tertanya-tanya, mampu ke aku bantu Team aku nih. Maklumlah, dh lama x terlibat dlm sukan lasak. Tawakal pd Allah , KUN FAYAKUN.

v
v
v
v
v
v
v
v

Part two - The Challenge Begin... Tungguuuu...


A.d.i.o.s

Monday, December 07, 2009

Badminton vs Bolasepak

Cerita 1 - Saper tengok Badminton Final Master, 06 Disember 2009, mesti bangga. Tapi aku ada rasa frust sikit sebab favourite beregu lelaki tak masuk - Fairuzizuan & Zakry Latif - hu hu.. Membanggakan apabila Malaysia merangkul 3 gelaran juara.

RESULTS (ALL FINALS) Men’s Singles
Lee Chong Wei (MASx1) bt Park Sung Hwan (KOR)
21-17, 21-17
 

Men’s Doubles
Jung Jae Sung-Lee Yong Dae (KOR) bt Carsten Mogensen-Mathias Boe (DENx2)
21-15, 21-15

Women’s Singles
Wong Mew Choo (MAS) bt Juliane Schenk (GER)
21-15, 21-7

Women’s Doubles
Wong Pei Tty-Chin Eei Hui (MASx1) bt Kamilla Rytter Juhl-Lena Frier Kristiansen (DEN)
21-17, 21-14

Mixed Doubles
Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen (DENx1) bt V. Diju-Jwala Gutta (IND)
21-14, 21-18


Cerita 2 - Menghampakan apabila Malaysia dibelasah 1-3 kepada Vietnam pada aksi Kumpulan A temasya Sukan SEA XXV. Lagi tambah dahsyat bila Harimau mengamuk sebab x puas hati dgn corak pengadil Korea. Biarpun perlawanan itu tidak memihak kepada skuad negara, tetapi anak-anak buah K. Rajagobal itu pastinya lebih mendapat tumpuan gara-gara kekecohan yang dicetuskan mereka di tengah padang. Kalau betul pun x puas hati, jagalah maruah Malaysia beb, tapi aku terfikir gak, kalau diorang x bertindak gitu, mungkin diorang fikir player Malaysia ni lembik. *****Hmm, i'm wondering, is this the way profesional act?



***di ruangan fikiranku***
Sukan di negara kita adakalanya membanggakan, adakalanya tidak. Nak kata kurang sokongan dr kerajaan, dah mcm2 diberi. Nak kata kurang sokongan peminat, mustahil, sebab setiap bidang sukan itu ada peminatnya tersendiri. Aku sendiri meminati badminton & bolasepak. Apa mungkin kegemilangan itu milik kita selamanya. Bak kata Juara RL musim 2

"LU PIKIRLA SENDIRI"

A.d.i.o.s


Wednesday, December 02, 2009

Bolasepak : Messi Terbaik Eropah


PARIS - Penyerang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi muncul pemenang anugerah Ballon D'Or 2009 (Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah) selepas mengharungi musim menakjubkan buat Barcelona.
Messi, 22, merupakan pemain Barcelona keenam menerima anugerah tersebut dan yang pertama sejak bintang Brazil, Ronaldinho melakukannya buat kali terakhir pada 2005. Dia mengalahkan pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo dengan jurang undi yang besar, manakala dua lagi rakan sepasukannya, Xavi Hernandez dan Andre Iniesta menduduki tempat ketiga dan keempat.
Messi, yang menjadikan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sebagai idolanya membantu Barcelona merangkul tiga kejuaraan musim lalu - Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol dan Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol).
"Secara jujur, saya tahu saya antara pilihan utama anugerah kerana Barcelona telah mengharungi musim yang sangat cemerlang pada 2009."Bagaimanapun saya tidak sangka akan menang dengan margin yang sangat besar. Anugerah ini (Pemain Terbaik Eropah) amat penting buat saya. Ramai pemain tersohor pernah memenangi tetapi ramai juga pemain hebat tidak dapat memilikinya,'' ujar Messi.
Messi merupakan pemain Argentina pertama pernah memenangi anugerah prestij anjuran majalah Perancis, France Football itu, dan kemenangannya turut dibantu oleh kejayaan muncul penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim lalu dengan sembilan gol.
Messi, yang menjaringkan salah satu daripada gol perlawanan akhir ketika Barcelona menundukkan Manchester United 2-0, turut mengharungi musim yang menakjubkan dengan menyumbat 38 gol dalam 51 perlawanan.
Anugerah Ballon D'Or ditentukan oleh wartawan-wartawan bola sepak seluruh Eropah yang menyenarai pendek 30 pemain yang beraksi dalam liga di benua itu. - AP full story

A.d.i.o.s


Tuesday, December 01, 2009

Tik Tok Tik Tok


Wah, mcm lagu Pak Nil plak tajuk entry aku nih.. (rasanya la). Sekejap jer kita dh melangkah ke December 2009. Mcm2 yg bermain di fikiranku:-

1. Apa la agaknya yg dh tercapai tahun ni setakat November 2009?
2. Adakah masih ada azam&hajat yg belum terlaksana?
3. Sempat ke nk habiskan semua azam&hajat tuh?
4. Perlu atau tidak nak carryforward azam&hajat tu ke tahun depan?
5. Apakah peristiwa pahit&manis yg telah berlaku sepanjang tahun ini?
6. Apakah peristiwa2 tersebut telah merubah kehidupan aku?
7. Apa la soalan yg aku tulis nih... he he



Aku sebenarnya x berapa nak ingat apa azam & hajat aku utk tahun ni.. apala aku nih.. Bukan apa, kalau asyik nak ingat jer perihal azam&hajat tu,frust giler sesangat nanti bila x capai. Apa yg aku lalui tahun ni mencabar skit. Suka duka kan realiti kehidupan.

Kalau nak diikutkan, sejak aku form 3 lagi, ada jer azam aku yg x capai. Lain yg dirancang, lain jadinya. Sebab tu hanya 1-2 perkara yg aku impikan, akan aku cuba capai. Mcm2 kata nasihat beb masa tu - genggam bara api biar sampai jadi arang - alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan - hendak seribu daya tak mahu seri- almaklumlah, zaman sekolahkan. Cikgu bg pendorong tapi aku still nakal. Lps SPM, aku berangan nak amik kursus Law, tapi disebabkan perbezaan pendapat ngan ayah, aku amik kursus Akaun. Alhamdullillah, Dip dh dapat tapi bila get ready Deg ada jer perkara yg jadi. Hmm, family kata slow-slow.


Apa azam tahun depan ek... hmmm, apakah mungkin aku akan cuba utk further Deg. Bla bla bla... Malas nak fikir. Just let it go with the flow tapi kalau xde azam, mcm xde adventure la plak hidup ni. Ah! biarla...
Apa nak citer lagi.. mcm xde apa.. sesaja nak memenuhkan entry blog.. ha ha ha




A.d.i.o.s