Thursday, October 29, 2009

EXCITED!! WOW!! - CUCI THE MUSICAL

As in my previous entry, here are the stories

**It was a big moment when i get through into Istana Budaya to watched CUCI - The Musical, 28.10.2009, 08:30pm. First time masuk mmg teruja sebab dah berapa kali plan utk tengok show kat situ tapi memanjang jer x dapat. Finally, i made it.

Pergi dgn Sis Iza, Kak Bi, Kak Mas, Aini - 5 org anak dara bergerak ke Istana Budaya lebih kurang pukul 7.30 mlm. Biasak arr, PE yg jadi pengangkutan khas. He he. Iza bgtau, kena sit 15 min before the show start tapi kitaorang masuk lebih awal dari itu.




**kredit pict to Kak Bi, Iza

Yang membanggakan, malam tersebut merupakan Malam Gala Cuci - The Musical & dihadiri oleh TPM Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yasin & isteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim & isteri, Tan Sri Vincent Tan Chee Youn (Pengerusi Berjaya Group) & dif2 kehormat yang lain. Pandai Sis Iza pilih tarikh. Sebelum muzikal dimulakan, silent phone, camera off & audiens diminta berdiri utk menyanyikan lagu Negaraku. Selepas itu, ada upacara penyerahan cek amal. Muzikal start lebih kurang pukul 9pm.

sinopsis:-

"CUCI THE MUSICAL" is the story of four brothers: FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) and C'TAN (AC Mizal) who operate 'Cuci-Cuci Services', a small window washing company - and their dreams to one day be good enough to be the company that services the exterior of the tallest twin-towers in the world, the Petronas Twin Towers, KLCC. The brothers are given the opportunity to make their dream come true when Cuci-Cuci Services are invited to join the Window Washing Olympics (WWO) - a competition run by, Citi Jasmin or better known as CJ (Vanida Imran) - that awards the aforementioned contract to it's winner. Coincidentally, the defending champions of the WWO are 'Wira Maju' , a company owned by CJ's boyfriend, WIRA (Harith Iskander). Meanwhile CJ's father, the TAN SRI (Ramli Hassan), keeps a watchful eye over proceedings concerned that his daughter might not be making the wisest choice in having WIRA as her partner for life. Sparks soon fly as KHAI and CJ develop an attraction to each other and simultaneously CJ's personal assistant, FARAH (Adibah Noor) falls heavily for JOJO. (info)

Some of the script/act memang secara spontan. Dapat sit dekat dgn pentas pulak tu. Lagilah seronok. Dah memang protokol, audiens x boleh ambil gambar melainkan petugas media sahaja. Kalau x, jgn kata gambar, video pun aku rakam. Adibah Noor memang gempak dgn gaya Tina Turner @ Sahara Yakob @ Man Kidal (c'tan yg cakap). Hans sembur air pd Awie masa scene kat rumah. Komedi selamba yang ditonjolkan oleh 4 brader ni sememangnya mencuit hati. Aku pasti 4 brader & geng2nya mesti tahan gelak sesame mereka. Aku paling x tahan dgn Abg AC lebih2 lagi scene dia merajuk. Siap turun pentas lagi. Muka serius tapi boleh lagi buat lawak. Sampaikan dia sendiri cakap, “lawak sangat ke aku cakap?? Korang janganla gelak2. Aku tengah sedih ni”. Spontannya Awie bila dia sempat beramah mesra dgn audiens pasal towel yg jatuh dr pentas. Aku x tau babak mana yang paling mencuit hati sebab setiap scene pasti aku gelak besar. Break dlm 10:15pm – ada 20 minutes before the show continue. Pergi ke ladies, terserempak dgn Dina – Malaysia Idol. Hmm..dlm hati aku berbisik, kalau Dina ada, pasti selebriti yg lain pun ada. Agak jer masa tu. Elok2 kitaorang masuk balik, scene seterusnya dh nak mula. Sambung lagi gelak. MEMANG ENJOY. Show ends lebih kurang pukul 12:00mlm.



**kredit pict to Kak Bi, Iza



**kredit pict to Kak Bi, Iza


**kredit pict to Kak Bi, Iza

Kat perkarangan lobi IB, kami terserempak dgn selebriti2 yg lain. Antaranya, Riezman Khuzaimi & isteri, Syanie, Nabil RL, Irma, Watie Elite. Erm, not bad juga rakan2 artis yg turut sama menyokong musical ni. Xsempat nak keluarkn/turn on kamera. Sorry la yer, kalau x mmg dh share skali kat sini.



**kredit pict to Kak Bi

KEPADA TEAM CUCI THE MUSICAL (KALAU LAH ADA BACA BLOG NI) – ALL OF YOU TELAH BERAKSI DGN CEMERLANG. MEMANG PECAH PERUT DIBUATNYA. CONGRATULATIONS TO ALL OF YOU ESPECIALLY TO ABANG HANS ISAAC. BERANI DGN KEPUTUSAN YG DIA BUAT. GREAT JOB BROTHER. I REALLY ENJOY THE SHOW.


**kredit pict to Kak Bi

Balik tu pekena mee goreng ngan teh tarik kat Restoran Haslam. Masa tu dh pukul 12.30am. Kak Mas belanja.. thanks Kak Mas..

Thanks to Sis Iza sebab offer aku last minute (mmg aku excited!!), thanks to my ayahanda sebab izinkan anakanda ke IB & SPECIAL THANKS TO MAK LEHA KERANA DIALAH YG MENYEBABKAN AKU ENJOY THIS SHOW. He he ….

A.d.i.o.s


EXCITED!! WOW!!





Apa kena mengena poster ni dengan aku?? Tunggu..........

A.d.i.o.s


Monday, October 26, 2009

Bolasepak - Frust!!

It was very frustrating moment bila pasukan bolasepak favourite aku KALAH dlm persaingan liga masing2..
24.10.2009



Dalam usaha menempah tiket ke persaingan separuh akhir, The Red Giant kalah pd saingan suku akhir ke-2 di tempat lawan - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Pada aku, masa di suku akhir pertama di Stadium Shah Alam lagi, Selangor gagal memanfaatkan peluang apabila beraksi di tempat sendiri. Seri 1-1 sehingga tamat perlawanan, menjadikan agregat 2-2, tambah pulak 30 minit masa tambahan, pun xde hasil jugak. Tewas secara penalti 4-5.. huh.. kecewa beb!!

 25.10.2009
 

Liverpool beat Manchester United 2-0. adoii... nasib baik la aku tak tengok sangat. Kenapa? Makan ubat batuk, mengantok jadinya. Berat mata. Torres merupakan peledak utama Liverpool apabila berjaya menewaskan Van der Sar pd minit ke 64, then minit ke 90 oleh pemain gantian, David Ngong. Tambah 3 mata la utk Liverpool.. Tahniah la yer..

Erm...patut la kali ni aku x rasa excited nak tengok 2-2 match nih. Lagipun kat ofis, xde saper nak borak pasal bola ngan aku.. he he..

A.d.i.o.s

Tuesday, October 20, 2009

Walimatulurus : From Dusun Tua to Setapak

This October, ada 2 majlis perkahwinan yg berlangsung. Kedua-duanya aku hadiri bagi memenuhi undangan sebab kedua-duanya kawan aku.

Cerita 1 - 03.10.2009 - Dusun Tua

Lagi seminggu nak raya, kawan sekolah aku - Bestarian 2000 - Fahmi datang ke rumah sebab nak serahkan kad undangan majlis perkahwinan dia. Aku x sangka, nampak je pendiam mamat nih tapi dah nak naik pelamin lepas raya. Hik hik.. Klau korang nak tahu, Fahmi ni merupakan kawan aku sejak tadika lagi.

kad undangan
Fahmi & pasangan
ambil berkat... he he (kredit pict to Man)


Untuk hari bersejarah ni, Fahmi menggunakan khidmat Man sebagai photographer. Kawan aku jugak beb. Masa aku sampai, aku x nampak pulak geng2 Bestari 2000 yg lain. BFF aku, Haiyan, confirm la x dapat pegi sebab masih berpantang anak ke-2. Dia berkirim salam sahaja.

Cerita 2 - 17.10.2009 - Pusat Komuniti Taman Ibu Kota

Hari persandingan di antara Alinur Ain & Mohd Ashraf. Kedua-duanya rakan kerja aku. 16.10.2009, hanya dgn sekali lafaz, mereka berdua selamat diijabkabulkn & telah bergelar suami isteri. Utk majlis pernikahan aku x turut serta, tapi utk persandingan aku dh janji dgn Sis Ain utk datang. Something to share as framed below.....
antara yg hadir (kredit pict also to Sis Iza)
berarak menuju ke pelamin (kredit pict also to Sis Iza)
bersanding di atas pelamin (kredit pict also to Sis Iza)


Aku x dapat tunggu lama. Sebelum balik, aku sempat tunjuk sign 'peace' pd Sis Ain. Itulah trademark dia. Xtaula dia perasan atau tak sebab dia senyum jer. Nak gelak lebih x boleh. Kena control.. hik hik..

Alhamdulillah, kedua-dua majlis ini berjalan dengan baik. Aku doakan semoga kedua-dua pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Kekadang tu terfikir gak, asyik pergi majlis orang jer. Majlis sendiri bila lagi?? he he ... Hanya Allah yang tahu.

A.d.i.o.s

Monday, October 19, 2009

Cerita Raya 2009 - Menara TM

16.10.2009 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anggota Kumpulan TM 1430H/2009

Tahun ni merupakan tahun ke 4 aku 'menyibukkan' diri ke Menara TM. Hik hik.. mesti korang pikir aku kuat makan time raya ni kan.. HABIS DIET AKU WEH.. Apa pun, there's something to share...

on the way beb... ikut jalan pekeliling.. biasa arr, time org balik kerja (5pm), kebetulan pulak hari tu persidangan last UMNO.. lagilah SESAK..


muka2 sabar menempuh jem..

Menara TM
'inilah barisan kita'.... (kredit pict to Sis Iza)
Sampai jer kat area lobi, aku dgr suara yg biasa aku dgr di Hot FM.. saper lagi kalau bukan AM Krew, Fara Fauzana & Faisal Ismail.. This year, mereka jadi mc lagi..
kredit pict to Sis Iza
Aku santap cendol, lemang+rendang, nasi impit+kuah kacang, sate, aiskrim.. nak makan semua pecah perut beb.. sempat jugak beb brgambar utk kenangan..
double kredit pict to sis iza
Erm, kitaorang balik lebih kurang pukul 7.30.. rasanya la.. sebelum balik, mcm tahun lepas jugak la, makanan masih banyak, time ni la ramai yg 'tapau' nak bawak balik.. aku?? x larat arr.. lagipun aku yakin yg ADIK2 aku mmg dh 'tapau' punya.. he he..

A.d.i.o.s


Thursday, October 15, 2009

Cerita Raya 2009 - Jamuan Raya CMU

In my previous entry, aku ada note yg aku dpt email utk attend meeting 9hb. It's all about Majlis Sambutan Aidilfitri CMU 2009. Tak sangka jadi AJK plak. Kali ni aku diminta oleh boss utk buat invitation pd senarai tetamu yg telah di'list'kan. Hasilnya.....


ok x? main belasah jer tu.. bukan pakar pun.. and something to share as below....

hiasan penyeri suasana

gotong royong. pose tetap pose

timun tu macam senyum kan?

ketupat riben oleh Yana. Di isi dgn bunga rampai.

sesi bagi duit raya oleh manager aku

aku pun dapat jugak la.. org yg 1st tau sebenarnya..

keseronokan jelas tergambar

pose dgn duit raya

antara menu hidangan

makan, makan, makan

ah ha.. ni yg paling aku & sis iza gelakkan..

Kalau ikutkn, banyak gambar yg hendak aku kongsikan bersama, tapi apa pulak nanti org kata. At the end jamuan, sesi bergambar beramai-ramai, itupun xsemua staff dpt dtg sebab tugas.. lagipun manager aku nak pergi meeting. Utk raya kali ni, gambar aku x banyak sebab akula photographer tak rasmi utk jamuan raya nih..


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Hopefully tahun depan dapat teruskan tradisi..

A.d.i.o.s

Wednesday, October 14, 2009

It's All About Life - Kenapa arr????


secara tiba2 aku rasa sebak.. kadang2 aku terasa, ada orang tarik muka x tentu pasal.. apa salah aku? aku pernah cakap, kalau ada perkara yang x betul, cakap.. jangan ingat senang main cakap belakang.. i do have my own eyes.. setahu aku, 'org' yang aku kenal semuanya jenis yang pandai berterus terang & aku cukup x faham bila 'org' yang aku kenal tu adalah org yg aku sayang.. Kenapa arr?

kenapa masih ada org yg tak faham dgn keadaan aku sekarang nih.. yes, mungkin keadaan aku tidak teruk. pendek kata, ada lagi masalah yang lebih teruk dialami oleh org lain selain dari aku.. mindaku positif agar berprasangka baik terhadap semua orang, w/pun aku tau sikap aku tidak seindah mana.. aku sedar semua tu.. tapi pandai2 la control..  orang bercerita aku bercerita, orang bersedih, aku pun sedih.. just go with the flow la kan.. kadang2 aku rasa, apa yg aku buat semuanya salah pd pandangan lain.. kenapa arr?

kadang2 aku kecik hati, bila org yg aku sayang, x tegur aku. kadang2 aku kecik hati, bila org yg aku sayang, langsung x pandang aku. kadang2 aku kecik hati, bila org yg aku sayang, x balas senyuman aku. kadang2 aku kecik hati, bila org yg aku sayang, masam muka pada aku. Kenapa arr??

aku cuba tahan sedih tapi aku tau, aku xsekuat mana.. mungkin nampak remeh tapi pada aku ianya menjejaskan hubungan.. emak selalu pesan, biarlah org buat perkara buruk pd kita asalkn kita tak buat perkara yg sama. kata2 itu aku pegang sebab aku tau, dendam di hati manusia boleh bawa ke mati.. maaf itu adalah perkara indah tetapi knp masih ada yg x nampak perkara tu. kenapa arr??

mungkin coretan kali ni lain sikit sebab aku sendiri dalam keadaan sedih.. tapi xperla, Allah itu Maha Mengetahui. apa2 pun, ku doakan kebaikan kepada ORG yg aku SAYANG......


A.d.i.o.s
 

Tuesday, October 13, 2009

Cerita Raya 2009 - TM Shah Alam

08.10.2009 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama CSM Selangor.

aku dpt invitation by email pd 07.10.2009. Cantik e-card invitation tuh. Tangan kreatif Sis Timi, tapi tersalah taip tahun. he he.

Invitation e-card

sempat la snap beberapa pict utk kenangan.



Xsangka, lemang yg CMU bawak habis dulu. Rendang pun sedap. Nasib baik aku sempat sambar. Majlis kali ini ala2 open house. No speech from VIP. Ramai?? Dah kata jamuan raya, memang la ramai.

A.d.i.o.s

Monday, October 12, 2009

Event : Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Fuhh.. lama gak xupdate citer baru.. ceh.. mcm lama sangat.. Hmm, baca je la kat bawah ek.

01.10.2009 - Meeting Teambuilding CA di Bukit Mahkamah

last meeting ni utk review balik persiapan utk Teambuilding Collection Agencies (CA). Memang berdebar jugak la sebab kali ke-3 diadakan. sempat jugak la snap.

yang kat belakang tu Manager aku.. ini cenderahati utk VIP
2-2 ni exec aku
AJK terlibat
AJK terlibat


04 & 05.10.2009 - Teambuilding CA Selangor 2009 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson.

Tempat yg dipilih oleh boss mmg best. Suasana resort ala2 koboi. Antara aktiviti yg dh dirancang adalah Water Rafting, Dinner Raya, Telematch. Those picture were taken by me sebab boss suruh jd camerawoman for this event. Aku snap jer w/pun bukan pakar dalam bidang ini.


Habis program, mmg dapat tarik nafas lega. Lagipun boss kata kali ni mmg sukses. W/pun program 2 hari 1 malam, keseronokan tetap ada. A little bit tired sampaikan aku xdtg keje esok harinya (6hb). Nasib baik la boss faham.. he he ..

Naik kejer 7hb, dapat email aku kena joint meeting hari Jumaat, 9hb. Meeting pasal apa? Tunggu.......

A.d.i.o.s

Thursday, October 01, 2009

Cerita Raya 2009 - Melaka

Update lagi nih. Mcm xder kejer lain plak aku nih (*v*).

Last week, 26.07.2009, lebih kurang pukul 9:15am, aku & Suzi gerak ke Melaka - rumah pak ngah. Balik 2 kereta. Ayah drive iswara dia, aku naik kereta Suzi. Lebih kurang pukul 11.30 kitaorang sampai. Husband Suzi klau atas highway mmg speed jugak la. Sebelum ke rumah Pak Tam aku (yg kawin), sempat jugak la candid. Nah...

1. Dalam kereta. 

 baby boy ni anak buah kesayangan aku. Namanya Muhammad Syukri Dhobit, 1 tahun 2 bulan

2. petang - dr halaman rumah pak ngah aku.



3. di tepi pantai, Ahad pagi, 27.09.2009


muka Syuk gelabah bila nampak ombak makin dekat. Masa ni papa dia yang pegang.

aaaaaaaaaaa... itulah yg Syuk jerit bila dia x nak dekat ngan ombak tu.
.
cepat2 dia jalan bila aku panggil nama dia

4. kat rumah pengantin, 27.09.2009


time ni aku cukup GERAM dgn pak tam aku. Kita dh ready ngan camera utk capture gambar dia, dia x senyum. Penat jugak la suruh dia senyum. Apa2 pun, semuanya berjalan dengan lancar.

Kitaorang gerak balik Langat pd petang Ahad tu jugak selepas kenduri. Nasib baik jalan x jem. Alhamdulillah.


A.d.i.o.s